Anak Muda Kampung Nak Senang |
Tiga Line , Tiga Calit , Apa Dia ? Posted: 16 Feb 2012 08:05 PM PST Dari Blog Mazidul Akmal Sidek : Budak Tiga Line Dia bouncer pusat hiburan di kawasan The Zon, Johor Bahru, Johor" Siapa dia? Budak Tiga line. "Saya dapat maklumat sekumpulan lelaki masuk ke rumah urut, lepas itu blah macam itu sahaja, tak bayar" Siapa dia? Budak Tiga line. "Dia datang mengamuk di pejabat wakil TV3 di Johor Bahru, tendang kereta sampai kemek dan konon mendakwa girlfriend nya diculik" Siapa dia? Budak Tiga line. "Dia ambil kereta saya sebab tak berbayar 3 bulan tetapi bukan hantar ke stor, dia pergi jual kepada orang lain, jadi kereta piang" Siapa dia? Budak Tiga line. ... antara kenyataan pernah saya dengar sebelum ini di lokasi berbeza. Jadi Tiga line itu apa? http://www.mazidulakmal.com/2011/01/budak-tiga-line.html |
Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun Posted: 16 Feb 2012 06:44 PM PST Aduan Rakyat.COM 16 Feb 2012 - Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya. ( Nota : Bila dah habis baca luahan ini sila baca artikel 1Malaysia, Guru Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan di http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html ) Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan diproses. Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya bersabar dan hanya mengikut 'protokol' yang ditetapkan. Namun, setelah melalui proses yang disifatkan 'tak relevan' itu, saya tidak juga mendapat sebarang maklumbalas. Saya yang terpaksa mencari sesuap nasi terpaksa bekerja dengan syarikat swasta dengan jawatan yang tidak seberapa. Saya telah menjadi pensyarah di kolej swasta tempatan, namun masih dibelenggu persoalan tentang nasib saya di Kementerian. Saya malah telah pergi berjumpa dengan pegawai di kementerian Putrajaya untuk menjelaskan kedudukan saya. Saya diminta menyerahkan dokumen2 untuk 'tindakan lanjut' namun masih menemui jalan buntu. Saya terikat dengan waktu kerja dan saya tidak mampu untuk memperuntukkan terlalu banyak masa untuk berulang alik ke kementerian kerana setiap jawapan yang saya dapat hanya lah mengecewakan dan saya tidak mahu membuang masa,tenaga dan wang. Saya meneruskan perkhidmatan di kolej swasta kerana saya terpaksa menanggung adik2 saya yang masih belajar serta ayah saya yang sakit. Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sudah lebih kurang 8 tahun saya tidak dapat menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan terpaksa menanggung hidup yang sukar. Tetapi pada awal tahun 2011, ketika saya berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Melaka, tiba2 saya didatangi surat menyatakan saya telah melanggar kontrak dan diminta untuk membayar balik rm52,000.00 atas sebab tersebut. Saya begitu terkejut dan sedih dengan surat tersebut. Saya akhirnya menghubungi pegawai tersebut (tahun 2011) dan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab. Saya tertekan kerana saya seolah-olah melanggar peraturan. Saya menghantar surat tersebut. Setelah beberapa minggu, saya hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai KPM dan dimaklumkan bahawa saya diberi pelepasan berkhidmat dan juga tidak perlu membayar rm52 ribu. Saya pernah meminta pelepasan dari berkhidmat dan pengecualian dari membuat pembayaran tersebut tetapi masih berasakan saya telah menanggung rugi dan tekanan hidup. Lapan tahun adalah satu jangkamasa yang terlalu lama untuk saya. Saya berasa terpinggir, sedangkan ramai lagi yang diserapkan untuk menjadi guru dengan jalan mudah, selain menambil tenaga pengajar dari luar untuk Bahasa Inggeris, padahal saya lebih berhak. Pihak KPM seolah-olah tidak memahami kesulitan saya. Sehingga sekarang sukar untuk saya menerima hakikat nasib diri yang tidak menentu penangan dari 'kesilapan teknikal' pihak berwajib. Jika dihitung, saya sepatutnya telah pun menjadi guru senior sekarang dan sedang menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan mungkin telah dapat mengajar di negeri yang saya pohon. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mendapatkan gaji dan penempatan yang setimpal dengan kerugian yang saya alami setelah sekian lama. Sekiranya saya diperlukan untuk berkhidmat sebagai guru, saya harap saya tidak akan dikategorikan sebagai 'guru baru' yang mana saya perlu bermula dari bawah, dengan gaji permulaan. Saya telah menimba pengalaman sebagai pensyarah dan saya berbesar hati sekiranya saya ditawarkan jawatan yang setaraf dengan pengalaman saya, tetapi KPM menolak hasrat saya. Alasan untuk 'kes akan dipanjangkan' atau 'perlu tunggu mesyuarat' benar2 memberi saya tempoh yang sukar, kerana saya sudah hidup susah selama LAPAN tahun. Saya sudah tidak tahu bagaimana dan pada siapa lagi harus saya mengadu. Sudah banyak kali rakan2 bahkan pihak PPD sendiri menasihatkan saya untuk mendedahkan isu ini kepada pihak media,namun saya tidak berbuat demikian,kerana ingin menjaga nama baik KPM. Saya ingin membuat tuntutan gantirugi tetapi takut kerana ini adalah badan kerajaan. By: Zuraila http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-tesl-tajaan-kpm-tiada-penempatan-setelah-lapan-tahun |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan