Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
SERANGAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT : PEMIKIRAN POLITIK SEMPIT DAN TIDAK BERTAMADUN Posted: 23 Sep 2012 10:02 PM PDT Dua Markaz utama PAS Kawasan Gelang Patah telah diserang awal pagi semalam. Markaz PAS Kg Ladang, Gelang Patah dan Markaz PAS Kg. Ulu Pulai menjadi sasaran pihak yang semakin tertekan dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah. "Billboard" telah dibaling dengan cat manakala beberapa cermin markaz PAS juga pecah terkena balingan objek keras. AMK Gelang Patah percaya ianya adalah kerja samseng2 upahan yang berkerja dengan pihak yang semakin terjejas kepentingan politiknya akibat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin jauh menembusi kubu2 kuat pihak lawan. AMK Gelang Patah juga dimaklumkan bahawa seorang ahli PAS telah menerima ugutan dari Ketua Wira Perkasa Gelang Patah agar menurunkan semua bendera PAS. Ugutan itu kemudiannya membawa kepada serangan terhadap markaz PAS dan ini mungkin ada hubungkaitnya. Laporan Polis juga telah dibuat di 2 balai polis iaitu Balai Polis Paya Mengkuang dan Ibupejabat Polis Daerah Nusajaya. Beberapa keterangan juga telah diambil dari beberapa saksi yang tampil untuk membantu siasatan. Pada 14 Sept 2012 yang lalu, konvoi Jelajah Merdeka Rakyat juga telah diserang ketika dalam perjalanan ke tapak program Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat 2012 di Sutera Mall, Skudai. Samseng upahan ini telah menjatuhkan batu dari atas jejantas ketika bas melintasi jejantas tersebut namun ianya tidak mengenai bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaliknya mengenai bonet hadapan skuad pengiringnya. Perbuatan keji tersebut yang lansung tidak memikirkan nayawa orang lain ![]() akan berlaku kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa. Perjalanan Konvoi Jelajah Merdeka Rakyat ke Sutera Mall juga dikhaianati oleh ketika di selekoh masuk ke jalan menuju Sutera Mall dimana jalan tersebut telah ditaburi paku2. Skuad pengiring terpaksa membersihkan paku2 yang bertaburan di jalan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan bagi mengelakkan pengguna lain yang menggunakan jalan tersebut tidak teraniaya dengan perbuatan pihak yang langsung tidak memikirkan hak pengguna jalan tersebut. ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan