Isnin, 16 Januari 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN

Posted: 16 Jan 2012 08:18 AM PST






Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat"


Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.

1.2 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.

1.3 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.

1.4 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan mempastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.

1.5 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.

1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).

1.7 Mewujudkan "Enakmen Hak Mendapatkan Maklumat" bagi memberi laluan kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

Tonggak 2: Rakyat Nan Hidup Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengagihkan kekayaan secara saksama.

2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.

2.3 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.

2.4 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pesaka adat.

2.5 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.

2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.

2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.

2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.

2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

Tonggak 3: Rakyat Nan Berilmu

3.0 Pendidikan

3.1 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

3.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.

3.3 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.

3.4 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.

Tonggak 4: Rakyat Nan Beraklak Mulia

4.0 Agama Islam dan Agama-Agama Lain

4.1 Islam dan Pendidikan Islam

4.1.1 Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.

4.1.2 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.

4.1.3 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.

4.1.3 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.

4.1.4 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.

4.1.5 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

4.2 Agama-Agama Lain

Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di bawah tanggungjawab se orang Ahli EXCO untuk menangani isu-isu berkaitan agama-agama selain dari agama Islam.

Tonggak 5: Rakyat Nan Bertelapak

5.0 Tanah dan Perumahan

5.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).

5.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

5.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.

5.4 Mempastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.

5.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.

5.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.0 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial dan Alam Sekitar

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.

6.1.2 Memasang lampu yang cerah dan meningkatkan rondaan keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.

6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.

6.1.4 Mencegah perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.

6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasek, laut, persekitaran dan udara.

6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.

6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar dan kampong.

6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipor dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

Tonggak 7: Kehidupan Rakyat Dimudahkan

7.0 Infratruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Mempastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.

7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.

7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan mempastikan mutu air sentiasa tinggi.

7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampong-kampong tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.

Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.0 Wanita dan Keluarga, Anak Muda, Peneroka dan Kebajikan

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.

8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.

8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.

8.1.4 Mempastikan kaum wanita diwakili di dalam JKKK.

8.1.5 Memberi 90 hari cuti bersalin kepada pekerja wanita dan suami yang isterinya bersalin diberi cuti 7 hari.

8.1.6 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal.

8.1.7 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.

8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.

8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.

8.2.3 Mempastikan anak muda diwakili di dalam JKKK.

8.2.4 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.

8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.

8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.

8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.

8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).

8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.

8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).

8.4.4 Memberi bantuan uniform sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.

8.4.5 Mempastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.

8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.

8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Menghidupkan seni budaya setiap kaum dengan memberi galakan kepada operator hotel memberi ruang kepada persembahan budaya tempatan di hotel-hotel.

9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.

9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

9.5 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N9

Posted: 16 Jan 2012 07:42 AM PST

Sekitar Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan. Ini bukti komitmen dan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir N. Sembilan. Mudah-mudahan rakyat noghori dapat menilai apa yang kita tawarkan ini.


NFC - Sekali lagi Rakyat Di Rompak

Posted: 16 Jan 2012 06:17 AM PST


Inilah wajah dan pentadbiran kroni pimpinan UMNO/BN. Apakah ahli UMNO Cawangan & Bahagian mahu membiarkan ini, Didik pemimpin dengan tolak mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat.

PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN - SYABAS PADA SEMUA & RAKYAT - GEMAS

Posted: 16 Jan 2012 12:32 AM PST





Dataran Gemas menjadi saksi kebangkitan rakyat. Insyallah, berkat kerja kuat kita bersama, dengan izin Allah SWT, maka N. Sembilan akan menjadi negeri kelima Pakatan Rakyat pada PRU-13 akan datang.

Tiada ulasan: