Selasa, 22 Mei 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi, Kuala Krau berucap di pentas ceramah PKR

Posted: 22 May 2012 10:31 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:

 Pak Jabit pemidato terakhir di Ceramah PKR Kg Paya Mendoi (22.5.12) di perkarangan rumah Daud Busu, Ketua Ranting PKR Kg Paya Mendoi.
 Sdr Abdullah Yusof, Pengarah MTD PAS DUN Jenderak menyeru penduduk Kg Paya Mendoi membuat perubahan dan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat didalam PRU-13 nanti.
 Sdr Sambut, Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi memberanikan diri dan berucap di pentas Ceramah PKR Kg Paya Mendoi.  Beliau yang terlibat dengan kegiatan NGO Orang Asal mengajak penduduk Kg Paya Mendoi membuka minda mereka dan membuat perubahan.  Beliau menekankan bahawa dalam tempoh 54 tahun yang lalu masyarakat Orang Asal sentiasa tertipu dengan janji-janji BN dan apabila BN menang didalam pilihanraya Orang Asal terus ditinggalkan.  Beliau mengajak Orang Asal berubah kali ini dengan mengundi PR, "Kita beri peluang 5 tahun kepada PR, dan jika PR tidak dapat memberikan pemerintahan yang lebih baik dari BN, kita boleh ubah semula kepada BN." kata Sambut.
 Abang Haji Dollah Simat, puluhan tahun bersama UMNO, kini menjadi anggota PKR Cabang Kuala krau
 S
 Kaum Wanita cukup terhibur dengan penerangan dari Pak Jabit.  Pak Jabit cukup popular disini, menjadi bualan kepada setia isi rumah, dengan Hantu Mak Limah Pulang Rumah.  Pak Jabit kata beliau sudah bawa pulang Hantu Mak Limah, tak mengacau lagi; sekarang ni yang sentiasa mengacau ialah hantu Kak Rosmah.

P
 Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang mendengar ceramah PKR
 Siapa yang ini, tiap2 kali kita buat ceramah dia mesti ada, kadang2 dengan dua tiga team mereka datang.  Tapi tak apa, biarlah mereka rakam dengan betul supaya mereka boleh dengar betul2 dan apabila pencen nanti sudah pasti mereka akan sertai Pakatan Rakyat kerana mereka faham dengan dasar Pakatan Rakyat!

 Kelihatan Sdr Bakar Panjang,Ketua PKR Ranting Kg Seboi (baju kuning), Sdr Chim (AJK PKR Ranting Kg Penderas) (baju putih) dan Kin Kasim (rambut panjang, Ketua PKR Ranting Kg Penderas)
Ahli2 PAS juga turut hadir di Ceramah ini.
Sdr Hamid Tow, Timbalan Pengerusi Badan NGO Jaringan Orang Kampong Orang Asal Negeri Pahang berucap dengan penuh fakta mengenai isu tanah Orang Asal dan mengajak kaumnya supaya membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat didalam PRU akan datang ini.'via Blog this'

Posted: 22 May 2012 10:07 PM PDT

Tiada ulasan: