Selasa, 27 Mac 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kelantan

Posted: 27 Mar 2012 04:56 PM PDT

Demi Rakyat

30 Mac 2012 (Jumaat)

1) 2.30 ptg – Perasmian Pejabat Penyelia DUN Nenggiri

Lokasi : Hadapan Masjid Sungai Asap B, Gua Musang

2) 3.00 – 4.00 ptg – Perasmian Pejabat Penyelia DUN Paloh

Lokasi: Chiku 3, Gua Musang

3) 5.30 – 7.00 ptg – Ceramah Perdana 1

Lokasi: Pasar Borong Kuala Krai, Gucil

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

Lokasi: Pantai Geting, Tumpat

Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Ahmad Yakub
iii. YB Zaki Ibrahim
iv. YBhg Professor Shahrum Ibrahim

5) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 3

Lokasi: Padang Perdana, Kota Bahru

Penceramah:
i. YAB Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat
ii. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
iii. YB Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
iv. YB Dato' Saifuddin Nasution

Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 27 Mar 2012 09:19 AM PDT

MAKLUMAN MEDIA
27hb mac 2012

SIDANG MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan selepas Mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sidang media ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28hb. Mac 2012 (Rabu)

Masa : 2:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Ketua Pembangkang

Tingkat 14, Bangunan Parlimen

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dato' Seri
Anwar Ibrahim, YB Dato'Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang
dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Ulu Langat, Selangor

Posted: 27 Mar 2012 09:16 AM PDT

Demi Rakyat

29 Mac 2012 (Khamis)

1) 7.00 – 9.30 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib

Lokasi : Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut

2) 9.00- 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi: Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

3) Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Khalid Samad
iii. YB Tony Pua Kiam Wee
iv. YBhg Mazlan Aliman
v. YBhg Suhaimi Said

Azmin sifatkan Hasan ejen penyubur fitnah

Posted: 27 Mar 2012 06:27 AM PDT

Sinar Harian

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

“Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

“Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

“Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

“Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah,” katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

“Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

“Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya,” katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: “Ada orang yang belanja lebih besar dari saya”.

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

“Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

“Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini,” katanya.

Tiada ulasan: