The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif!
- Alangkah mewah dan senangnya kehidupan Orang Asal dibawah pemerintahan UMNO/ BN selama 54 tahun!
Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif! Posted: 26 Jan 2012 03:56 PM PST Saya menawarkan diri menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan para Bloggers dan FaceBookers yang progresif dari Negeri Pahang di Kuala Krau. Perjumpaan ini bukan sahaja bertujuan untuk saling kenal berkenalan diantara satu sama lain, tetapi juga untuk menerima amanah bagi mengenengahkan perjuangan rakyat. Bagaimana para bloggers dan facebookers di Negeri Pahang ini boleh memainkan peranan positif didalam perjuangan rakyat. Di Negeri Pahang ini terdapat ratusan bloggers dan facebookers yang progresif, yang secara sendiri-sendirian berjuang untuk kepentingan rakyat. Mereka terdiri daripada bloggers dan facebookers daripada pelbagai kaum, dan mereka akan mengenali antara satu samalain. Mereka akan menjadi lebih yakin dan seronok kerana ramai dari facebookers ini menggunakan nama-nama samaran, dan didalam Himpunan Bloggers dan Facebookers yang progresif dari Negeri Pahang nanti kita akan bariskan mereka dari semua Daerah, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Paya Besar, Maran, Temerloh, Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Bera, Rompin, Kuala Krau dan dari Daerah-Daerah/Kawasan Parlimen ini akan hadir bloggers dan facebookers dari kampong-kampong dan dari kalangan Orang Asal. Dari perkampongan Penderas, Sg Mai dan Kg Mendoi akan hadir Sdr Shafei Deris, Sdr Daud Busu, dan Sdr Yusri Ahon yang sentiasa membimbing perjuangan Orang Asal menggunakan facebook masing-masing. Dari rancangan-rancangan Felda di Gugusan Mempaga, Koyan, Jengka, Bera, Keratong dan Paya Besar akan hadir mereka yang berterusan memperjuangkan hak Peneroka Felda. Dari pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP akan hadir bersama pengalaman masing-masing. Saya berhajat melantik rakan-rakan dari semua komuniti dari semua Daerah dan dari semua kaum untuk menjadi Penyelaras kepada Himpunan ini agar Perjumpaan ini mendapat success. Insya Allah, kita boleh juga bersantai dengan makanan tradisi Temerloh iaitu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang akan dimasak oleh Kak Hendon yang juga seorang facebooker. Sila hubungi saya di talian 019 9882115 atau melalui emel: Lksuhaimi@gmail.com dan saya juga adalah blogger lubokkawah.blogspot.com dan facebook saya adalah diatas nama Suhaimi Bin Said dan Haji Suhaimi, manakala Twitter saya menggunakan lksuhaimi. |
Alangkah mewah dan senangnya kehidupan Orang Asal dibawah pemerintahan UMNO/ BN selama 54 tahun! Posted: 26 Jan 2012 03:33 PM PST |
Posted: 26 Jan 2012 03:31 PM PST Tanah Orang Asal di Kg Rekoh, Kuala Krau diceroboh! Kali ini pencerobohan disini untuk tujuan membina jalan untuk permainan motor cross. Habis hutan-hutan di tempat penduduk Kg Rekoh mencari makan disodok, mengikut kata sumber dari Felda Jenderak Selatan bahawa kawasan ini adalah sebahagian dari tanah Felda Jenderak Selatan yang belum dimajukan; dan pembinaan trek untuk motor cross ini akan dapat mengelakkan anak-anak muda Felda Jenderak Selatan dari menghabiskan masa merempit dan pengambilan dadah. Bagi Orang Asal Kg Rekoh dan Kg Beredut, hutan ini sudah menjadi tempat mereka mencari "makan" sejak nenek moyang mereka lagi dan didalam hutan ini terdapat bukti-bukti bahawa mereka sudah menjalankan aktiviti mencari rezeki dari dulu lagi. Pejabat Tanah Temerloh tidak dapat menyokong bahawa tanah hutan ini kepunyaan Orang Asal kerana tanah ini tidak ada geran. Tanah Orang Asal di seluruh Semenanjung kecuali di Selangor memang tidak ada geran, bahkan Rezab Orang Asal kesemuanya sudah ditaik balik oleh Kerajaan UMNO/BN. Tanah Orang Asal tidak akan selamat melainkan tanah komunal mereka diwartakan dengan menjadikan sebarang pencerobohan suatu jenayah berat. Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat didalam memperincikan Manifesto untuk Orang Asal telah menggariskan 14 tuntutan Orang Asal dan tuntutan yang utama adalah mewartakan tanah komunal Orang Asal; dibawah pemerintahan UMNO/BN tanah Orang Asal telah diceroboh, dibangunkan menjadi Felda, Felcra, dan estet-estet yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan menfaat kepada Orang Asal. Kepentingan Orang Asal akan hanya dapat diperjuangkan melalui Pakatan Rakyat! |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan