Khamis, 19 Julai 2012

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Mazlan Dedah Bukti "Felda Pajak" Ribuan Hektar Tanah "Felda Plantations" Kepada FGVH !

Posted: 18 Jul 2012 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) hari ini mendedahkan satu dokumen yang membuktikan Felda telah memajak ribuan hektar tanah-tanah Felda Plantations di seluruh negara kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Ketika membuat dakwaan itu sebelum ini, ramai pihak yang menuding jari kepadanya kononnya beliau menabur fitnah berkaitan perkata itu. Kini beliau akhirnya tampil dengan bukit-bukti kukuh untuk menguatkan lagi dakwaan tersebut. "Tanah-tanah ini adalah milik kerajaan negeri. Ia seharusnya diagih kepada rakyat selaras dengan komitmen Tun Ad Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta GSA pada 27 April 1960 di Parlimen. Felda Global Ventures Holdings (FGVH) telah merampas dan merompak hak rakyat.

Ketika Pakatan Rakyat menawarkan dlm buku Jingga untuk agihkan tanah ini untuk Generasi kedua dan ketiga Felda, Datuk Ahmad Maslan melenting. Alasannya, nanti Felda hilang pendapatan dua bilion setahun", kata Mazlan dalam satu kenyataan dilaman sembang sosial facebooknya hari ini. Antara tanah yang terlibat di Pahang 143, 584 hektar; Sabah 106, 735; Johor 26, 251 hektar; Kelantan 24, 121 hektar; Negeri Sembilan 19,908 hektar; Perak 15,510 hektar; Terengganu 13,309 hektar; Sarawak 8,280 hektar; Perlis 1, 254 hektar dan Kedah 1, 116 hektar.

Bukti, sebahagian daripada dokumen asal tentang perjanjian Felda-FGVH 


[Dakwaan Mazlan Aliman ini pasti akan memeningkan kepala Isa Samad dan kuncu-kuncunya. Mereka kini sedang bersenang lena dengan duit Felda dengan menipu para peneroka. Mereka tergamak merampas tanah Felda untuk kepentingan peribadi masing-masing menerusi saham FGVH yang dimilik kini. Bayangkan jika saham FGVJ itu merudum dan jatuh menjunam, apa akan terjadi kepada semua tanah-tanah yang telag dipajak ini agaknya. Bukankah rakan strategik terbesar yang menguasai saham FGHVH itu adalah sebuah syarikat asing yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi Israel. Apakah nanti nasib para peneroka juga akan menjadi seperti umat Islam di Palestin?. Mereka akhirnya akan dihambat dari tanah milik mereka sendiri. Penipuan tandatangan pada borang pinjaman bank jelas sekali membuktikan memang ada perancangan jahat antara Isa Samad dengan Najib dalam isu ini. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, maka sudah pasti tanah-tanah milik peneroka juga akan menjadi pajakan mereka. Akhirnya, menang sorak kampung tergadai. Justeru, sebelum terlambat mereka perlulah jual saham FGHV sekarang].


Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Macamana kata tak ada air di Selangor ? Ni Bukti Banyak air di Selangor

Posted: 18 Jul 2012 11:23 PM PDT

Paras teratas Empangan Sg Semenyih sepatutnya 111.00 meter tapi hari ini 111.09 meter. Lebih tinggi. Siapa kata terdapat kekurangan air?





Sumber: http://iskandar56100.blogspot.com/

Tiada ulasan: