Anwar Ibrahim |
- Rakaman Angkatan Perubahan Sabah Di Tuaran 29/07/2012
- Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Beaufort Sabah 29/07/2012
- Muhyiddin Datang Dan Nampak, Namun Tak Berdaya: Anwar Mementerai Perintah Baru Sabah
- Kerajaan Negeri Rakam Takziah Kemangkatan Adinda DYMM Sultan Selangor
- Who Owns Port Dredging Concession?
- Operasi Cegah Jenayah Wajib Diperluas Ke Seluruh WP Kuala Lumpur
- Perkembangan Politik Sabah
Rakaman Angkatan Perubahan Sabah Di Tuaran 29/07/2012 Posted: 30 Jul 2012 04:28 PM PDT
|
Rakaman Pidato Dato Seri Anwar Ibrahim Di Beaufort Sabah 29/07/2012 Posted: 30 Jul 2012 01:32 PM PDT
|
Muhyiddin Datang Dan Nampak, Namun Tak Berdaya: Anwar Mementerai Perintah Baru Sabah Posted: 30 Jul 2012 01:01 PM PDT Muhyiddin Yassin datang, dia nampak, namun tidak dapat melakukan apa-apa. Ini membuktikan kuatnya angin perubahan yang melanda negeri Sabah. Ia juga mencerminkan pengaruh parti Timbalan Perdana Menteri, iaitu Umno semakin berkurangan begitu juga Barisan Nasional yang diterajuinya. Bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mampu mengulangi apa yang telah katakan oleh rakan-rakannya yang lain – bahawa keputusan untuk berhenti oleh 2 pemimpin kanan Sabah BN, Lajim Ukim dan Wilfrid Bumburing “telah dijangka” dan “tiada siapa yang lebih penting daripada parti”. “Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh langsung. Dahulu, sentiasa ada kemungkinan tawaran semula dan wang yang akan dibayar untuk mengubah fikiran sesiapa yang mahu keluar parti. Tetapi sekarang, tiada seorang pun yang peduli lagi. Kami menghabiskan satu hari suntuk bersama Lajim dan Wilfrid dan apa yang penting bagi mereka sekarang adalah bagaimana membentuk platform yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat Sabah bagi melakukan perubahan, “naib presiden PKR Tian Chua, yang menjadi ketua perunding berkata kepada Malaysia Chronicle. Pakatan Rakyat – dimana PKR adalah salah satu ahlinya – telah berunding dengan Lajim dan Wilfrid untuk mengelakkan pertemuan berpenjuru dalam pilihan raya umum yang akan datang. Pakatan pembangkang menyokong inisiatif mereka untuk membentuk satu platform baru bagi pemimpin-pemimpin Sabah supaya bersatu dan berjuang untuk perubahan untuk mengubah keadaan mereka yang masih kedaifan. “Saya mesti tegaskan bahawa ini bukanlah untuk membentuk sebuah parti politik yang baru. Ia adalah satu inisiatif untuk menyatu padukan kuasa politik di Sabah untuk memastikan perubahan akan berlaku. Jika kita tidak bersama menyelaras dan berjuang, kita tidak mungkin akan mencapai hasrat rakyat,” kata Tian. Anwar yang menjadi penghubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu lewat malam Sabtu dan telah disambut oleh Lajim, menyangkal spekulasi liar bahawa kedua-dua pemimpin Sabah ini telah mengubah fikiran mereka dan Anwar yang ‘malu’ terpaksa mengambil penerbangan pulang. Laman web pro-pembangkang seperti Malaysia Chronicle telah menghadapi serangan siber bertubi-tubi dan juga berpanjangan. Wilfrid, Ahli parlimen Tuaran, akan melancarkan gerakan “reformasi” pada 1 tengah hari, manakala Lajim, ahli parlimen Beaufort pula akan membuat pengumuman pada pukul 6 petang di kawasannya. Bakal dikenali sebagai Barisan Reformasi Sabah, pergerakan baru ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Jika ia berjaya, buat pertama kalinya ahli-ahli politik ini membuat keputusan yang mengutamakan kepentingan negeri melebihi kepentingan peribadi mereka. Sementara itu, Anwar dan pemimpin Sabah sedang memberi sentuhan terakhir pada pakatan mereka. Mesyuarat mereka bermula pada pukul 9 pagi pada hari Ahad dan pada masa media bersidang, semuanya berjalan lancar. Anwar yang berusia 64 tahun sering dipanggil “gam” yang melekatkan parti-parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Beliau bertanggungjawab untuk menyatukan parti-parti pembangkang untuk bertanding sebagai satu pasukan yang padu menentang BN-Umno dalam pilihan raya umum 2008. Ia telah membuahkan hasil yang belum pernah disaksikan selama ini, memberikan Pembangkang kemenangan ke atas 5 daripada 13 buah negeri di negara ini dan mengakhiri monopoli jangka panjang BN ke atas dua pertiga kerusi di Parlimen. Ia juga memberi kesempatan bagi rakyat Malaysia buat pertama kalinya untuk merasakan sistem politik ‘dua parti dan sama ada Pakatan Rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan pada masa yang akan datang, ramai yakin bahawa pengundi tidak akan memberi BN satu lagi peluang “dua pertiga” monopoli kerana khuatir ia mungkin akan mengharamkan persaingan dalam politik. Anwar yang berkarisma dijangka mengulangi pencapaian yang sama seperti yang dicapai pada 2008 dan mementerai sejarah penting bagi Sabah dan selepas itu, Sarawak. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perubahan rejim yang pertama di Malaysia setelah 5 dekad. Populariti Umno semakin menyusut Dalam kes Lajim, ia adalah satu amaran bagi Najib, yang juga Presiden Umno. Pihak yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dan cengkamam ke atas pengundi Melayu telah dirungkai sejak beberapa tahun yang lalu, dengan aduan terbesar pengundi adalah rasuah dan politik perkauman. Penurunan sokongan didapati hasil tinjauan terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan skor BN menjunam 6 peratusan kepada hanya 42% dalam penarafan populariti pada bulan Jun – yang paling rendah setakat ini. Penurunan sokongan majoritinya adalah dari responden Melayu. Kini, dengan langkah terbaru Lajim tidak mungkin Najib boleh menolak untuk melakukan transformasi dalam parti dan gabungan terbaru ini telah mempercepatkan kematian mereka. Lajim bukan sahaja Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam Kabinet persekutuan, beliau adalah ahli Majlis Tertinggi Umno yang pertama untuk keluar parti. Tidak lama lagi, Najib dijangka akan memecat Lajim dari Umno. Pemimpin Sabah ini masih lagi ahli biasa walaupun beliau telah melepaskan jawatan parti yang lain. Lajim juga akan dilucutkan dari jawatan timbalan menteri yang diberikan. “Saya tidak terkejut dengan keputusan beliau. Dalam mana-mana keadaan pun tiada seorang pun lebih penting daripada parti dan kesetiaanlah yang diambil kira. Kita menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan pendapat antara kita tetapi ini boleh diselesaikan melalui saluran yang betul dan kita lihat sama ada ia boleh dilakukan dengan cepat atau tidak. Namun begitu, sebagai sebuah parti yang berpengalaman, kita akan dapat mengatasi cabaran ini,” Bernama melaporkan kenyataan Najib. Najib bakal batalkan pilihanraya September untuk halang perletakan jawatan lagi? Semua sedang menanti sama ada Najib akan 'flip-flop' pada petunjuknya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bulan September untuk mengelakkan banyak lagi perletakan jawatan dari kalangan pemimpin-pemimpin BN yang tidak berpuas hati. Dia telah melakukan ini pada bulan Jun apabila khabar angin bahawa pilihan raya akan diadakan pada Julai bertiup kencang, disamping menawarkan peruntukan RM1.5 juta tambahan kepada ahli Parlimen BN tetapi umpan nampaknya tidak mengena. Selain daripada Wilfrid dan Lajim, lebih ramai pemimpin BN bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga dari Johor dan negeri-negeri lain sedang menunggu masa untuk meninggalkan BN. Ini disebabkan Umno yang terlalu mendominasi dan keengganan untuk meninggalkan amalan tradisi pecah dan pemerintahan kerajaan sekarang. Rasuah, perkaum dan menakutkan orang dengan menggunakan agama telah menjadi amalan Umno dan ini membuatkan parti itu menjadi liabiliti kepada rakan-rakan gabungan. Pengundi, kecuali penyokong tegar Umno, menolak cara politik ketinggalan zaman, berbahaya dan “jahat” ini. Pencabar Najib berkata sekarang “sudah terlambat” dan sekarang tiada siapa yang peduli sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan pada bulan September atau awal tahun depan. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan, kekalahan BN semakin pasti . “Kami sebenarnya lebih suka PRU ke-13 diadakan pada tahun depan kerana ia memberikan kita lebih banyak masa untuk menghalusi isu-isu dengan rakyat. Kami mempunyai keyakinan bahawa rakyat Malaysia akan kekal bersama kami tanpa mengira gula-gula pilihan raya Najib yang mungkin akan diumumkan dalam Bajet 2013,” kata Tian. “Saya yakin pengundi sudah matang, mereka tahu dia hanya membelanjakan wang demi mendapatkan undi tetapi bagi Lajim dan Wilfrid, situasi sebenar terlalu jelas. Najib tidak boleh berbohong untuk mengelaknya lagi. Semua orang tahu jika BN memerintah selama 5 tahun lagi, Malaysia akan bankrap, mereka akan lebih menderita dan ini adalah mengapa pemimpin Sabah seperti Lajim dan Ukim akhirnya mahu melakukan sesuatu yang betul.” |
Kerajaan Negeri Rakam Takziah Kemangkatan Adinda DYMM Sultan Selangor Posted: 30 Jul 2012 04:27 AM PDT Kerajaan Selangor merakamkan takziah kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj serta kerabat Diraja Selangor atas kemangkatan adinda YAM Tengku Puteri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Kerajaan Negeri turut merasa sedih atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Jenazah YAM Tengku Puteri Aishah, 56, dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 12 tengahari hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM |
Who Owns Port Dredging Concession? Posted: 30 Jul 2012 03:01 AM PDT From Anilnetto.com Dredging of a ports is big business and can cost hundreds of millions of ringgit. Do you know who has the concession to dredge ports in Malaysia? The federal government wants to privatise the Penang port operations to Syed Mokhtar's Sea Terminal Shd Bhd. In Penang, the dredging of the northern channel is expected to cost RM350m. Transport Minister and MCA secretary-general Kong Cho Ha was reported as saying that "one of the conditions in the privatisation agreement for the Penang port is that the successful company must bear the cost of dredging Penang Port". So which companies are involved in port dredging in Malaysia? According to the Borneo Post, Integrated Marine Works, incorporated in 1993, entered into a 15-year concession agreement with the Malaysian government in 2004 to carry out the dredging of all ports and harbours under federal jurisdiction. IMW has been involved in Johor, Port Klang and Penang, among others. IMW even filed a suit in the KL High Court claiming that the dredging work for the new Samalaju Port in Sarawak, undertaken by Bintulu Port Holdings Bhd, should have been awarded to IMW without tender under the Concession Agreement. The work is believed to be worth hundreds of millions of ringgit. But the High Court tossed out the case after agreeing with the federal government and Bintulu Port Holdings Bhd that Samalaju Port was a state port and hence did not come under the concession agreement, which covers ports under the federal government. (Others want a slice of the action!) (Petronas has a 32.8 per cent stake in BPHB, Sarawak State Financial Secretary (30.7 per cent) and Kumpulan Wang Persaraan (9.5 per cent). (Source: Dredging Today.) So who owns IMW? In 2002, news reports said that Integrated Marine Works Sdn Bhd, "a joint venture between local dredging specialist Inai Kiara Sdn Bhd and Syed Mokhtar-controlled Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd – has signed an agreement with Ballast Ham Dredging (BHD) (of Netherlands), to establish a reclamation and dredging company based in Malaysia. "The joint-venture company, IMW-BHD Sdn Bhd, would be 51 per cent owned by IMW and 49 per cent owned by BHD. (Source: Dredging News and India Times Ballast Ham transferred a 12,500 m3 capacity trailing suction hopper dredger HAM 310 to the new IMW Dredging and into the Malaysian registry (Maritime Journal). Mahathir reportedly witnessed the agreement signing ceremony on board BHD's trailing suction hopper dredger Rotterdam in Johor port (Sand and Gravel). In 2007, MMC Corporation Bhd informed Bursa that IMW was a 51 per cent subsidiary of Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. MMC said that IMW "is involved in the business of dredging, breakwater, revetment, shore protection works, land reclamation and other marine infrastructure construction activities." And it noted that IMW was the only company approved by the Malaysian government to conduct dredging for all major ports in Malaysia. But by 2012, the Borneo Post reported that IMW "was the subsidiary of Inai Kiara Sdn Bhd, the largest Malaysian-based dredging company". Now who really owns Inai Kiara Sdn Bhd, which began as a small dredging concern in 1997? For the largest dredging company in Malaysia, Inai Kiara's website remarkably only has one page! Its Facebook page is not very revealing either. Some questions to ponder over: Who really owns Inai Kiara Sdn Bhd? |
Operasi Cegah Jenayah Wajib Diperluas Ke Seluruh WP Kuala Lumpur Posted: 30 Jul 2012 01:19 AM PDT Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PR KL) menyambut baik usaha Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mencegah jenayah melalui operasi yang dimulakan di Bangsar sejak hari pertama Ramadhan tahun ini. PR KL turut difahamkan operasi di Lembah Pantai ini melibatkan 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk, dan akan diluaskan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut. Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung. Oleh itu, PR KL berpendirian PDRM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memperluas operasi cegah jenayah ini ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan bukannya menumpukan usaha di dua kawasan parlimen ini sahaja. Seperti yang dibangkitkan YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera), hingga Januari 2011 kurang dari 14% dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah (8% di Jabatan Siasatan Jenayah, 4% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 1.3% di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil). Dari sudut ini, tindakan PDRM mengerah anggota polis dari Bukit Aman dan FRU dalam operasi cegah jenayah ini adalah satu langkah yang positif dan harus diperluas. Maka PR KL turut menggesa PDRM untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan menambah lagi jumlah anggota polis secara keseluruhannya tetapi dengan melatih semula (retrain) dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah. PR KL berpendapat gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan dpd peringkat awal. Malangnya, kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak. Apapun, diharapkan tindakan objektif dan tidak dipengaruhi arahan politik menjadi prinsip utama gerak kerja seterusnya. YB Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai |
Posted: 30 Jul 2012 01:16 AM PDT KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen. Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan. KEADILAN mengalu – alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan. Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah. Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan ‘Ini kali-lah’ menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO – Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO – BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia. Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato’ Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji. Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar – dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita – cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat. KEADILAN turut mengalu – alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Salam reformasi Mohamed Azmin Ali |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan