Anwar Ibrahim |
- Video Rakaman Jelajah #MerdekaRakyat Rantau Negeri Sembilan 7 September 2012
- Transparency International Dakwa Kerajaan Juga Guna Dana Asing, Sokong Suaram
- Singapura Perlu Jelas Dakwaan Diskriminasi Pekerja Sabah, Sarawak
- Akta Kampung Baru Batal Jika Pakatan Tawan Putrajaya
- Henti Sabotaj Pembangkang, Anwar Ajak Najib Debat
Video Rakaman Jelajah #MerdekaRakyat Rantau Negeri Sembilan 7 September 2012 Posted: 10 Sep 2012 05:55 PM PDT
|
Transparency International Dakwa Kerajaan Juga Guna Dana Asing, Sokong Suaram Posted: 10 Sep 2012 05:08 PM PDT Badan bebas antarabangsa membanteras gejala rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) tampil mempertahankan badan hak asasi manusia, Suaram yang diserang oleh pelbagai pihak atas dakwaan menerima sumber dana asing. TI-M memberi alasan bahawa kerajaan juga menerima sumber dari banyak negara luar dan menegaskan amalan tersebut tidak salah. Presiden badan tersebut, Datuk Paul Low (foto fail), berkata seperti Suaram, pihak TI-M juga menerima dana daripada pelbagai sumber luar sejak beberapa tahun lalu. "Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia yang berdaftar, TI-M sedar kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pergerakan masyarakat awam bagi mengumpul dana untuk projek kami dan pelbagai aktiviti lain. "Malah ramai rakan kongsi dalam masyarakat menerima dana asing dalam bentuk tertentu atau lain-lain," kata Low. Beliau bagaimanapun berkata prinsip TI-M ialah memastikan dana yang diterima datang daripada sumber yang sah dan tidak dipengaruhi sesuatu objektif atau mewujudkan sebarang bentuk percanggahan kepentingan mahupun hilang kebebasan di dalam mengendalikan suatu projek. Low menambah bahawa dana asing telah sentiasa menjadi asas pergerakan bagi masyarakat awam, terutamanya di negara-negara membangun apabila isu-isu seperti rasuah dan hak asasi manusia cenderung untuk merentasi semua bidang kuasa. "Di universiti, malahan ahli pemikir dan juga kerajaan Malaysia turut menerima pembiayaan daripada pelbagai institusi asing," kata Low lagi. "Selagi prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan diikuti, NGO tidak harus menjadi mangsa kepada sumber pembiayaan mereka." Kerajaan Malaysia pada minggu lepas melahirkan kebimbangan kepada duta Jerman, Dr Guenther Georg Gruber, ekoran pengakuan kedutaaan tersebut membiayai Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kumpulan hak asasi manusia, Suaram. Menurut laporan Bernama Online, kebimbangan tersebut telah dibangkitkan semasa semasa mesyuarat dengan Kementerian Luar pada Jumaat lalu dan pihak duta Malaysia melahirkan rasa kecewa atas pembiayaan kepada Suaram tersebut. Dalam satu kenyataan berasingan di sini, Suaram mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memperlekehkan tanggungjawab yang mereka lakukan dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat SISB. Awal bulan ini, pegawai SSM telah menyerbu setiausaha syarikat dan ke pejabat juruaudit SISB untuk menyiasat serta merampas dokumen-dokumen yang berkaitan dengan syarikat. Notis untuk menggeledah dan menyita telah dikeluarkan di bawah Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965. Azwanddin, juga mendakwa telah memeriksa dengan SSM dan mendakwa bahawa pendapatan syarikat tersebut berjumlah RM497, 137 pada tahun 2009 dan RM411, 226 pada tahun 2010. Ekoran serangan tanpa henti ini, Suaram, dalam kenyataan pada 5 Sept, menggesa kerajaan menerusi agensi-agensinya menghentikan tindakan diskriminasi dan keterlaluan ini, serta berkata ia merupakan satu lagi langkah terdesak kerajaan untuk memaksa Suaram menghentikan kes mahkamah di Perancis melibatkan kapal selam Scorpene. |
Singapura Perlu Jelas Dakwaan Diskriminasi Pekerja Sabah, Sarawak Posted: 10 Sep 2012 05:04 PM PDT Kerajaan Singapura perlu menjelaskan dakwaan bahawa republik itu melakukan diskriminasi terhadap kemasukan pekerja dari Sabah dan Sarawak. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik laporan The Star bertarikh 10 September yang menyatakan permohonan visa kerja bagi lelaki berumur bawah 35 tahun dari negeri berkenaan, ditolak kerajaan singapura. "Kerajaan Singapura, melalui kementerian tenaga manusia mesti menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai perkara itu. "Jika laporan itu benar, Singapura bersalah kerana diskriminasi terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi," kata Anwar dalam kenyataan lewat malam ini. Kata Anwar, adalah menjadi hak Singapura mendapatkan sumber manusia, namun salah dari segi moral apabila mendiskriminasi tenaga buruh dari Malaysia berdasarkan negeri tertentu. "Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama. Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan adalah penting untuk kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo," kata Anwar. |
Akta Kampung Baru Batal Jika Pakatan Tawan Putrajaya Posted: 10 Sep 2012 04:59 PM PDT Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Jika kita diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat Pusat selepas PRU, kita akan batal akta itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak sebenar pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru. "Selepas itu, kita akan serah semula kepada pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru untuk menentukan hala tuju sebagaimana yang mereka inginkan," katanya kepada Keadilan Daily. Anwar berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, petang semalam. Turut serta, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain pimpinan KEADILAN. Mereka hadir ke situ menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sempena program itu peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul AM, Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk ribuan rakyat pelbagai kaum. Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 pada 3 Oktober tahun lalu, tetapi pada hari sama diganti dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sebelum diluluskan dua hari kemudian. Anwar dalam pada itu menyambut baik tindakan PAS memilih lokasi tersebut yang disifatkannnya sangat dekat dengan perjuangan rakyat ke arah perubahan negara terutama di era reformasi pada 1998. Ia berikutan sambutan Black 14 atau Gelita 14 oleh KEADILAN di lokasi sama pada 2008 bagi mengingati sejarah hitam Malaysia pada 14 April 1999. Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad menekan mahkamah untuk memenjarakan Anwar kononnya beliau terlibat rasuah sekaligus menyekat bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam politik. |
Henti Sabotaj Pembangkang, Anwar Ajak Najib Debat Posted: 09 Sep 2012 11:46 PM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat bersamanya dan mahu Perdana Menteri (PM) itu menghentikan sabotaj terhadap program Pakatan Rakyat. "Najib tak payah suruh orang baling batu, kamu sendiri naik atas pentas, debat dengan saya. Kuasa kamu pegang, TV kamu pegang, tiap-tiap hari tengok muka kamu sahaja. Balik-balik Datuk Najib, Rosmah. Rosmah, Datuk Najib. "Kita orang Islam kalau tidak setuju dengan seseorang, kita bahas dengan baik. Qur'an jelaskan cara dakwah yang betul ialah kalau nak beradu (tenaga), beradu dengan baik dan bukan dengan cara biadab, cerca, maki dan hina orang," katanya. Beliau berucap pada ceramah Merdeka Rakyat sempena Rumah Terbuka Aidilfitri KEADILAN Wangsa Maju di Tapak Pasar Malam, Taman Melati, semalam. Ketua Umum KEADILAN itu turut kesal tindakan Umno dan media kawalannya yang memanipulasi isu pijak gambar. Tindakan itu katanya tidak adil kerana Najib juga membisu apabila penyokongnya menunjukkan punggung kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga. "Tunjuk punggung ini bukan cara agama, bukan cara Melayu…Siapa yang buat, penyokong-penyokong Umno BN. Mengapa dia serang Ambiga, kerana yang tunjuk punggung ini sokong Najib. "Ada Najib tegur, ada akhbar Umno tegur, ada polis ambil tindakan? Tiada…Adakah rakyat ada dua kelas apabila diperlakukan secara tidak adil," soalnya. Justeru, beliau menasihatkan Najib agar tidak sombong dengan kuasa yang ada kerana jawatan Perdana Menteri dan banduan boleh bertukar. "Jangan guna kuasa cara takabbur. Siapa Tayeb Erdogan, dia kini PM Turki, di mana dia pada 2002 semasa pilihan raya Turki? Dia dalam penjara. "Tiga tahun lalu, Dr (Mohamed) Morsi dalam penjara, dan Hosni Mubarak ialah Presiden Mesir. Kini, Dr Morsi ditakdirkan jadi Presiden Mesir, manakala Hosni Mubarak dipenjarakan selepas diguling rakyat yang muka dengan dasarnya yang zalim," tegas Anwar. Beliau turut memberi jaminan tidak memenjarakan Najib jika menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. "Saya tiada niat hantar pemimpin Umno dalam penjara dan kalau betul ada niat itu, tiada berkatnya kerana saya hanya berniat melantik Najib sebagai Ketua Pembangkang bagi Parlimen yang baru. "Kalau dia tak mahu, saya boleh runding untuk lantik dia sebagai Duta Malaysia ke Mongolia," katanya disambut gelak hadirin. "Pasal apa gelak pula, rakyat Indonesia ramai tidak kenal Najib tahu. Kalau Pak Mahathir, Pak Anwar ya terkenal di Indonesia. Tapi kalau di Mongolia, semua orang kenal dia (Najib)," kata Anwar sinis. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan