Suara Sri Andalas |
Kenyataan Media - Program Kesedaran Kesihatan Bagi Penjawat Awam Negeri Selangor Posted: 28 Feb 2012 12:31 AM PST KENYATAAN MEDIA YB DR XAVIER JAYAKUMAR EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN BAGI PENJAWAT AWAM NEGERI SELANGOR Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan satu Program Kesedaran Kesihatan Bagi Penjawat Awam Negeri Selangor di ruang legar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pagi ini. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan HOSPICE. Matlamat penganjuran program adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada para penjawat awam dan mereka yang bekerja di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta pelbagai agensi kerajaan yang lain. Fungsi serta kepakaran MAKNA dan HOSPICE telah diterangkan kepada para hadirin pada pagi ini. Dalam program ini, MAKNA menerangkan aspek kepentingan langkah pencegahan, pengesanan awal, pemeriksaan dan rawatan kesihatan yang perlu serta mendedahkan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan kanser. Tumpuan diberikan kepada wanita yang lebih berisiko untuk menghidapi kanser payudara dan kanser serviks. HOSPICE berkepakaran dalam program rawatan perubatan dan emosi untuk pesakit yang telah tenat akibat menghidapi penyakit-penyakit yang membawa maut seperti kanser tahap tiga, AIDS dan sebagainya. Peranan HOSPICE adalah penting bagi memastikan pesakit dapat menangani situasi yang dihadapinya dan mewujudkan ketenteraman. Menyedari kepentingan kesihatan kepada para penjawat awam dan orang ramai serta fungsi kedua-dua organisasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan geran RM10,000 kepada MAKNA dan HOSPICE bagi menyokong usaha mereka. Kerajaan Negeri Selangor juga akan memberi tanah seluas satu ekar kepada HOSPICE untuk mendirikan pusat jagaan harian. YB DR XAVIER JAYAKUMAR EXCO Kerajaan Negeri Selangor Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor 28 Februari 2012 |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan