Isnin, 23 Julai 2012

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PKR Mahu MB Ambil Alih Syabas Bagi Elak Sabotaj

Posted: 23 Jul 2012 05:11 AM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa kerajaan negeri mengambil alih pengurusan dengan membeli saham-saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan 'krisis air' yang dipercayai telah dicipta oleh pihak tertentu.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie berkata hal itu kerana syarikat itu dilihat cuba mensabotaj kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mewujudkan krisis air bagi menakut-nakutkan rakyat negeri ini.
"Kita minta kerajaan negeri suntik wang dan beli Syabas. Tindakan segera perlu diambil kerana Syabas cuba mensabotaj dan memburuk – burukkan kerajaan negeri," katanya selepas menyertai demostrasi Bantahan Kegagalan Syabas, di Wisma Rozali, di sini.
Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (Step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas kerana gagal memberikan penjelasan berhubung catuan air yang diumumkan syarikat itu baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa Syabas tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih pengurusan syarikat berkenaan dalam tempoh 14 hari.
Khalid berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi.
Bagaimanapun, Kerajaan Pusat hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengambil alih pengurusan Syabas dan mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang agar projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dapat diteruskan.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Isu Air Negeri Selangor, di sini.

Demo Tuntut Syabas Serah Konsesi Air Kepada Kerajaan Negeri

Posted: 23 Jul 2012 05:10 AM PDT

SHAH ALAM 23 JULAI : Lebih 100 orang penyokong Kerajaan Negeri Selangor berhimpun di hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Wisma Rozali, di sini hari ini bagi mendesak Syabas agar membenarkan Kerajaan Negeri mengambil alih (step In) pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Desakan itu dibuat berikutan membantah cadangan Syabas untuk program catuan air dan kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
Demonstrasi Bantahan Kegagalan Syabas itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di hadapan pintu masuk bahagian belakang wisma itu kira-kira 12.00 tengah hari dan kemudian berarak ke perkarangan bahagian hadapan wisma terbabit.
Kumpulan berkenaan membawa kain rentang dengan slogan "Kembalikan air kepada rakyat", "Hentikan catuan air", "Pecat Tan Sri Rozali Ismail" , "Air bukan politik jangan politikkan air", "Kerajaan Negeri segera ambil alih Syabas" dan "Syabas peras ugut rakyat Selangor".

Satu memorandum yang mengandungi tujuh perkara juga disampaikan kepada Pengarah Eksekutif dan Pentadbiran Sumber Manusia, Ismail Hashim untuk diserahkan kepada Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.
Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya melihat beberapa tindakan Syabas yang tidak profesional malah tidak mengutamakan keperluan pengguna dengan mensabotaj Kerajaan Negeri menjelang PRU13.
"Tindakan sabotaj ini sengaja ditimbulkan bagi mengundang kemarahan rakyat, antaranya cadangan catuan air dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri atas keengganan meluluskan Projek Langat 2," katanya.
Azmizam menambah, ekoran keadaan itu, Kerajaan Negeri kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan.
"Manakala, 162 buah projek pembangunan di negeri tidak diluluskan oleh Syabas dan itu membuktikan Syabas tidak layak mengurus air di negeri ini.
"Kita tidak mahu Syabas terus menganayai rakyat dan menjadi orang suruhan Umno-BN dengan mengugut rakyat. Hentikan politik ugutan," katanya.
Memorandum yang mengandungai tujuh perkara itu antaranya ialah perkhidmatan Syabas yang tidak memuaskan, kedudukan kewangan Syabas yang membimbangkan, bantahan cadangan catuan air dan desakan menyerahkan operasi air terawat kepada Kerajaan Negeri.
Selain itu, berhenti mensabotaj Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri lebih cekap mengendalikan operasi air terawat dan menolak Projek Langat 2.
Hadir sama, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei ; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri, Ronnie Liu.
Turut disertai oleh lima gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor.

Tiada ulasan: