PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Rumah Terbuka Aidilfitri PR NS-2 Sept 2012
- 6 kebaikan turun harga kereta, BN cuma bermuka-muka
- Pakatan jamin bela hak Melayu dan kaum lain – Anwar
Rumah Terbuka Aidilfitri PR NS-2 Sept 2012 Posted: 26 Aug 2012 10:05 PM PDT |
6 kebaikan turun harga kereta, BN cuma bermuka-muka Posted: 26 Aug 2012 10:01 PM PDT Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?". Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta. Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan. Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN. Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno BN berhubung penurunan harga kereta? Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan BN). Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen. Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar. KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah: - Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain; - Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya; - Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta; - Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya; - Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan - Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara. Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno BN yang seterusnya kerana saya yakin Umno BN tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta. |
Pakatan jamin bela hak Melayu dan kaum lain – Anwar Posted: 26 Aug 2012 09:59 PM PDT BAGAN SERAI 27 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas, hak keistimewaan orang Melayu dan lain-lain kaum akan terjamin jika Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Katanya, antara tawaran Pakatan jika menang pilihan raya termasuk menurunkan harga minyak dan kereta serta membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ketua Umum KEADILAN itu berkata, rakyat tidak bodoh untuk terus percaya dakwaan Umno BN bahawa negara akan bankrap jika ditadbir Pakatan. "Rakyat tak bodoh…(Menurut Umno BN) negara akan bankrap (sedangkan) kita bagi fakta," katanya merujuk tawaran berkenaan ketika berucap pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di sini, malam tadi di hadapan kira-kira 4,000 hadirin. Anwar berkata, semua golongan akan mendapat keuntungan daripada tawaran tersebut, terutama rakyat miskin dan kebanyakannya Melayu. Beliau turut menyangkal tohmahan sesetengah pihak mengatakan nasib orang Melayu tidak akan terbela di bawah pentadbiran Pakatan. Menurutnya, KEADILAN, PAS dan DAP bersetuju memberi jaminan untuk terus membela Melayu dan pada masa sama hak kaum lain sebagai warganegara yang sah. "(Ini kerana) Malaysia tidak akan selamat kalau orang Melayu (sebagai kaum majoriti) tersisih dan tidak kuat," kata Anwar lagi. Jelasnya, orang Melayu tidak mendapat pembelaan sebenar di bawah pemerintahan Umno BN yang hanya mengkayakan keluarga dan kroni. Beliau memberi contoh skandal RM250 juta National Feedlot Corportaion (NFC) melibatkan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan terbaru, kontrak membekal bahan api selama enam bulan untuk pesawat MAS yang diberi kepada Petron, milik Mirzan Mahathir. "Ahli-ahli Umno yang bawah dapat apa? Itupun ahli masih lagi (melaungkan) 'Hidup Melayu'," kata Anwar sinis. 29 Jun lalu, Petron dan MAS menandatangani perjanjian bagi membeli dan membekal bahan api untuk pesawat Airbus A380 selama enam bulan berkuatkuasa 1 Julai lalu. Selain Anwar, turut berucap adalah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty; Ketua Biro Latihan , Mustaffa Kamil Ayub dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, V Sivakumar. Anwar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin dan Alphonse Arulandu di atas sumbangan mereka kepada Pakatan Rakyat. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan