Suara Sri Andalas |
- Meluangkan Masa Beramah Mesra Bersama Warga Emas Sungai Kandis
- Bersama-sama Rakyat di Pertandingan Futsal dan Menyerahkan Sumbangan Basikal Kepada Pelajar-pelajar dari Keluarga Berpendapatan Rendah
- Bantu PR Tawan Putrajaya Akan Selesaikan Isu Air
- Nafas Baru Sekolah Tamil: Masyarakat India Bangga Usaha Kerajaan Negeri
Meluangkan Masa Beramah Mesra Bersama Warga Emas Sungai Kandis Posted: 22 May 2012 03:30 AM PDT Sungai Kandis, 19 Mei 2012 - Selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor yang mengutamakan kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat tanpa mengira peringkat umur, YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini melawat lapan keluarga warga emas dari rumah ke rumah di Sungai Kandis. YB Dr Xavier Jayakumar beramah mesra dan bertanyakan keadaan mereka dan mendapati ada diantara mereka yang tidak begitu sihat dan menyarankan supaya kesihatan diutamakan. Sedikit sumbangan yang disediakan oleh Ahli Majlis MBSA iaitu Encik Manap Bin Yusoff telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar kepada warga-warga emas tersebut. Program melawat dan beramah mesra bersama warga emas pada pagi ini turut disertai oleh Ketua Kampung serta pasukannya yang mengenakan t-shirt kuning Selangorku. Kehadiran YB Dr Xavier Jayakumar yang disambut baik para warga emas menyatakan yang mereka berasa gembira dan berasa dihargai atas keprihatinan ADUN dan Kerajaan Negeri. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri pada Mac 2008, program-program yang menjurus kepada kebajikan warga emas telah diadakan seperti Skim Mesra Usia Emas dan Program Jom Shopping. | |
Posted: 22 May 2012 03:00 AM PDT
| |
Bantu PR Tawan Putrajaya Akan Selesaikan Isu Air Posted: 22 May 2012 01:45 AM PDT SHAH ALAM 22 MEI : Jika Pakatan Rakyat(PR) berjaya menawan Putrajaya, kesemua masalah dan isu air seluruh negara akan diselesaikan, bukan sekadar di Selangor sahaja. Demikian jawab Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa BN akan selesaikan masalah air di Selangor jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri kelak. "Lagi satu, bolehkah rakyat mempercayai janji orang sebegini sedangkan beliau dulu menjalankan majlis pecah tanah untuk pembinaan jambatan ketiga di Klang. "Tetapi selepas kalah pada Pakatan Rakyat, janji pun entah ke mana. Seharusnya pemimpin yang baik berpeganglah pada janji demi rakyat, bukan untuk parti sahaja. "Orang sebegini, apapun yang dikata, dijanjikannya tidak boleh dipercayai lagi," ujar Abdul Khalid dalam satu sidang media selepas perasmian Seminar Penyelengaraan dan Pengurusan Fasiliti di Hotel De Palma di sini pagi tadi. Mengulas lanjut, dakwaan Mohd Zain bahawa kadar rizab air hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 20 peratus juga tidak tepat. "Yang menjadi masalahnya juga, badan yang menguruskan air ini juga tidak betul. "Sebab itulah antaranya kita melantik Suez (Environment) untuk memeriksa kesemua pelan rawatan air di Selangor," jelasnya lagi. Sumber: Selangorku | |
Nafas Baru Sekolah Tamil: Masyarakat India Bangga Usaha Kerajaan Negeri Posted: 22 May 2012 01:30 AM PDT SHAH ALAM 22 MEI : Terpinggir sekian lama, masyarakat India di Selangor kini berbangga dengan usaha kerajaan negeri memberi nafas baru terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Midlands di Jalan Plumbum di sini. Pada masa ini, sekolah yang terletak di Seksyen 7 tersebut beroperasi di bangunan sementara sejak 2004 dan dijangka berpindah ke bangunan baru yang terletak bersebelahan pada awal Jun nanti. Menurut Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), S Kumaravel, usaha dan kerjasama diberikan kerajaan negeri ini diharap dapat membuka mata Kerajaan Pusat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat khususnya dari segi infrastruktur pendidikan. "Sepatutnya, segala usaha ini diterajui Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, namun kerajaan negeri yang prihatin masih memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan pembinaan sekolah di tapak kekal ini. "Kita dapat lihat perbezaan besar di sini, Kerajaan Pusat yang mempunyai lebih kuasa tidak berbuat apa-apa selama berpuluh tahun, tidak peduli dengan keperluan dan hak rakyat, tidak adil dan memilih bulu. "Sebaliknya kerajaan negeri yang baru empat tahun memerintah sudah menunjukkan satu komitmen yang tinggi demi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sehingga terbinanya bangunan baru ini," jelas Kumaravel sambil memaklumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri merasmikan bangunan sekolah terbabit pada 15 April lalu. Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), K Uthayasoorian menambah kejayaan pembangunan SJKT Ladang Midlands ini membuktikan bahawa amalan rasuah dan ketirisan adalah duri dalam daging yang akan menyekat pembangunan dan kemajuan negara. "Dengan kos RM 4.9 juta yang diuruskan dengan amanah dan betul, kita dapat bangunkan sebuah sekolah yang baik dan selesa seumpama ini dalam tempoh hanya setahun. "Kesemua ini diusahakan tanpa bantuan Kerajaan Pusat dan hanya berbekalkan sokongan daripada kerajaan negeri, PIBG, LPS, bekas-bekas pelajar, dan badan korporat lain. "Saya ingin mencabar Kerajaan Pusat untuk bangunkan sekolah sebegini, bukan sahaja sekolah SJKT malah termasuk sekolah kebangsaan, SJK(C) dan Sekolah Agama Rakyat bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar telus dan amanah seperti yang sering diuar-uarkan," cabar Uthayasoorian. Kompleks sekolah berkenaan antara lain merangkumi 24 bilik darjah yang setiap satunya mampu menempatkan 40 orang murid, makmal komputer, makmal sains, pusat sumber, bilik kemahiran, pejabat guru, bilik koperasi, kantin serta tandas mesra Orang Kurang Upaya (OKU). Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan