Khamis, 28 Jun 2012

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Azan ditawar RM5 juta untuk lompat ke BN

Posted: 27 Jun 2012 08:42 PM PDT

dipetik daripada Keadilan Daily


KUALA LUMPUR 28 Jun: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.
Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.
"Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan 'lompat' pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.
"Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video," jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.
Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.
Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.
Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.
Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.
Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.
"Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.
"Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara," kata Khalid.

Fitnah RM3 bilion: Murad ke Jerman mohon maaf pada Anwar – Saifuddin

Posted: 27 Jun 2012 08:39 PM PDT


PKR mendakwa bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid secara peribadi menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di Munich, Jerman untuk memohon maaf berhubung isu akuan bersumpahnya terhadap ketua umum parti itu.

NONE"Apabila beliau tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim ada di Alpha Clinic, pada hujung 2004, beliau terbang dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman untuk memohon maaf bahawa keluarganya diugut (supaya dia) menandatangani akuan bersumpah," dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Dalam akuan bersumpah itu, Murad mendakwa Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga bernilai RM3 bilion.
Bercakap dalam sidang media hari ini, Saifuddin berkata sebenarnya Murad "bukan sasaran" memandangkan perkara tersebut telah lama berlaku.

Sebaliknya, beliau mendakwa Umno lebih berminat kepada skandal dan ancaman terhadap kedudukan parti itu.

"Jangan memandang rendah kedudukan PKR... Kita tidak akan berpeluk tubuh bahawa kita memiliki seluruh dokumen, cukup untuk mendedahkan setakat mana (penglibatan) individu tertentu.

"Kita tampil baru sekelumit," tegasnya yang juga ahli parlimen Machang. 

Turut hadir dalam sidang media itu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Akaun bersumpah 'innuendo' 

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, akuan bersumpah itu bersifatinnuendo - "tidak memberi fakta dan senarai semua harta" yang didakwa dimiliki Anwar.

Sebaliknya, kata Rafizi, akuan itu hanya dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mengesahkan dakwaan Abdul Murad sama ada benar atau tidak dengan menyelidiki latar belakangnya.

NONEHasil siasatan beliau, Rafizi mendakwa rekod Abdul Murad "tercalar dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa" sewaktu berkhidmat di Bank Negara.

Perkara itu antaranya berkaitan dakwaan menerima habuan dalam pembayaran keahlian kelab Golf dan insurans kediaman dibayar pihak ketiga dengan jumlah tertentu.

Rafizi mendakwa pihaknya mempunyai bukti berhubung dakwaan yang dibuatnya hari ini.

"Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Datuk Murad Khalid mengenai kewujudan master account yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri," kata Rafizi.

Beliau berkata berdasarkan siasatannya juga, Abdul Murad didakwa mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan negara ini.

"Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dengan pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasikan oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau (Anwar)," kata Rafizi.

Rafizi: Umno jangan galak sangat
Sehubungan itu, Rafizi menasihatkan kepada Abdul Murad supaya kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan keadaan dengan berterus terang.

"Beliau perlu tampil ke hadapan memohon maaf secara umum kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia," katanya sambil menambah PKR tidak mahu memperbesarkan isu ini.

azlanRafizi turut mendakwa pihaknya juga mempunyai salinan surat asal beliau kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang didakwanya "membawa implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno".

"Jadi, saya beri amaran kepada pemimpin Umno, jangan galak sangat... (Ada yang) mengaibkan lebih daripada dakwaan (Abdul Murad)... Kita tidak berminat nak meneruskan (pendedahan ini). Mari kita cakap soal polisi," kata Rafizi.

Ditanya sama ada pendedahan dakwaan itu sebagai "ugutan" kepada Abdul Murad, Rafizi berkata beliau tidak fikir ia sebagai ugutan kerana sebahagiannya termasuk dalam dokumen kes mahkamah.

"Kalau dia rasa ia ugutan, terserah kepadanya. Kita tengok apa reaksinya terlebih dahulu," katanya.

Tiada ulasan: