Selasa, 17 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Semarak Ramadhan & Santai Bakar Ayam bersama PACABA & SUKARELAWAN PKR FELDA JENDERAK SELATAN

Posted: 17 Jul 2012 08:11 PM PDT

 Pak Jabit @ Man Kadir, Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh, walaupun sibuk dengan panggilan ceramah di seluruh Negara, tidak melepaskan peluang bersama-sama Pacaba & Sukarelawan PKR Felda Jenderak Utara 17.7.12
Foto Sdr Nawi Ralit, Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Selatan, dapat diretrieve semula

 Mat Lela adalah nama yang tidak asing lagi didalam DUN Jenderak.  Beliau ibarat seorang Panglima Perang UMNO yang selama ini bertugas mempastikan UMNO DUN Jenderak tidak tergugat.  Beberapa minggu yang lepas beliau telah meletakkan jawatan selaku Bendahari UMNO Cawangan Penderas dan akhir-akhir ini menghadiri program-program yang dianjurkan oleh PKR Kuala Krau walaupun beliau masih menjadi ahli UMNO.  Di malam santai Pacaba & Sukarelawan PKR Felda Jenderak Selatan 17.7.12 beliau bukan sahaja turut hadir tetapi turut berucap didalam Majlis itu.  UMNO Kg Paya Luas dan Penderas akan patah kaki dengan ketiadaan Mat Lela.  Rakan beliau Hamid Tow bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Penderas telah keluar dari UMNO dan menyertai PKR didalam acara taklimat Pacaba & Sukarelawan untuk Kg Pasu baru-baru ini.

 Sdr Ramli Lin, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau menceritakan detik-detik kenapa beliau menyertai PKR dan menubuhkan ranting PKR di Felda Jengka 24
 Rosli Panjang, bekas Ketua UMNO Cawangan Kg Rekoh, telah keluar dari UMNO setelah perjuangannya untuk mempertahankan tanah Orang Asal sentiasa dicabul oleh UMNO sendiri yang langsung tidak mempunyai program bagi mempastikan tanah Orang Asal tidak diceroboh.  Kini beliau memimpin penduduk Orang Asal Kg Rekoh berjuang melalui PKR, dan beliau terpilih sebagai Ketua PKR Ranting Rekoh.
 Sdr Balasubramaniam, adalah bekas Setiausaha Gerakan Kuala Krau, beliau memilih untuk menyertai PKR kerana perjuangan untuk kaum India khususnya mendapatkan tanah untuk rumah-rumah kediaman tidak pernah dilayan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional, dan setelah melihat bahawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional baik dari Gerakan, MIC, UMNO dan MCA hanya memperjuangkan kepentingan mereka semata-mata dan tidak memperdulikan nasib rakyat yang ramai.  Kini beliau memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau.  Sejak 2010 beliau kurang aktif kerana terlantar di rumah akibat kemalangan jalanraya.  Keadaan beliau sudah beransur pulih dan kini sudah mulai boleh berjalan walaupun kadang-kadang terpaksa dibantu, beliau berucap pada majlis ini dengan menceritakan sebab-sebab kenapa beliau keluar dari Gerakan dan menyertai PKR dengan kehendak beliau sendiri.
 Azmi Zainon, perancang gerakan PKR di DUN Jenderak, bertugas sebagai Naib Ketua PKR Cabang dan dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Cabang sejak Timbalan Ketua Cabang telah lama tidak aktif di Kuala Krau dan diberitakan akan bertukar ke Cabang Temerloh.
 Sdr Sambut, Ketua UMNO Cawangan Kg Mendoi, sentiasa memberikan galakan kepada PKR untuk terus berjuang membela nasib Orang Asal.  Walaupun beliau masih berada didalam UMNO beliau tidak teragak-agak menyokong PKR yang dilihat sebagai pembela Orang Asal.  Beliau turut berucap di Majlis Santai Bakar Ayam untuk Pacaba & Sukarelawan PKR Felda Jenderak Selatan.  Bergambar di sebelah kanan beliau ialah Sdr Srinivasan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

 Sdr Mohd Khalid, Penolong Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau.  Beliau mengambil sikap low profile tetapi beliau akan bertugas memasang PA system bagi setiap ceramah PKR disini, dari segi jawatan didalam JK Pilihanraya Kuala Krau beliau bertanggungjawab menyusun PACABA dan Sukarelawan, dan kini beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau.



 Berselera betul nampaknya Pak Jabit menjamu selera dengan ayam bakar.
 Noryati Ghani, Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau (berbaju kuning) dan disebelahnya adalah isteri kepada Pak Jabit.

 Sdr Bakar Panjang, bekas AJK UMNO Cawangan Kg Paya Seboi, kini memegang jawatan sebagai Ketua PKR Ranting Kg Paya Seboi, seorang yang benar-benar aktif dan setiasa bertugas menampal poster dan mengedarkan risalah rumah-ke-rumah, beliau adalah ahli yang benar-benar ringan tulang didalam menjalankan kerja parti.
 Daud Busu, Ketua PKR Ranting Kg Paya Mendoi, bekas AJK UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi.  Walaupun kini beliau kurang sihat kerana dilanda stroke beberapa bulan yang lalu, beliau tetap melapangkan masa untuk menghadiri Majlis santai di Felda Jenderak Selatan malam ini.

 Aliasyasak Idris, AJK PKR Cabang Kuala Krau yang betul-betul istimewa.  Kehadirannya didalam Ranting Felda Jenderak Utara memberikan satu kekuatan baru kerana Ranting itu kini terpaksa dipandang serius oleh pihak lawan dan kawan kerana Sdr Lias Janggut (namanya yang lebih dikenali) adalah seorang manusia yang sangat tegas.  Tidak ada sesiapa lagi boleh menggugat bendera PKR yang dipasang di Felda Jenderak Utara kerana beliau akan turut ke rumah mereka yang diketahui merosakkan bendera PKR, dan didalam roh yang sama, beliau melarang mana-mana pihak merosakkan bendera BN.  Beliau juga terkenal dengan seorang yang sangat bermurah hati.  Baru-baru ini pada 8.7.12 beliau bukan sahaja menyumbangkan ayam untuk dimasak bagi 400 orang peserta-peserta Himpunan Orang Asal Se Pahang di Kg Penderas, beliau dan keluarganya memasak ayam tersebut dan menghatar ke tempat Himpunan.


Sdr Mat Juah Mohamad, pendatang baru menyertai PKR di Felda Jenderak Selatan.  Kehadiran beliau kedalam PKR di Jenderak Selatan mengubah persepsi PKR di Rancangan Felda itu.  Beliau disegani oleh pencacai-pencacai UMNO di Rancangan itu.  Sebelum kemasukannya kedalam PKR bendera-bendera dan poster-poster PKR di Felda Jenderak Selatan tidak boleh bertahan lebih dari setengah hari akan dirosakkan oleh pencacai-pencacai UMNO.  Kini Mat Juah menyatakan bahawa beliau kenal semua pencacai-pencacai UMNO itu dan jika mereka masih mahu melakukan perbuatan yang jahat itu, maka kili ini mereka akan bertemulah diantara buku dengan ruas.  Melalui pengaruh beliau lebih 100 orang khususnya anak-anak muda di Felda Jenderak Selatan  menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan berhadapan dengan Pilihanraya yang akan datang.  Majlis Semarak Ramadhan dan santai BBQ ayam di Felda Jenderak Selatan pada 17.7.12 disempurnakan dihalaman rumah beliau. Gambar Sdr Nawi Ralit, selaku Ketua PKR Ranting Felda Jenderak Selatan telah terdelet semasa melakukan uploading gambar-gambar tadi.  Sdr Nawi Ralit kini mempnyai pembantu-pembantu yang ramai di Felda Jenderak Selatan.
Kenapa peneroka-peneroka Felda Jenderak Selatan dan anak-anak mudanya berubah?  Kerana mereka benci dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO yang melakukan perbuatan keji di Rancangan itu.

Kedahkini: Panas! UMNO Guna Yahudi/Apco Fitnah Pakatan , pengakuan Cyber Trooper Umno

Posted: 17 Jul 2012 05:43 PM PDT

Tiada ulasan: