Suara Sri Andalas |
Visit to Semenyih water damn shows its full and overflowing Posted: 17 Jul 2012 02:34 AM PDT KENYATAAN MEDIA 17 Julai 2012 Dr. Xavier Jayakumar , EXCO Negeri Selangor telah melakukan lawatan mengejut ke Empangan Semenyih tengahari tadi dan mendapati bahawa paras air adalah di paras maksima melebihi 111.00 meter sama seperti carta di atas. (lihat foto P1150304 dan P1150385) Beliau juga telah diberi taklimat oleh Encik Ahmad Rosli, pengurus Abass Konsortium , syarikat operator empangan tersebut yang mengatakan bahawa paras air adalah sentiasa penuh hingga melempah-lempah. Setakat hari ini empangan tersebut tidak pernah melepaskan air takungannya sejak tahun lepas lagi kerana tidak menerima sebarang permintaan dari Loji Rawatan Air di hiliran sungai. Ini bermakna air di dalam Sungai Semenyih itu sendiri telah mencukupi untuk kegunaan Loji tersebut sepanjang tahun lepas tanpa perlu mendapat air dari Empangan Semenyih. Dr. Xavier juga membidas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Mohd Hassan yang disiarkan oleh TV3 beberapa hari yang lalu yang secara sinisnya mengatakan bahawa Negeri Sembilan akan menjual air kepada Selangor tetapi bukan dengan harga yang murah sekiranya Negeri Sembilan mempunyai air yang berlebihan. Kerajaan Selangor ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak pernah 'terfikir' langsung untuk mendapatkan air dari Negeri Sembilan jauh sekali untuk membeli air dari negeri tersebut kerana negeri Selangor sendiri mempunyai 7 buah empangan yang mempunyai takungan air mentah yang banyak selain mempunyai sumber air altenatif yang lebih menjimatkan dari segi ekonomi. Kita menasihatkan Mohd Hassan jangan cuba mendapatkan populariti murahan untuk turut 'menyibuk' untuk bercakap tentang isu air di Selangor. Kita harap beliau fokus dan mengambil berat tentang masalah gangguan air di Kuala Pilah, Bahau , Jempol beberapa kawasan lain yang sering mengalami ketiadaan air sejak beberapa bulan kebelakangan ini. YB Dr. Xavier Jayakumar Ahli EXCO Negeri Selangor |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan