Suara Sri Andalas |
- Selangor sells Unisel assets despite Putrajaya’s PTPTN U-turn
- MB: Bekas Menteri Umno-BN Juga Setuju Perjanjian Air Dahulu Berat Sebelah
- Air Bawah Tanah Mampu Menampung Permintaan Di Selangor
- Peruntukan Pembangunan Belia Dikurang Akibat Penyenaraian Felda
- MB: Selangor Tetap Jual Tanah Untuk Bantu Unisel
- Daftar Pemilih: Pakatan Rakyat akan jumpa SPR lagi
- MB : Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma
Selangor sells Unisel assets despite Putrajaya’s PTPTN U-turn Posted: 12 Jun 2012 09:01 PM PDT KUALA LUMPUR, June 13 — The Selangor government has already liquidated assets owned by University Selangor (Unisel) to help pay for its students' fees despite Putrajaya's reversing its freeze on federal loans for those studying in the state university. The Malaysian Insider understands that the RM30 million generated by the liquidation exercise will now be used to develop the state-owned university, as Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's administration plans to buy over the university's hostel buildings. Khalid's political secretary, Faekah Husin, described the sale as part of a "development plan" that will help lessen the burden of students who currently have to pay to stay at the hostel grounds. "The instruction to start the process of liquidation has already been given to the State Financial Officer (SFO) last Thursday after Selangor's economic action council meeting," she told The Malaysian Insider. "We plan to buy back the hostel, which was built on a build-operate-transfer (BOT) privatisation arrangement... the university is now facing huge overhead costs- facilities and maintaining hostels due to the BOT." "This will definitely impact the schools and [tuition] fees. With RM30 million, we intend to buy back the building in order to cut costs (for the university)," said Faekah. Khalid said last week the assets were accrued following the restructuring of debts belonging to Talam Corporation. On June 9, the federal government reversed its move to suspend National Higher Education Corporation (PTPTN) loans for Selangor-owned universities after it drew fierce criticism from Pakatan Rakyat politicians who were joined by some Barisan Nasional (BN) leaders fearing a political backlash. It came just days after the freeze was first announced and a day after Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin defended as a "fair test" the move seen as aimed at laying bare PR's campaign for free university education. Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin yesterday insisted the reason the PTPTN loan freeze on Unisel was lifted was because the university disagreed with PR policies. PKR strategic director Rafizi Ramli said he was confident the state government would have been able to pay for the education of the university students affected had Putrajaya decided to prolong the loan freeze. "You can say that we are prepared to go all the way because higher education is a key nation building issue that warrants everyone's utmost attention." "Frankly speaking, we don't have a script or plan, so to speak, to corner Barisan Nasional on this issue, but we will certainly spearhead to make sure that the engagement on PTPTN and free education remains one of the topmost issue discussed in the public sphere," he told The Malaysian Insider. Rafizi said PR is planning to use this issue as a "major campaign thrust" as feedback from university students on the matter has been positive so far. "I am going down from one campus to [another] consistently and the response has been good. The new generation of students is willing to think and ponder on some alternatives that we throw." Source: The Malaysian Insider |
MB: Bekas Menteri Umno-BN Juga Setuju Perjanjian Air Dahulu Berat Sebelah Posted: 12 Jun 2012 08:45 PM PDT SHAH ALAM, 13 JUN: Bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Tun Dr Lim Keng Yaik pernah menyatakan perjanjian tarif air yang dibuat sebelum 2006 berat sebelah. Demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika merasmikan Forum Air Negeri Selangor 2012 yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre semalam. "Pada 2006, selepas menandatangani perjanjian ini, Kerajaan Persekutuan di bawah bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Tun Dr Lim Keng Yaik berpendapat perjanjian-perjanjian yang dibuat sebelum 2006 adalah amat berat sebelah kepada konsesi bukan pengguna. "Oleh sebab itu satu undang-undang telah diluluskan oleh parlimen pada 2006 dan undang-undang tersebut memberi ruang untuk penstrukturan semula industri air di semua negeri termasuk Selangor. "Itu sebab undang-undang ini dikeluarkan dalam penyusunan semula industri air di Negeri Selangor," ucap Khalid. Menurut Khalid, setiap tindakan yang diambil beliau sebagai ketua pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu air ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Keengganan pentadbiran Umno-BN untuk menstruktur semula industri air Selangor merupakan satu keputusan yang mengkhianati keputusan yang dibuat oleh gagasan itu sendiri. "Ini lagi satu fakta, pada Januari 2008 terdapat satu keputusan kabinet yang menyatakan industri air di Selangor dibenarkan distruktur semula di mana Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) sebagai anak syarikat milikan penuh Kerajaan Selangor mengambil alih semua operasi air di Selangor. "Saudara tahu pada Mac 2008, pentadbiran Negeri Selangor bertukar dari Umno-BN kepada Pakatan Rakyat. "Pertukaran inilah menyebabkan Kerajaan Persekutuan tidak mahu melaksanakan skim yang dipersetujui kabinet pada Januari 2008 itu. Selain itu menurut Khalid, sekiranya perjanjian kadar kenaikan tarif air yang ditandatangani oleh Kerajaan Pusat, Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pada 2004 diteruskan, harga air akan dinaikkan sebanyak 62 peratus. "Kalau kita teruskan perjanjian 2004 yang ditandatangani antara Syabas, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bermakna tarif air dinaikkan 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus pada 2015. "Ini bererti kalau sekarang kita setuju, tarif air sekarang dah naik sehingga 62 peratus," ujar beliau. Sumber: Selangorku |
Air Bawah Tanah Mampu Menampung Permintaan Di Selangor Posted: 12 Jun 2012 02:30 AM PDT SHAH ALAM, 12 JUN : Air bawah tanah mampu menjadi sumber air alternatif bagi menampung permintaan di Selangor yang akan meningkat selari dengan pertumbuhan penduduk dan industri di masa akan datang. Pengerusi Water Resources Erinco Sdn.Bhd, Azuhan Mohamed berkata, kajian dan pembangunan sistematik sumber air bawah tanah menunjukkan ianya bersih dan selamat daripada pencemaran. Azahan turut berkata, air sungai boleh digunakan sewaktu musim hujan dan air bawah tanah digunakan sewaktu musim kemarau dengan mengepam air tanah ke sungai. Katanya, air bawah tanah adalah air yang memenuhi ruang-ruang diantara butiran pasir dan ceruk batu di dalam tanah. Menurut Azahan, kekurangan sumber air atas tanah dan kualitinya yang semakin tercemar mengharuskan kerajaan membangunkan pengalian dan penggunaan air bawah tanah. "Kesan kitaran air semulajadi bermula daripada penyejatan air di permukaan bumi dan turunnya hujan menyebabkan kewujudan air bawah tanah. "Walaupun air tanah adalah selamat, namun ianya amat mudah untuk dicemari dan memerlukan pakar yang sesuai untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk memulakan proses penggalian," katanya. Beliau berucap ketika membentangkan kertas kerja di Forum Air Selangor di Shah Alam Convention Centre hari ini. Forum sehari ini turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, ahli-ahli parlimen dan ADUN. Menurut Azahan, air bawah tanah adalah selamat kerana ditapis secara semulajadi oleh pasir dan batu bagi membuang bahan pencemar. Ini mampu menjimatkan kos rawatan air seperti yang dilakukan sekarang. Namun, beliau menyatakan pembangunan air tanah memerlukan pakar-pakar khusus dalam bidang ini bagi mengenalpasti kawasan terdapatnya air tanah yang bersih. Sumber: Selangorku |
Peruntukan Pembangunan Belia Dikurang Akibat Penyenaraian Felda Posted: 12 Jun 2012 02:00 AM PDT PETALING JAYA,12 JUN : Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia menyebabkan peruntukan kepada pembangunan belia, generasi kedua dan ketiga di Felda akan mengalami pengurangan sebanyak 27 peratus. Pengerusi Biro Pelaburan Dan Perdagangan PKR, Wong Chen dalam sidang media di ibu pejabat PKR berkata, pendapatan Felda akan mengalami kejatuhan sebanyak 64 peratus dengan keseluruhan peneroka kehilangan RM100 juta untuk bantuan kebajikan pada tahun ini. Jelas beliau, menurut analisis yang dijalankan menunjukkan sebelum adanya FGVH setiap tahun Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta setahun untuk kebajikan peneroka. "Pada tahun 2011, Felda membelanjakan RM424 juta untuk peneroka. Walaubagaimanapun, bagi tahun 2012, Felda bercadang untuk memotong belanjawan peneroka kepada RM326 juta," katanya. Jelas Wong, perbelanjaan ini termasuk dana bagi infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans. Apabila Felda memajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, bermakna Felda menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ia menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak. "Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja," katanya. Tambah Wong, butiran yang didedahkan itu adalah daripada bajet rasmi Felda 2012. Menurut butiran itu yang mengalami pengurangan peruntukan adalah pembangunan infrastruktur yang dikurangkan sebanyak 57 peratus daripada RM115 juta kepada RM50 juta. Manakala insentif produktiviti untuk peneroka dikurangkan sebanyak 22 peratus daripada RM103 juta kepada RM80 juta. Turut mengalami kesan adalah bonus Hari Raya yang dikurangkan sebanyak 25 peratus daripada RM40 juta kepada RM 30 juta. Sementara itu, pelan insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25 peratus daripada RM20 juta kepada RM15 juta. "Jangan buli peneroka,ini bukannya caranya untuk membantu peneroka Felda," katanya. Sumber: Selangorku |
MB: Selangor Tetap Jual Tanah Untuk Bantu Unisel Posted: 12 Jun 2012 01:30 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor akan meneruskan cadangan menggunakan wang RM30 juta daripada penjualan tanah miliknya untuk membantu pentadbiran Universiti Selangor (Unisel). Khalid membuat pengumuman itu sewaktu mengesahkan kenyataan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkenaan cadangan menggunakan wang itu untuk merintis program pendidikan percuma di Selangor. "Saya akan buat beberapa pengumuman tentang perkembangan Unisel tidak lama lagi kerana kita akan mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Unisel tidak lama lagi," kata Khalid. Pada 5 Jun lalu, Malaysiakini mendedahkan, permohonan siswa baru Unisel bagi mendapatkan pinjaman melalui PTPTN telah dibekukan. Ekoran itu, kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek dengan mengapungkan hartanah Unisel yang dianggarkan bernilai RM30 juta bagi membantu membiayai mahasiswanya. Pembekuan itu bagaimanapun ditarik balik pada 8 Jun ekoran surat arahan daripada pejabat menteri berkaitan. Sumber: Malaysiakini |
Daftar Pemilih: Pakatan Rakyat akan jumpa SPR lagi Posted: 12 Jun 2012 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Wakil Pakatan Rakyat akan mengunjungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi bagi membincangkan isu pembersihan daftar pemilih yang dilihat gagal diselesaikan oleh suruhanjaya itu. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini. Menurutnya, pasukan itu akan diketuai Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan akan disertai wakil PKR dan DAP. Anwar berkata, banyak isu berkaitan pendaftaran daftar pemilih gagal diselesaikan SPR. Ianya termasuk 26,000 nama dengan kod 12 yang berasal dari Sabah yang berdaftar di Selangor yang belum dikenal pasti dan disahkan. Selain itu katanya, beberapa bukti yang didedah Pakatan Rakyat yang berkaitan keraguan dalam daftar pemilih sama ada dalam parlimen, melalui wakil PSC mahupun melalui sidang media, sehingga kini tidak diambil tindakan wajar oleh SPR. Mustafa ketika ditemui selepas itu pula berkata, pasukannya itu akan disertai dua orang dari setiap parti dan bercadang berkunjung ke pejabat suruhanjaya itu minggu depan. "Kita akan bangkitkan beberapa perkara dan paling besar adalah berkaitan dengan daftar pemilih," katanya. Sumber: Harakah Daily |
MB : Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma Posted: 10 Jun 2012 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR 10 JUN : Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor. Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri. "Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat. "Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau. Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini. "Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya. "Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu. "Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi. Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat. "Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti. "Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan