Pengikut

Nuffnang

Ahad, 9 September 2012

Suara Sri Andalas

sumber :-

Suara Sri Andalas


Xavier : Kerajaan Selangor Kekal Tolak Langat 2

Posted: 09 Sep 2012 04:04 PM PDT

SEMENYIH, 10 SEPT : Kerajaan Negeri berpendirian tegas tidak bersetuju dengan projek pembinaan loji air Langat 2 dan mahu penstrukturan semula air diselesaikan secara holistik.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Kerajaan negeri terus berpendirian begitu walaupun Kerajaan Pusat mahu meneruskan pembinaan Langat 2.

"Berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan tender projek pembinaan logi air Langat 2, saya kira itu keputusan dibuat Kerajaan Persekutuan.

"Tetapi bagaimanapun akhirnya mereka perlu kembali merujuk kepada Kerajaan Negeri bagi meluluskannya," beliau berkata demikian kepada TVSelangor di sini semalam.

Dr Xavier mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Kerajaan Pusat akan mengeluarkan tender bagi pembinaan Langat 2 tanpa persetujuan Kerajaan Selangor.

Kerajaan Selangor telah dilaporkan sebagai tidak bersetuju dengan projek Langat 2 kerana kos projek itu, iaitu RM 6 bilion, akan ditanggung pengguna melalui kenaikan harga air.

Dr Xavier yang juga Adun Sri Andalas berkata, Kerajaan Negeri
akan terus mempertahankan hak rakyat Selangor daripada dikenakan tindakan pembayaran tarif air yang tinggi.

Sumber: Selangorku

Majlis Rumah Terbuka DUN Seri Andalas Meriah

Posted: 08 Sep 2012 02:00 AM PDT


Taman Seri Andalas, Klang, 8 September 2012 - Pejabat Khidmat DUN Seri Andalas telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka DUN Seri Andalas pada hari ini.

Majlis telah diadakan di kawasan lapang tapak Rakan Muda bersebelahan stesyen minyak ESSO di Taman Seri Andalas dari jam 12 tengahari hingga jam 4 petang.

Orang ramai dari berbagai-bagai kaum dan peringkat umur telah berpusu-pusu hadir seawal jam 11.30 pagi.

Antara wakil rakyat yang turut hadir adalah YB Azmin Ali, YB Dr Siti Mariah Mahmud, YB Shuhaimi Shafiei, YB Yahya Shaari, YB Dr Rani, para pemimpin PKR, PAS dan DAP, Ahli-ahli Majlis PBT, Ketua-ketua kampung dan ketua-ketua komuniti setempat.

Selain dijamu pelbagai jenis juadah makanan dan minuman, orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan artis serta telatah DJ Mansor yang menjadi pengacara majlis pada hari ini.


Pada majlis ini YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar DUN Seri Andalas dan meraikan anak-anak yatim yang hadir.

Seperti kebiasaan majlis hari raya, duit raya telah diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas yang hadir.

Selepas beratur panjang mendapatkan duit raya daripada YB Dr Xavier Jayakumar, kanak-kanak yang hadir beratur pula untuk mendapatkan belon daripada Bobo, badut yang memeriahkan suasana raya kali ini.

Selain beratur mendapatkan juadah makanan dan minuman, orang ramai turut beratur mendapatkan risalah-risalah program Kerajaan Negeri di kaunter yang dibuka.

Sebelum majlis berakhir, goodie bag telah diagihkan kepada orang ramai yang hadir dan sumbangan hamper telah diberikan.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Andalas dan mengucapkan terima kasih kepada para petugas dan sukarelawan yang menjayakan majlis ini.

Klik disini untuk lihat galeri gambar.

Skuad Denggi SMK Bandar Baru Ampang Bantu Mencegah Denggi

Posted: 07 Sep 2012 10:00 PM PDT

AMPANG, 8 SEPT: Seramai 30 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang dipilih untuk menyertai Skuad Denggi anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Skuad tersebut bertanggungjawab dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada di dalam keadaan bersih supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pelajar-pelajar tersebut juga akan membantu MPAJ melakukan pemeriksaan rumah-rumah di tepi sekolah sebelum dan selepas waktu persekolahan kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar.

Kawasan sekolah adalah lokasi pembiakan nyamuk Aedes yang tertinggi selepas rumah terbengkalai dan kawasan kilang.

"Kawasan sekolah penting kerana anak-anak kita akan pergi sekolah mulai jam 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi dan pada waktu itulah nyamuk aedes aktif," katanya.

Guru sekolah Mogana Sudari berkata beliau menyambut baik langkah MPAJ bersama pihak sekolah bagi mempergiatkan aktiviti mencegah wabak ini.

"Saya setuju program yang ini dan ia harus diteruskan ke sekolah-sekolah yang lain," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program tersebut di Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Dr Xavier turut melancarkan Skuad Combi bagi penduduk Pangsapuri Seri Nilam.

Dr Xavier bekata terdapat 13 kes denggi dilaporkan bagi kawasan Ampang mulai Januari sehingga September 2012.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain.

Di samping itu, Dr Xavier berkata kerajaan negeri akan menerbitkan risalah denggi di dalam pelbagai bahasa bagi mendidik pekerja-pekerja asing tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, risalah tersebut akan diedarkan di kawasan-kawasan di mana pekerja asing menjadi penyewa.

"Kita faham di Selangor, pekerja-pekerjanya datang daripada pelbagai negara seperti Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

"Mereka tidak faham bahasa Malaysia dan sebab itu kita ambil inisiatif menerbitkan risalah ini sebagai pemberitahuan kepada mereka supaya menjaga kebersihan dan membuang sampah di tempat yang sepatutnya," katanya.

Sumber: Selangorku

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang