Khamis, 19 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Photo Sekitar Wacana Tariq Ramadan Di Kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 19 Jul 2012 01:27 PM PDT

Gambar Ihsan Najwan Halimi

 

Hanya Taklimat Kosong Dari SPR

Posted: 19 Jul 2012 01:16 PM PDT

Harakah

Para pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan program pertemuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama pimpinan parti politik hari ini tidak ‘ada apa-apa’ malah taklimat yang disampaikan lebih kepada perkara yang sudah ketahui umum.

Taklimat yang diberikan itu lebih menjurus kepada peraturan-peraturan dan perkara baru yang sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Difahamkan, para pimpinan Pakatan Rakyat meninggalkan program ini lebih awal apabila dimaklumkan tidak ada sesi soal jawab antara SPR dengan wakil parti yang hadir, walaupun pembesar suara disediakan di dalam dewan itu.

Apa yang berlaku sebaliknya, persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh wakil parti hanya berkaitan proses pengundian ketika sesi simulasi susun atur tempat mengundi sahaja.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan yang turut menghadiri pertemuan itu melahirkan rasa kecewa apabila taklimat yang disampaikan itu adalah perkara umum hanya berkaitan proses pilihan raya sahaja.

“Ini satu taklimat biasa sahaja, mengenai proses membuang undi, penamaan calon, proses ini kita kira ia adalah biasa,” katanya ketika ditemui.

Malah yang mendukacitakan katanya, dengan kehadiran wakil-wakil parti politik daripada PAS dan Pakatan Rakyat mahu mendengar dan melihat berlakunya perubahan secara drastik oleh SPR berkaitan dengan lapan tuntutan yang diminta oleh rakyat.

Di mana katanya, lapan tuntutan itu melibatkan perkara dasar yang diminta oleh rakyat melalui Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan 3.0.

“Kita nak tahu bagaimana usaha pihak SPR untuk membersihkan senarai daftar pemilih yang sangat diragui khususnya daripada Pakatan Rakyat. Kita juga nak tahu apakah usaha SPR terhadap tujuh lagi tuntutan kita soal akses media untuk menerangkan manifesto kepada seluruh masyarakat.

“Walaupun pihak kementerian ada menyatakan parti politik Pakatan Rakyat juga akan dibenarkan untuk menerangkan manisfesto ini, keadaan ini mungkin kita hanya diberikan beberapa minit sahaja sedangkan Umno BN akan menggunakan semaksimum mungkin media ini,” katanya.

Katanya, perkara-perkara inilah yang sepatutnya ditekankan oleh SPR dalam program hari ini sebelum berlakunya pilihan raya nanti.

Malah katanya, soal penyalahgunaan agensi dan premis kerajaan oleh Umno BN setiap kali pilihan raya, juga tidak dibangkitkan.

Sementara itu, Adun Seri Setia, Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat SPR agak defensif terhadap kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

Katanya, apa yang Pakatan Rakyat mahu ialah pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh SPR, namun tidak dinafikan ada peraturan baru dibuat setelah berlakunya tiga siri Himpunan Bersih.

“Walaupun ada sedikit perubahan, tetapi masih ada banyak perubahan yang belum dilaksanakan oleh SPR, kalau ada undi pos kerana ada anggota keselamatan bertugas di luar negara, kenapa rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di luar negara tidak boleh dapat hak yang sama. Dan untuk laksanakan itu perlu tempoh kempen yang lebih lama,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang ditemui selepas sesi taklimat persediaan PRU ke-13 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, tertunggu-tunggu untuk mengajukan beberapa pertanyaan termasuklah undi pos dan pengundian awal.

“Tunggulah macam mana, kalau kita tengok mereka sediakan ‘mic’ macam ada sesi soal jawab dan saya akan bangkitkan perkara ini,” katanya.

Turut bersama dalam program ini, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan, dan beberapa wakil dari DAP.

Program pertemuan SPR bersama pimpinan parti politik yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya bermula jam 8.30 pagi diikuti ucaptama oleh Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Sejurus selepas itu taklimat persediaan PRU ke-13 hampir dua jam disampaikan oleh Wan Ahmad, kemudian sesi simulasi susun atur tempat mengundi dan proses pengundian mengakhiri taklimat hari ini.

PKR Cabar George Kent Nafi Terima Surat Hasrat

Posted: 19 Jul 2012 12:01 AM PDT

Malaysiakini

PKR mencabar syarikat George Kent Bhd untuk mendedahkan sama ada syarikat itu telah diberikan surat hasrat untuk projek sambungan LRT Ampang.

Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli mendakwa George Kent sudah hampir mendapat konrak tersebut secara rasmi.

Katanya, beliau percaya bahawa surat lantikan untuk projek tersebut tidak akan dikeluarkan sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana ia akan menjadi bahan kempen pilihan raya yang besar.

"Tapi LOI (surat hasrat) telah diberikan kepada George Kent, untuk membenarkan syarikat itu menjalankan perancangan dan persediaan lain,” dakwanya.

Hutang Malaysia Berpotensi Jadi Bom Jangka – Pakar Ekonomi

Posted: 18 Jul 2012 11:20 PM PDT

The Malaysian Insider

Hutang negara Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421 billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak diuruskan secara berhemah, ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk, kata pakar analisis ekonomi hari ini.

Mereka berkata sementara hutang kerajaan — yang kini berada di paras 54 peratus dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang kedua tertinggi di Asia — tidak akan memberi impak kepada ekonomi negara dan kadar kredit setakat ini, tetapi bakal memberi keadaan yang tidak menentu kepada pasaran global, sekaligus bakal menjadi risiko untuk pelbagai isu dalam masa sekarang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar atas) telah berkata tidak akan membenarkan hutang kerajaan mencecah 55 peratus KDNK, kerisauan ini meningkat apabila pinjaman yang disokong pihak kerajaan — mula dipinjam dan sudah meningkat kepada 65 peratus KDNK, iaitu melebihi dari paras selesa bagi sesetengah penganalisis.

Ketua penganalisis ekonomi RAM Ratings, Yeah Kim Leng berkata bahawa sementara hutang Malaysia dianggap sebagai sederhana, ia juga perlu berhati-hati dalam kemungkinan kadar hutang mula melintasi "angka tertinggi" disebabkan terlalu banyak kos pinjaman.

"Sentimen pasaran yang tidak menentu boleh jadi sangat menyukarkan," kata Yeah.

"Jika sentimen pasaran tidak memihak kepada Malaysia, ia boleh menyebabkan kadar pinjaman menjadi terlalu tinggi dan pelabur akan menarik kembali modal keluar"

Beliau turut menambah sekiranya pengurusan dilakukan secara berhemah, maka hutang negara akan menyebabkan daya tahan ekonomi negara semakin lemah jika mempunyai kejutan ekonomi kuat seperti kegawatan ekonomi pada hari ini.

"Ini bukan hanya soal pertumbuhan ekonomi, tetapi kemampuan ekonomi untuk bertahan," katanya lagi.

Menurut angka yang diberikan dalam Laporan Ekonomi dari kewangan Kerajaan Persekutuan — menunjukkan bahawa hutang Kerajaan Persekutan telah meningkat dua kali ganda dalam masa kurang dari lima tahun, dari RM247 billion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421 billion kepada

tahun 2011, dengan pendapatan hanya meningkat kepada 31 peratus atau dari RM140 billion kepada RM183 billion dalam tempoh yang sama.

Sebagai perbandingan, dari 2001 hingga 2005, kadar hutang hanya meningkat dari RM121.4 billion kepada RM189 billion, peningkatan hanya 56 peratus.

Pinjaman yang disokong kerajaan meningkat secara mendadak dari tahun 1985 hingga 2010 — dari RM11 billion kepada RM96 billion, peningkatan 8.7 peratus setiap tahun.

Cheong Kee Cheok, zamalah penyelidik senior dari Universiti Malaya (UM) di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran berkata bahawa hutang Negara yang kini 55 peratus KDNK tidaklah begitu membahayakan jika dibandingkan dengan Greece, akan tetapi dia membayangkan bahawa hutang akan terus meningkat.

"Peningkatan kadar hutang sepanjang tahun-tahun ini sangat merisaukan dan setakat ini, saya tidak nampak sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan walaupun kadar sumber pendapatan tidak berkembang. Ini kerana kita mempunyai Petronas," katanya lagi.

Wan Saiful Wan Jan (gambar bawah), ketua eksekutif dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata senario politik memainkan peranan mengapa Malaysia terus bergelut dengan hutang yang meningkat.

Dia menegaskan bahawa perbelanjaan defisit adalah "perkara yang tidak sepatutnya", melainkan kerajaan cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya.

Hanya sedikit sahaja tindakan dari pihak kerajaan untuk menanganinya kerana ahli politik hanya sibuk menunggu pilihan raya akan datang.

"Ahli politik akan menggunakan wang untuk mereka memenangi pilihan raya," tambahnya lagi.

Dia bukan sahaja mengkritik kepada pentadbiran Najib tetapi mendapati janji Pakatan Rakyat lebih teruk lagi.

"Pakatan Rakyat berkata mereka boleh membiayai perbelanjaan dengan menghapuskan rasuah, tetapi jika mereka mahu bertanggungjawab, mereka harus tahu bagaimana untuk membayar hutang bukannya menutup ruang untuk perbelanjaan," katanya lagi.

Rekod fiskal kerajaan sudah mula menunjukkan impak kepada keyakinan pelabur disamping menunjukkan kelemahan atas mata wang negara serta peningkatan pengeluaran bon kerajaan.

Walaupun kerajaan Malaysia menawarkan pendapatan lebih dari Singapura atau Amerika Syarikat, pelabur terus menarik balik pelaburannya dan menyebabkan nilai ringgit jatuh dalam beberapa minggu ini.

Negara dengan kadar kredit yang kuat seperti Switzerland menawarkan pendapatan yang tinggi kerana kekuatan ekonominya, manakala Negara seperti Itali dan Sepanyol mempunyai masalah kerana mempunyai risiko yang tinggi.

Walaupun Malaysia tidak dalam kategori seperti Sepanyol dan Itali, keadaan menunjukkan pelaur lebih banyak menukarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika dan Singapura dalam masa ketidaktentuan walaupun Sekuriti Kerataan Malaysia (MGS) menawarkan 3.4 peratus keuntungan berbanding 1.5 peratus bagi bon kerajaan Singapura dan Amerika Syarikat dalam masa 10 tahun.

Ini bermakna para pelabur masih ada keraguan terhadap kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang serta pengeluaran matawang asing seterusnya menjadikan matawang ringgit jatuh dalam masa 14 tahun berbanding dolar Singapura dan nilai matawang semakin merosot.

Dengan kedua-dua hutang dan perbelanjaan defisit antara yang tertinggi di Asia berbanding KDNK, ia akan menjadi lebih sukar bagi kerajaan mengurangkan perbelanjaan – sama ada meningkatkan cukai atau memotong perbelanjaan — semuanya tidak menjadi popular di kalangan rakyat.

Penyelamat ekonomi Malaysia ialah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara disamping pendapatan dari minyak dan gas.

Pendapatan dari hidrokarbon bagaimanapun diancam dengan harga yang tidak menentu kerana kedudukan ekonomi yang tidak stabil.

Sekiranya berlakunya lagi krisis ekonomi global, tidak dapat dipastikan bagaimana ruang fiskal dalam pentadbiran Najib dapat melakukan tindakan merangsang ekonomi kerana terikat denganperbelanjaan defisit dan sentiasa dibelenggu dengan hutang.

Satu lagi isu ialah hutang RM96 billion akan terus meningkat dalam masa akan datang dan ada laporan menganggarkan peningkatan ini mungkin meningkat ke RM100 billion dalam beberapa tahun akan datang.

Malah, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan hutangnya, dengan menjual RM2.5 billion bon Islamnya untuk membiayai lebih banyak perbelanjaannya untuk peningkatan para pelajar ke universiti.

Skim PTPTN walaubagaimanapun berada dalam keadaan kontroversi dimana hanya 84 peratus pelajarnya membayar balik pinjaman setakat Februari tahun ini.

Untuk ketika ini, para pelabur masih lagi mahu membeli bon dari kerajaan Malaysia untuk digunakan untuk pembangunan negara.

Persoalan samada harga petroleum terus turun, atau kadar defisit yang masih lagi tinggi, dan kenaikan kadar liabiliti mungkin akan mengganggu keyakinan mereka.

Akta Keharmonian Undang2 Drakonian

Posted: 18 Jul 2012 11:09 PM PDT

KeadilanDaily

Akta Keharmonian yang baru diperkenal menggantikan Akta Hasutan 1948 juga sama fungsinya seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Perhimpunan Awam bersifat drakonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Nama sahaja ditukar, tetapi kesannya tetap sama keras," kata Ketua Umum KEADILAN itu.

"Saya tak setuju dengan penggubalan akta tersebut, ia juga akan bersifat selektif, kelompok atau kumpulan pro Umno yang mengeluarkan kenyataan rasis, menyerang orang lain pasti dibiarkan, tapi kalau mengkritik kerajaan diambil tindakan," katanya.

Menurut Anwar, persoalan asas ialah sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak undang-undang yang menindas dan bersifat zalim.

"Kalau betul dia menolak, maka tak perlu ubah atau gantikan undang-undang baru yang sama fungsinya iaitu, mansuhkan saja," tegas beliau.

Anwar mengulas pengumuman Najib minggu lepas yang memansuhkan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang kononnya membolehkan lebih banyak ruang untuk mengkritik kerajaan.

Beliau turut mengulas isu pemilihan tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini iaitu, 'Janji Ditepati'.

"Itu adalah percubaan terakhir Umno untuk berpaut sebelum terjatuh," katanya.

Tiada ulasan: