Anwar Ibrahim |
- [VIDEO] Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat”
- Pakatan Pastikan Hasil Negara Dipulang Kepada Rakyat
- Alternative Budget Sans Ethnic-Based Policies
- Pakatan Bentang Belanjawan Alternatif Hari Ini
[VIDEO] Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat” Posted: 26 Sep 2012 08:40 AM PDT |
Pakatan Pastikan Hasil Negara Dipulang Kepada Rakyat Posted: 26 Sep 2012 01:14 AM PDT Pakatan Rakyat (Pakatan) komited melaksanakan reformasi ekonomi dalam memerangi rasuah dan memastikan kekayaan hasil negara diagih secara adil kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Reformasi ekonomi yang ditawarkan Pakatan bukan hanya berkisar soal menggantikan rejim lama dengan pemerintahan baru, tetapi suntikan kebangkitan kepada sektor ekonomi negara," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Menurutnya, pemerintah Umno hari ini mewarisi amalan ekonomi lapuk yang penuh dengan rasuah, kronisme dan dan nepotisme yang kian parah. "Sikap buruk itu harus dihentikan, bukan dengan retorik transformasi, tetapi dengan reformasi ekonomi yang konsisten," kata Anwar. Tambahnya, dasar afirmatif yang ditawarkan kerajaan sekarang tidak patut kerana hanya memberi manfaat kepada mereka yang rapat dengan golongan elit pemimpin. "Sudah tiba masanya kita kembali kepada matlamat asal untuk membantu mereka yang benar–benar memerlukan dan layak," jelas Anwar ketika berucap di hadapan lebih 350 tokoh korporat di Kelab DiRaja Selangor, semalam. "Sistem tender terbuka yang diamalkan di negeri Pakatan tidak hanya memastikan perjalanan proses lebih telus dan adil, malah mampu mengurangkan kos projek lalu merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh," kata Anwar lagi. "Demi rakyat, reformasi akan kita laksanakan apabila Pakatan menerajui Putrajaya kelak," kata Anwar. |
Alternative Budget Sans Ethnic-Based Policies Posted: 26 Sep 2012 01:07 AM PDT The Pakatan Rakyat’s shadow budget does not contain provisions for ethnic-based affirmative action, said opposition leader Anwar Ibrahim. Presenting the budget ahead of the 2013 federal budget due to be tabled on Friday, Anwar said this is based on the experience in Pakatan-held states. "The country must move to a new phase because bumiputera policy have been abused to enrich a few. "Support (for the needy) through affirmative action will continue but there is no need for it to be ethnic-based to be able help the poor," he said. He added that in Selangor and Penang, policies like micro-credit schemes are not ethnic-based, but the bulk of the recipients have been bumiputeras anyway because they meet the means test. “This means that ethnic Indians who qualify also get assistance, and this does not rob the rights of the Malays,” he said. The 2013 shadow budget also aims to abolish government-established 1Malaysian Development Berhad (1MBD) with all of its interests taken over by the federal investment arm Khazanah Malaysia. |
Pakatan Bentang Belanjawan Alternatif Hari Ini Posted: 25 Sep 2012 08:20 PM PDT Pakatan Rakyat (Pakatan) akan membentangkan Belanjawan Alternatif 2013 menerusi taklimat khas kepada media di Dewan Rakyat petang ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan bajet alternatif berkenaan. Ia dibuat dua hari menjelang pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini. Taklimat mengenai belanjawan tersebut telah dijalankan kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam. Dalam Belanjawan Alternatif 2012 yang dibentangkan pada 4 Oktober tahun lalu, Pakatan mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM220 bilion untuk keperluan rakyat. Belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Rakyat 2012 itu mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia adalah penjimatan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah. Antara lain, Pakatan mengumumkan gaji minima RM1,100 yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji. Pengenalan gaji minima akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100. Belanjawan tersebut merangkumi pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga. Selain itu, penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion. Lesen dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi. Lesen import permit AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara sebanyak RM1.2 bilion berbanding amalan sekarang yang menguntungkan kroni. Sebelum ini, pentadbiran Najib menciplak idea yang dibentangkan Pakatan, antaranya memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menyerupai Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan Anwar. Najib juga mengumumkan bayaran kepada insentif guru yang meniru idea yang dikemukakan oleh Pakatan menerusi Buku Jingga. Perdana Menteri turut memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat meniru langkah yang telah diperjuangkan oleh Pakatan sejak sekian lama. Untuk Belanjawan Alternatif 2013, dijangka Pakatan menyasarkan pelbagai tumpuan untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus bagi mengurangkan bebanan dan menambah manfaat rakyat. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan