The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Politik UMNO di kalangan Orang Asal Kuala Krau berteraskan Ugutan dan Fitnah Posted: 10 Sep 2012 07:35 PM PDT Semalam saya menghadiri Majlis Perjumpaan PKR Ranting Kg Penderas, Kuala Krau. Bukan seorang yang nak bercerita dengan saya tentang ugutan dan fitnah yang didatangkan oleh orang-orang UMNO kampong itu yang mengugut Orang-Orang Asal supaya tidak menyokong Parti Keadilan Rakyat didalam Pilihanraya Umum akan datang. Bekas seorang guru yang menjadi pemimpin UMNO tegar di Kg Penderas mengugut orang kampong bahawa jika Parti Keadilan Rakyat menang di dalam Pilihanraya Umum akan datang maka orang-orang Asal Kg Penderas akan dihalau ke hutan rimba. Kepada golongan orang-orang Asal yang celik politik, ugutan ini ditertawakan sebagai ugutan dari orang yang bodoh; tetapi bukan semua yang celik politik. Ada yang termakan dengan ugutan begini. Didalam perjumpaan PKR Ranting Penderas semalam, persoalan ini ditimbulkan. Tetapi belum sempat saya menjawab, sudahpun dijawab oleh beberapa orang pimpinan NGO dari kalangan Orang Asal yang hadir di Majlis itu. Mereka mengatakan bahawa politik ugut itu sudah ketinggalan zaman. Sebagai pemimpin-pemimpin NGO mereka telah menjelajah ke Selangor. Di Selangor buat kali pertamanya Orang Asal mendapat geran daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat. Ada tanah Orang Asal yang telah diluluskan kepada syarikat korporat oleh Kerajaan BN dahulu ditebus kembali oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, dan tanah itu dikembalikan kepada Orang Asal. Tuntutan Orang Asal untuk mendapatkan pampasan kerana tanah mereka diambil untuk projek lebuhraya yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi dirayu oleh Kerajaan BN Pusat supaya keputusan Mahkamah itu ditolak semoga Orang Asal dinafikan sebarang gantirugi telah dimenangi oleh Orang Asal semata-mata kerana Kerajaan Negeri Selangor menarik diri dari rayuan itu. Kerajaan BN Selangor bersama-sama dengan Kerajaan BN Pusat membuat rayuan itu. Tetapi Kerajaan PR Selangor menarik diri dari rayuan itu dan dengan itu memberikan kemenangan kepada tuntutan Orang Asal. Di Selangor di bawah kerajaan PR ditubuhkan BBTOAS (Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor) yang diletakkan dibawah Pejabat Menteri Besar Selangor bertujuan untuk membuat ukuran keatas tanah, dan apabila selesai maka kawasan-kawasan yang sudah diukur itu dikeluarkan geran untuk Orang Asal. Tidak ada sebuah kerajaan Negeri di bawah BN pun yang mengambil usaha seperti ini. Maka orang UMNO jangan menjadi parti yang dungu, bodoh dan tidak dapat diajar. Di bawah pemerintahan PR kedudukan dan kebajikan Orang Asal dibela, manakala 55 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN orang Asal dipinggirkan. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan