Khamis, 26 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kerusi UMNO akan kehilangan sebahagiannya, tetapi kerusi MCA dan Gerakan akan hilang kesemuanya!

Posted: 26 Jul 2012 12:24 AM PDT

Ramai pemerhati politik memikirkan bahawa Dato Seri Najib Tun Razak masih enggan membubarkan Parlimen kerana ketidakyakinan beliau bahawa Barisan Nasional dapat mempertahankan Putrajaya didalam PRU-13. Tetapi berapa ramaikah daripada mereka yang memikirkan bahawa Najib masih enggan menasihatkan Yang Di Pertuan Agung supaya membubarkan Parlimen oleh kerana ketidaksediaan parti-parti didalam Barisan Nasional berhadapan dengan PRU ini?

MCA dan Gerakan cukup gentar berhadapan dengan PRU kali ini kerana majoriti pengundi-pengundi bukan Melayu sudah pun membacakan TALQIN (bukan bermaksud dari segi agama) untuk MCA dan Gerakan, dan apabila PRU diadakan menandakan bahawa kedua-dua parti itu akan menjadi parti-parti yang hanya disebut didalam lipatan sejarah.  Tak usah sebutlah PPP, kerana semasa BN kuat pun, parti itu gagal menambat hati pengundi-pengundi.

Sebuah parti lagi yang akan menjadi korban didalam PRU akan datang ini adalah SUPP.  Di Sarawak, SUPP menjadi tunggak parti BN mewakili pengundi-pengundi Cina, tetapi dengan kedudukan hari ini, SUPP sudah kehilangan semua taringnya, dan hanya menunggu saat sahaja untuk dikuburkan.

Kekuatan BN kini hanya bergantung kepada UMNO dan PBB, tetapi dengan perkembangan mutakhir ini, UMNO akan kehilangan kerusi yang besar di Sabah dan digambarkan bahawa 60% daripada wakil-wakil rakyat BN akan kecundang di Sabah.  Manakala UMNO di Semenanjung masih boleh bertahan tetapi dengan kehilangan beberapa buah kerusi.

Sementara itu PBB tidak lagi dapat mempertahankan kemenangan 100% untuk BN di Sarawak, sebahagian, walaupun tidak besar dari kerusi-kerusi BN yang diwakili oleh PBB akan jatuh ke tangan pembangkang di Sarawak khususnya ke tangan Parti Keadilan Rakyat.

Semasa PRU 2008, BN di Semenanjung hanya berjaya mengutip undi popular sebanyak 49%, dan undi popular BN di Semenanjung didalam PRU akan datang ini diyakini akan menurun lebih bawah dari paras 40%.

Fixed deposit yang sentiasa dikaitkan dengan kekuatan BN di Sabah dan Sarawak tidak lagi dapat dipertahankan oleh BN.

Kebanyakan rakyat Sabah tidak yakin bahawa kedudukan BN di Semenanjung sebelum PRU-12 dulu dapat dihakis, dan mereka tidak mahu mengundi Pembangkang dibimbangkan mereka akan menjadi mangsa kepada Barisan Nasional didalam pemberian projek-projek pembangunan.  Tetapi apabila mereka sudah melihat bahawa pengundi-pengundi Semenanjung sudah pun mulai beralih rasa didalam PRU-12 dulu, kebimbangan mereka untuk memilih Pembangkang di Sabah tidak lagi dapat mereka pertahankan dan justeru itu mereka  bersedia untuk mengundi perubahan.

Di Sarawak pula penganalisis politik dengan mudah meletakkan bahawa Pakatan Rakyat boleh mengambil alih tidak kurang daripada 15 kerusi Parlimen.

Dengan perkembangan ini, Barisan Nasional tidak lagi dapat mempertahankan Putrajaya, dan dengan keyakinan rakyat Sabah dan Sarawak bahawa Barisan Nasional akan kecundang mempertahankan Putrajaya,
mereka akan lebih berani dan ghairah lagi memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menjadi Kerajaan Pusat.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan kenapa Najib masih berhati-hati untuk mengambil tindakan membubarkan Parlimen.

Bagaimana pun, beliau tidak boleh menangguhkan pembubaran kerana menjelang Mac 2013, tempoh Parlimen ini akan tamat, dan Najib terpaksa memilih tarikh yang sesuai untuk Barisan Nasional.  Tarikh yang paling sesuai adalah pada bulan September 2012.  Menjelang 2013, ekonomi dunia akan merudum dan keadaan itu tidak baik bagi BN.

Menurut maklumat tertentu, pihak Polis dan pihak Tentera sudah pun menjalani taklimat Pilihanraya, begitu juga tenaga-tenaga awam yang akan berkhidmat untuk SPR.  Maka tarikh yang sesuai untuk BN memanggil PRU baru ialah pada bulan September 2012.

Alhamdulillah, Pakatan Rakyat yang sudah menjangkakan PRU diadakan lebih awal pada tahun 2012, setentunya sudah berada didalam keadaan yang sangat bersedia menghadapi PRU ini.

Masalah yang dihadapi ialah berhubung dengan pengundi hantu dan pengundi-pengundi Mee Segera yang kini belum dapat dibuang daripada senarai pemilih, ratus ribuan mereka masihi mengotori senarai pemilih, dan keengganan SPR membersihkan senarai pengundi adalah suatu perkara yang sangat menjijikkan sistem Pilihanraya di Negara ini.

Annuar, berumur 2 tahun, berlatih ambil gambar foto

Posted: 25 Jul 2012 11:51 PM PDT

 Annuar ambil gambar adiknya, Helena, yang baru nak celik matanya dari tidur
 Gambar aki sedang mengagah-agah cucunya, Helena.
 Ini dah tentu cerita cartoon, Annuar memang minat betul dengan cerita kartun, dia boleh pasang cd dia sendiri
 Ini gambar basikal kakaknya, Aina, yang tumbang
 Helena sudah mulai sedar
 Helena dah sedar, celik betul matanya
 Dah nak tidur balik

Tiada ulasan: