Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak |
Posted: 06 Feb 2012 04:30 AM PST Sehari dua ni beberapa ceramah di kawansan Parlimen Bukit Gantang banyak menyentuh hal tarikh pilihanraya. Kita bagaikan tak sabar-sabar untuk mengambil alih pimpinan Malaysia. Alhamduliilah kemenangan nampak akan meyebelahi kita. Blog-blog juga memberi gambaran pilihanraya ke 13 akan berlaku sekitar bulan Mac 2012. Tak dinafikan kami juga teruja untuk menanti keputusan PRU13. Sedar atau tidak dengan berlangsungnya PRU13 pada masa terdekat, maka kita sekali lagi dinafikan dan tertipu oleh Barisan Nasional (BN). Tuntutan pada BERSIH 2.0 seperti imej. Tuntutan BERSIH 2.0 belum lagi dibuktikan tertunai. Cuma penggunaan dakwat kekal saja dijanjikan untuk ditunaikan. Mengimbau kembali peristiwa PRU12, penggunaan dakwat kekal juga ditarik balik hanya beberapa hari sebelum tarikh membuang undi dan kita kini tahu atas pengakuan pimpinan negara sendiri ia sebenarnya diarah oleh pimpinan BN. Jadi jangan yakin penggunakan dakwat itu akan terlaksana pada PRU13. Jika terlaksana juga PRU13 sebelum tuntutan BERSIH 2.0, ia membawa maksud BN tidak pernah ada niat untuk menunaikan apa-apa pun yang dituntut oleh BERSIH 2.0 malah kita telah dipermainkan dengan janji itu dan ini. Apapun Malaysialah antara negara yang tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PMnya sahaja. Jika ia berlaku esok, Keadilan Bukit Gantang telah bersedia dengan calun-calun terbaik dan telah diuji untuk kedua dua DUN yang diamanahkan. Changkat Jering dan Kuala Sepetang. |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan