Isnin, 4 Jun 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Di Selangor Motor Race 3 Jun 2012

Posted: 04 Jun 2012 07:03 PM PDT

Ribuan di Merdeka Rakyat Permatang Pauh

Posted: 04 Jun 2012 12:48 PM PDT

Harakah

Siri ke lima Jelajah Merdeka Rakyat yang dikendalikan oleh Chegu Bard dan juga anak-anak muda dari SAMM ini telah berlangsung di Padang Awam, Taman Guar Perahu malam tadi, 3 June 2012.

Apa yang menarik kali ini ialah kemunculan bekas Bendahari UMNO Permatang Pauh sebagai pengacara majlis.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Mustaffa, (gambar bawah)  beliau telah meninggalkan UMNO Permatang Pauh kini bersama PKR Permatang Pauh telah menawarkan diri untuk mengacarakan majlis.

Selama ini beliau lebih suka berada dari jauh memerhatikan sebarang majlis anjuran PKR malam tadi lalu mengejutkan banyak pihak dengan muncul di pentas sebagai pengacara majlis.

TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang juga merupakan ADUN Penanti turut memberikan ucapan dalam ceramah ini.

Perlu diakui jika dibandingkan dengan ucapan-ucapan beliau yang sebelum ini, kali ini beliau memperlihatkan kebolehannya dalam mengupas isu-isu di peringkat nasional.

Chegu Bard penggerak utama program Jelajah Merdeka Rakyat ini turut memberikan ucapan..

Beliau mengulas akan kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang diperintah oleh Najib terhadap peserta himpunan BERSIH 3.0.

Kisah beliau dibelasah oleh pihak berkuasa menimbulkan rasa simpati ramai pendengar malam itu yang masih kurang jelas akan apa yang telah berlaku sebenarnya dalam himpunan tersebut.

Dalam siri jelajah kali ini Ketua Pemuda Persatuan Murut Sabah, Raymond Ahuar (gambar kanan)yang baru sahaja mengistiharkan diri keluar Umno untuk bersama dengan Pakatan Rakyat melalui permohonan menjadi ahli PKR juga telah muncul.

Raymond melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat ribuan yang hadir baik dalam ceramah ini mahu pun dalam himpunan 'Hijau Menuju Putrajaya' yang diadakan oleh PAS pada malam sebelumnya.

Ini kerana menurut beliau, rakyat di Sabah hanya mengetahui dua atau tiga ribu orang sahaja yang hadir ke majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat melalui media massa yang dikawal UMNO.

Selain itu turut dipertikaikannya ialah sikap pemimpin UMNO Sabah atau Ketua Menteri Sabah yang amat sukar untuk didekati oleh rakyat, ini berbeza dengan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat iaitu Guan Eng yang amat mudah untuk didekati oleh rakyat.

Turut diluahkannya ialah nasib Bangsa Murut yang dibiarkan ketinggalan dari segi pelajaran oleh Kerajaan UMNO/BN hinggakan setelah berpuluh tahun memerintah Sabah hanya terdapat dua orang pemegang PhD dari bangsa Murut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kiri)memberikan ucapan sebelum DS Anwar Ibrahim berucap.

Menerangkan secara terperinci akan kejayaan yang telah dicapai oleh Pakatan Rakyat dalam memerintah Pulau Pinang.

Beliau turut membidas pihak UMNO yang secara berterusan menggunakan isu-isu sensitif untuk menyerangnya ini termasuk isu-isu yang melibatkan Raja-raja dan juga perkauman.

Diakhir ucapannya sekali lagi beliau menegaskan jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya tol lebuhraya Utara-Selatan akan dihapuskan..

Penceramah utama DS Anwar Ibrahim (gambar bawah kiri) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh muncul sekitar jam 11.00 malam di sini.

Jika di Selangor Pemuda UMNO dilabelkan sebagai celaka dan sial oleh DS Anwar Ibrahim di sisni mereka dilabel sbagai kurang ajar pula.

Diawal ucapannya beliau membidas pemuda UMNO Permatang Pauh yang katanya kurang ajar kerana telah bertindak menurunkan banyak bendera PKR dan juga banner hebahan untuk program ini.

DS Anwar Ibrahim juga tidak melepaskan peluang untuk membidas pihak SPRM yang telah melepaskan Sharizat tapi dalam masa yang sama mensasarkan Azmin Ali sebagai sasaran siasatan mereka.

Meskipun kes telah berlalu dan ditutup hampir 17 tahun yang lalu ianya dibuka semula semata-mata untuk mencari dan menunjukkan kepada rakyat keburukkan pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Nurul Izzah Bahas Usul Tergempar Penjualan Dokumen Rahsia Negara Berkaitan Scorpene

Posted: 04 Jun 2012 12:32 PM PDT

KeadilanDaily

KUALA LUMPUR 4 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dijangka membahaskan usul tergempar berhubung penjualan dokumen rasmi sulit Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis pada sidang Parlimen Jun ini.

Permohonan usul bagi menangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) itu akan diserahkan beliau kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam masa terdekat.

“Saya akan memohon agar satu usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang seperti yang didakwa Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di Bangkok pada 30 Mei lalu yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah berkata, rakyat juga berhak menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi kenyataan segera berhubung perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan negara.

“Jika (dakwaan) benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada keselamatan negara kerana maklumat rahsia pertahanan yang lain mungkin (turut) dijual kepada agen asing.

“Jika tiada respon segera, rakyat harus sedia menerima akibat dari keselamatan dan kedaulatan negara yang tergugat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu lagi.

Peguam Perancis, Joseph Breham sebelum ini mendakwa syarikat pertahanan Perancis, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd untuk mendapatkan dokumen penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam Scorpene yang bakal dibeli.

Abdul Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda adalah pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Pada 3 Jun lalu, Suaram mendesak kerajaan menjelaskan peranan Terasasi berhubung dakwaan menjual rahsia negara ini dan menuntut siasatan penuh dibuat, juga terhadap pegawai tinggi Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Malaysia.

Penasihat Suaram, Kua Kia Soong dipetik berkata, ia adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Rahsia Rasmi dan boleh dihukum penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Sidang Parlimen kali ini dijadual bermula pada 11 Jun ini.

Perang psikologi: Sandiwara Muhyiddin Untuk Halalkan Keganasan BN

Posted: 04 Jun 2012 12:12 AM PDT

Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 4 Jun: “Kita khuatir kenyataan Muhyiddin itu hanya justifikasi atau sandiwara mereka (BN) untuk membuat pelbagai muslihat dan keganasan seperti yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kedudukan BN pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) kini dalam bahaya dan menyeru jentera BN agar bekerja keras bagi memastikan mereka tidak tewas.

Tian menyifatkan, peringatan Muhyiddin kepada jentera pilihan raya BN bahawa PRU 13 kali ini adalah penentu ‘hidup dan mati’ parti tersebut menggambarkan sandiwara Umno untuk membenarkan keganasan bagi mempertahan kuasa.

Ini disebabkan Muhyiddin dilaporkan berkata, Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan turun ke jalan raya dan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak bersih serta menggulingkan kerajaan jika kalah dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga mendakwa, Pembangkang kononnya sengaja melancarkan perang psikologi untuk memanipulasi pemikiran rakyat supaya menjatuhkan kerajaan BN cara ala ‘Arab Spring’ atau ‘kebangkitan rakyat’.

“Jelas di situ, mereka (BN) yang mempunyai niat sedemikian jika kalah (PRU 13), sedangkan kita PR tidak pernah menunjukkan niat sebegitu,” tegas Tian yang juga Ahli Parlimen Batu.

Dipercayai, kenyataan Muhyiddin itu bersangkut paut kejatuhan rating keseluruhan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak daripada 69 peratus pada Februari kepada 65 peratus pada Mei 2012.

Menurut kajian Merdeka Centre, kejatuhan ini disebabkan kemerosotan sokongan di kalangan responden belia dan bukan Melayu.

Rating Najib merosot sehingga 19 peratus bagi sokongan kaum Cina dan penurunan 8 peratus sokongan India.

Menurut kaji selidik itu, penurunan tersebut tidak dapat diimbangi kenaikan lima peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Sokongan untuk Perdana Menteri di kalangan pengundi berusia di bawah 40 tahun juga turut merosot, dengan rating bagi mereka di bawah umur 30 tahun sehingga 61 peratus.

Pengendali kaji selidik itu berkata, kemerosotan populariti Najib tersebut berlaku tiga minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dalam himpunan pada 28 April lalu itu, kerajaan, menteri dan polis telah membenarkan keganasan dilakukan ke atas peserta dan sehingga kini tiada tindakan diambil malah kerajaan berterusan menyalahkan kesemua mereka terbabit termasuk penganjur dan Pembangkang.

‘Kes JKM Buktikan Dakwaan PKR Benar’

Posted: 04 Jun 2012 12:00 AM PDT

Malaysiakini

PKR mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan menjelaskan segera dakwaan seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak mendapat status warganegara.

Naib Presidennya N Surendran berkata, jika tiada tindakan diambil, PKR akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan.

“Saya mahu menteri dalam negeri segera jelaskan kenapa perkara ini boleh berlaku… Perkara ini tugas dan tanggungjawab KDN dan kerajaan untuk selesaikan. PKR tak ada kuasa dan kemudahan untuk selesaikan.

“Kita hanya dapat beri tekanan untuk pastikan agar kerajaan mengambil tindakan ke atas isu ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

NGO yang memantau masalah itu Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) pada 31 Mei lalu mendakwa masalah itu berlaku apabila JKM tidak menjalankan tanggungjawab sehingga anak-anak bekas jagaan jabatan itu hanya mendapat status pemastautin sementara.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, kenyataan Perbak itu turut membuktikan bahawa dakwaannya berhubung jumlah besar masyarakat India tidak mempunyai kad pengenalan adalah berasas.

“Kenyataan NGO itu membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh saya sebelum ini benar. Sebab mereka tak ada ibu-bapa, anak yatim piatu. Jumlah 1,758 membuktikan ia serius.

“Jika yang didaftarkan dibawah NGO itu 1,758, sudah tentu ada ribuan lagi di seluruh negara yang tak ada MyKad,” katanya lagi.

Surendran sebelum ini mendakwa, sekurang-kurangnya 300,000 kaum India hanya memiliki kad pengenalan merah, hijau atau tiada langsung dokumen pengenalan diri.

Tiada ulasan: