Khamis, 31 Mei 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Program untuk bulan Jun 2012

Posted: 31 May 2012 07:38 AM PDT

Pada 4hb Jun 2012, jam 4.00 petang sekali lagi saya akan menyertai Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal didalam Program yang dianjurkan di Felda Palong 8 untuk mengemaskinikan Jentera Pilihanraya DUN Palong, semua tenaga PACA dan Sukarelawan PKR Felda Palong 8 akan terlibat.

Pada 5hb Jun 2012, bermula jam 8.00 malam,satu ceramah secara besar-besaran akan diadakan di Kg Pian, Kuala Krau.  Diantara Penceramah dari kalangan Orang Asal yang diundang termasuklah Sdr Yusri Ahon, Sdr Shafei Dris, Sdr Hamid Tow, Sdr Ismail Leh, Sdri Fatimah Bahsin.  Sdr Pak Jabit dan Rebin Birham juga turut diundang.

Pimpinan PKR di peringkat ranting-ranting di kawasan DUN Jenderak seperti Bakar Panjang dari Seboi, Jahidin dari Mendoi, Mamak Sambut dari Mendoi, Jalil dan Kin Kasim dari Penderas, Basri dari Pasu, Nazmi dari Lubok Wong dan Wan Kisam dari Pian akan juga membuat ucapan.

Kira-kiranya, perjumpaan ini bolehlah dianggap yang terbesar yang pernah diadakan di kampong Pian ini.

Isu yang menjadi fokus kepada perjumpaan Kg Pian ini adalah Tanah.  Tanah Orang Asal di kawasan pedalaman Kuala krau ini sudah menjadi semakin mengecil apabila tanah rayau dan tanah adat yang didiami oleh nenek moyang mereka kini telah diwartakan sebagai Tanah Perhilitan dan mereka tidak lagi boleh memasuki kawasan Perhilitan itu melainkan sanggup menempa risiko ditangkap dan didakwa di Mahkamah kerana akan dituduh sebagai menceroboh.

Beberapa bulan yang lalu salah seorang daripada Orang Asal di Kuala Terbol (Galung) Kuala Krau telah ditangkap kerana beliau telah menebang kayu di kawasan Rezab Perhilitan ini untuk membuat rumahnya di Kuala Terbol.

Setelah pihak Orang Asal dari seluruh perkampongan Orang Asal dari kaum Jahut mengadakan tunjuk perasaan, pendakwaan terhadap "penceroboh" ini sehingga hari ini tidak diteruskan, bagaimanapun, alat-alat seperti chain saw, kapak dan parang miliknya tetap tidak dikembalikan kepadanya.

Pada 6hb Jun jam 8.00 malam pula saya akan berceramah di Felda Mempaga 2 kerana peneroka-peneroka disana meminta saya menerangkan kepada mereka mengenai penyenaraian Felda Global Ventures.

Bagi saya apa yang dikatakan akan ujud perbezaan yang nyata diantara Felda Peneroka dan Felda Korporat terserlah apabila Felda yang dikendalikan oleh bos-bos politik tidak lagi memfokuskan mengenai kebajikan peneroka-peneroka dan generasi baru Felda tetapi kepada identiti barunya yang diselimuti oleh dunia korporat.

Pada 7hb Jun jam 8.00 malam akan diadakan Ceramah Umum di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat Kg Dato Shariff Ahmad, Kuala Krau.  Diantara penceramah undangan pada malam itu adalah Ustaz Dr Badrulamin Baharom, Cikgu Fariz Musa (kedua-duanya adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR) dan Sdr Ustaz Syahril Azman Al-Hafiz, Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang dan saya bertindak selaku Tuan Rumah mempengerusikan Majlis itu.

Pada 9hb Jun 2012 jam 2.00 petang akan berlangsung Majlis Dialog di perkampongan Orang Asal Rompin di Kg Ganuh.  

Kawasan Parlimen Rompin menyaksikan pencerobohan tanah Orang Asal yang paling kerap berlaku dan Orang Asal tidak mempunyai apa-apa perlindungan apabila berhadapan dengan pencerobohan ini.

Orang Asal dari kawasan Rompin adalah sama kaum dengan mereka dari kawasan Pekan dan sebahagian daripada Negeri Johor iaitu kaum Jakun.


Orang Asal merupakan golongan yang paling tertindas di Negara ini.  Mereka berada didalam keadaan kemiskinan tegar dan melainkan wujud perubahan pemerintahan, Orang Asal tidak mempunyai ruang untuk memperbaiki kehidupan mereka.  54 tahun dibawah pemerintahan UMNO/BN sudah cukup untuk mengukur kegagalan pemerintahan BN terhadap Orang Asal. 

Pada 10hb Jun 2012 bermula jam 3.00 petang akan diadakan pula Majlis Taklimat dan Dialog di Felda Hutan Percha, Melaka kepada masyarakat Peneroka Felda dan Orang Asal Negeri Melaka.  

Ginie Lim menganjurkan Majlis Dialog ini mengambil iktibar daripada kejayaan Majlis yang seumpama itu yang dianjurkan di Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan di kawasan DUN Jeram Padang.

Pada 16hb Jun 2012 akan berlangsung Ceramah Umum yang bersejarah di Perkarangan Pejabat PKR Kuala Krau.  Siti Aishah Sh Ismail, Ketua Srikandi PKR Pusat akan berceramah bersama-sama Dayangku Intan, Fellicia Ling dan Fareedah Samad, Pengerusi AMEERAH Dewan Muslimat PAS Pusat.  Saya nak pinta Pak Jabit mempengerusikan ceramah ini, dan saya akan mengalu-alukan Majlis sekadar 5 minit.

Pada 23hb Jun 2012 saya akan berceramah di Felda Lenga dan 14hb Julai 2012 di Bandar Pagoh diatas undangan daripada Sdr Cikgu Saadon.

Sebelum saya menutup lembaran ini, suka saya ingatkan kepada semua peneroka-peneroka Felda di Negeri Pahang bahawa pada 7hb Jun 2012 seramai 850 orang peneroka dari gugusan Keratong, Rompin akan memfailkan saman keatas Felda di Mahkamah Tinggi Kuantan diatas manipulasi peratusan perahan KPG.  Datanglah beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Kuantan jam 11.00 pagi.

Tiada ulasan: