Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN DI MASJID TAMAN PULAI PERDANA Posted: 04 Jun 2012 12:09 PM PDT Pelbagai pendapat termasuk tohmahan ke atas peristiwa yang berlaku di Masjid Taman Pulai Perdana pada 25 Mei 2012 yang lalu. Ada yang mengatakan ini adalah pecerobohan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya ke atas masjid tersebut namun lebih ramai menyatakan sokongan terhadap kehadiran Datuk Seri Anwar pada hari tersebut. Kebiasaannya pada waktu solat maghrib, hanya dua atau 3 saf sahaja yang menunaikan solat berjemaah di majis tersebut namun amat berbeza pada masa kehadiran Datuk Seri Anwar bersolat di masjid tersebut. 8 saf penuh tidak termasuk jemaah wanita memenuhi masjid tersebut dan ini menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebenarnya kuat di Taman Pulai Perdana. Walaupun pada peringkat awal ada perancangan untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah selepas selesai solat maghrib, namun maklumbalas dari teman2 di Taman Pulai Perdana memungkinkan Datuk Seri Anwar memberi atau menyampaikan tazkirah. Dalam perjalanan ke masjid tersebut dan kebetulan saya menaiki kereta bersama Datuk Seri Anwar, saya segera memaklumkan kepada beliau bahawa tekanan telah diberikan kepada pihak pengurusan masjid dan tazkirah mungkin tidak dapat dijalankan. Saya juga menerangkan kepada beliau kenapa Masjid tersebut menjadi pilihan. Pada saya kalau kita mahu menyerang, biarlah kita serang jantungnya dengan harapan kita dapat memecah ruyungnya bagi mendapatkan sagunya. Datuk Seri Anwar akur dan beliau menyatakan bahawa beliau hanya mahu bersolat sahaja. Setiba di perkarangan masjid saya melihat kehadiran jemaah yang luar biasa. Datuk Seri Anwar disambut oleh jemaah yang ada disitu. Pada ketika itu, Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya - Umno) memarahi beberapa jemaah yang mengiringi Datuk Seri Anwar. Tindakkan Datuk Aziz Sapian memarahi beberapa jemaah yang mengiringi Datuk Seri Anwar dengan menjerit kasar "Lepas sembahyang semua boleh balik....." langsung tidak menampakkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin masyarakat apatah lagi beliau seorang ADUN. Setelah selesai solat dan doa, seorang jemaah bangun untuk mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Anwar ke masjid tersebut namun beliau hanya sempat memberikan salam dan tindakkan beliau terus dihalang oleh pihak pengurusan masjid. Salah faham tersebut akhirnya menimbulkan sedikit kekecohan apabila salah seorang dari empat jawatankuasa masjid tersebut menarik kasar Datuk Seri Anwar dengan tujuan untuk memaksa Datuk Seri Anwar bangun dan meninggalkan ruang masjid tersebut. Tindakkan AJK masjid tersebut segera dihalang oleh beberapa pegawai pengiring Datuk Seri Anwar kerana bimbang akan memberi kesan terhadap masalah kesihatan beliau. Sikap dan keperibadian Datuk Seri Anwar yang cukup tinggi telah memperlihatkan kematangannya sebagai seorang pemimpin. Ketika kekecohan berlaku, beliau dengan tenang sambil duduk meminta semua bertenang dan menghormati rumah ALLAH. Sikap inilah yang mendapat perhatian dari seluruh jemaah yang hadir dan amat berbeza dengan sikap bongkak yang di tunjukkan oleh Datuk Aziz Sapian. Datuk Seri Anwar akhirnya bangun dan bersalaman dengan jemaah yang hadir. Salah seorang pimpinan Umno cawangan memeluk Datuk Seri Anwar sambil membisikkan sesuatu dan bersalamana sambil mencium tangan Datuk Seri Anwar. Perbuatan pemimpin Umno tersebut agak mengejutkan walaupun ianya nampak seperti biasa. Datuk Seri Anwar akhirnya dijamu oleh salah seorang jemaah di sebuah restoran berhampiran. Ketika Datuk Seri Anwar membasahkan tekak seketika, beberapa jemaah masjid termasuk beberapa AJK masjid datang dan meminta maaf atas kejadian yang berlaku didalam masjid. Beliau kesal dengan apa yang berlaku. Datuk seri Anwar dengan tenang mengatakan "tak apa la.... hari ini mereka halau saya tapi satu hari nanti mereka akan cium tangan saya....". Selesai jamuan tersebut kami bergerak untuk ke Pengerang. Selepas beberapa hari, saya dihubungi oleh 3 individu dari Taman Pulai Perdana menyatakan kesediaan mereka untuk membuka ranting di taman tersebut. Dan setakat ini mereka sudah berjaya mengumpulkan seramai 17 orang keahlian baru Keadilan Cabang Gelang Patah. Inilah hikmahnya. Inilah hasilnya kerja yang ikhlas dan sekaligus menafikan "omong-omong kosong" yang mengatakan tiada perancangan yang rapi untuk membawa Datuk Seri ke masjid tersebut. Sebagai anak muda, lirik dalam lagu "Arus Pejuangan" menerangkan segalanya. "Membujur lalu melintang patah" cukup memberi makna kepada kami sebagai anak muda yang sentiasa mahukan cabaran. Politik kini adalah politik milenium bukan politik usang yang semakin lapuk di telan zaman. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan