PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Rapat Rakyat N9 2012: ribuan rakyat hadir! Posted: 15 Jan 2012 09:36 PM PST Ketika pihak gerombolan Umno giat untuk menggagalkan program dengan pelbagai saluran digunakan, usaha tersebut tidak sedikit pun menghalang ribuan rakyat hadir ke Rapat Rakyat N9 2012 yang berlangsung dengan jayanya di Dataran Rakyat, Pekan Gemas, Tampin. Kegusaran dan kebimbangan pihak Umno ketara dengan tindakan-tindakan tidak demokratik yang telah menggunakan kuasa PBT untuk menanggal, menurun dan menghapuskan poster-poster, banting dan banner yang dipasang seluruh kawasan Tampin. Kemuncak kejadian lima sukarelawan PR daripada PAS telah direman beberapa hari kerana bertindak memukul 'pekerja PBT' pada tengah malam ketika menanggalkan poster-poster program. Namun kejadian itu telah menjadi pemangkin semangat kepada kebanyakan rakyat untuk hadir. Lebih 10 ribu orang telah memenuhi Dataran Rakyat sejak jam 7.00 petang lagi. Kerjasama pihak polis Tampin amat dihargai dalam memastikan kelancaran program. Komunikasi yang baik antara penganjur program dengan Ibupejabat Polis Daerah Tampin telah banyak menjayakan kelangsungan program ini. Pimpinan PR utama iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah hadir tepat jam 8.30 malam yang kemudiannya disusuli oleh Pimpinan Utama DAP, YB Lim Kit Siang. Tepat jam 8.45 malam Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan sambutan luarbiasa rakyat tempatan. Ini adalah kali pertama sebuah program raksasa PR dibuat di kawasan Gemas yang juga merupakan kubu kuat Umno. Seiring dengan isu NFC yang hangat diperkatakan di seluruh negara, lokasi program dilihat sebagai simbol kebangkitan rakyat jelata menolak hegemoni Umno. Acara malam itu turut menyaksikan penyerahan 300 borang permohonan ahli-ahli MIC cawangan Tampin ke PKR. Bekas Ketua MIC cawangan tersebut, saudara Fauzi Nadaraja Abdullah telah menyerahkan permohonan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pelancaran bersama manifesto PR Negeri Sembilan telah dirasmikan dengan menaikkan belon oleh ketiga-tiga pimpinan utama PR Pusat. PR Negeri Sembilan secara rasminya telah melancarkan manifesto Tonggak Nan 9 yang meliputi sembilan tonggak utama yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memerintah negeri ini. Ribuan yang hadir tetap tidak berganjak dari tapak program dan terus menanti sehingga ucaptama Anwar Ibrahim. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan