The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Lawatan ke Tapak-Tapak Perumahan Generasi Kedua Felda Hulu Selangor Posted: 27 Feb 2012 03:25 PM PST 12 Jabatan Kerajaan di Negeri Selangor telah dijemput untuk sama hadir melawat tapak-tapak untuk perumahan di Felda Hulu Selangor pada 28hb Februari 2012. Kami dipinta berkumpul di TOL Bukit Tagar pada jam 9.30 pagi. Sebaik sahaja kesemua wakil daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor telah berkumpul kami bertolak ke Felda Sungai Tengi Selatan. Di sana kami telah ditunggu ketibaan oleh JKK Felda Sungai Tengi yang membawa kami kepada dua tapak di sana. Sebahagian daripada tapak yang pertama sudah diceroboh. Setelah mendapat taklimat dari Ketua Kampong, kami pergi pula ke tapak yang kedua. Kemudian, kami pergi ke Felda Sg Tengi; diatas tapak pertama sudah kedapatan pembinaan rumah-rumah kedai dan setesyen minyak yang dikatakan sudah digazetkan untuk tujuan-tujuan itu, tetapi tanah ini masih luas dan sesuai dengan penempatan anak-anak peneroka Felda di kawasan ini. Ketua kampong Sg Tengi kemudiannya membawa kami ke tapak yang kedua iaitu suatu tapak yang sudah ditanam dengan kelapa sawit. Rombongan kami pergi pula ke tapak di Felda Suharto selepas minum pagi di warong Felda Sg Tengi. Di Felda Suharto terdapat 2 tapak untuk perumahan tersebut, dan salah satu daripada tapak itu sudah pun ditandakan sebagai tapak perumahan semasa Dato Seri Najib melawat kawasan ini semasa PRK Hulu Selangor dahulu tetapi tidak ada apa-apa perkembangan pun setelah itu. Di Felda Suharto, Felda Sg Tengi dan Felda Sg Tengi Selatan sudah kedapatan lebih dari 300 orang anak-anak peneroka yang memohon untuk mendapatkan rumah apabila projek perumahan generasi kedua ini siap kelak. Dan kawasan tanah yang ada di ke tiga-tiga kawasan rancangan Felda itu mencukupi untuk keperluan tersebut. Akhirnya kami menuju ke Felda Gedangsa. Di sana juga terdapat 2 tapak yang sesuai untuk perumahan. Di tapak yang pertama, selain daripada perumahan untuk generasi kedua, terdapat juga permohonan untuk mendirikan Dewan Orang Ramai dan permohonan itu sudah pun dihantarkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Di tapak yang kedua, kami telah diberikan taklimat bahawa anak-anak peneroka Felda Gedangsa, sudah pun menyediakan pelan tapak untuk perumahan bagi anak-anak peneroka di sana, dan senarai pemohon-pemohon sudah pun disiapkan. Setelah lawatan tapak ini, kami mengesan ada sesuatu yang tidak kena. Di kesemua kawasan-kawasan ini telah ditandakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk didirikan perumahan bagi anak-anak peneroka Felda. Tetapi agensi kerajaan yang menyiapkan laporan menyatakan bahawa jabatan itu mengambil tindakan semata-mata untuk memenuhi permohonan daripada sebuah NGO (yang berkait rapat dengan UMNO), dan setelah kami membuat bantahan, wakil dari agensi tersebut tidak meneruskan lawatannya ke Felda Gedangsa. Jam 2.00 petang 29hb Februari 2012 nanti satu mesyuarat akan diadakan di Pejabat Ahli Exco Kerajaan Selangor bagi membincangkan kedudukan tapak-tapak ini yang sudah di "ear-marked" oleh Kerajaan Selangor untuk perumahan bagi generasi kedua peneroka atas perancangan Kerajaan Negeri Selangor dan bukan dari permohonan Badan NGO. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan