Selasa, 12 Jun 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Himpunan Orang Asal di Kuala Krau

Posted: 12 Jun 2012 06:29 PM PDT

Selaku Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal Parti Keadilan Rakyat saya mencadangkan kepada Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan Negeri Pahang agar dapat menganjurkan Himpunan ini, saya cadangkan tarikhnya adalah 8hb Julai 2012, di Kg Penderas, Kuala Krau.

Seramai 300 orang peserta dijangka hadir.

Pendaftaran bermula dari jam 9.00 pagi diikuti dengan minuman pagi dan pembentangan Kertas Kerja Pertama.

Perasmian akan dilangsungkan pada jam 11.00 pagi.  Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR telah mengundang YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor merasmikan Himpunan tersebut.

1.00 t/hari - 2.00 petang berehat untuk solat dan makan tengah hari.  Jam 2.15 petang Himpunan akan disambung dengan pembentangan kertas kerja kedua.

Mulai jam 3.00 petang akan bermula sessi perbahasan dan pimpinan Orang Asal dari semua suku kaum di Negeri Pahang dan para hadirin akan membahaskan kertas-kertas kerja yang dibentangkan, dan Kertas-Kertas Kerja itu bertema kepada JALAN KEHADAPAN UNTUK PERJUANGAN ORANG ASAL.

Penggulungan akan dibuat pada jam 4.15 petang, dan diikuti oleh Acara Rasmi Penutup Himpunan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.

Semua parti-parti politik didalam PR dan NGO Orang Asal dijemput hadir.

Sila hubungi Sdr Rebin Birham 0193572986, atau Pn Hendon 0199180495 atau Hj Suhaimi 0199882115 untuk pertanyaan.

Haji Suhaimi Said,
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN.
13.6.12

Tiada ulasan: