Anwar Ibrahim |
Nurul: Mata Saya Hampir Lebam Seperti Papa Posted: 27 Feb 2012 04:20 AM PST Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat ‘mata lebam’ seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya “Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah. Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu. Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini. Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya. Pagi tadi, akhbar web PKR Keadilandaily melaporkan, anggota Umno setempat sengaja mengganggu ceramah Pakatan dengan menganjurkan sesi karaoke dan menghantar SMS ugutan sebelumnya. Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika giliran Nurul Izzah berucap, kumpulan itu mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu. Dakwanya, “budak-budak muda” itu cuba memukul Nurul Izzah sehingga beliau dan puteri Anwar itu terpaksa diiringi polis meninggalkan kawasan berkenaan. |
Anwar nafi jadi dalang pengkuatkuasaan akta 1996 Posted: 27 Feb 2012 12:16 AM PST KUALA LUMPUR, 27 Feb: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kenyataan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menuduhnya terlibat dalam kelulusan penguatkuasaan akta 1996 untuk membenarkan syarikat-syarikat swasta import dan eksport barangan ke Israel. Menurut Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN itu, Pemuda Umno sanggup berbuat apa untuk mengaburi mata rakyat. "Pemuda Umno ni dia ada masalah, dia nak tutup semua keaiban mereka, sampai hari ini dia hanya bercakap. Itu memang cara pemuda umno memfitnah dan menipu," kata Anwar ketika ditemui di Perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan 26 Februari lalu. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengingatkan Anwar yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan lebih penting lagi Menteri Kewangan yang bertanggungjawab atas Jabatan Kastam pada 1996. "Di bawah Akta Kastam 1967 memang ada larangan transaksi perdagangan dengan Israel. Walau bagaimanapun kelonggaran telah diberi kepada penguatkuasaan akta ini pada tahun 1996. "Oleh itu Anwar tidak boleh buat-buat tidak tahu mengenai wujudnya kelonggaran tersebut yang beliau sendiri meluluskan dengan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional" katanya. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan