Khamis, 26 Januari 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Keratan Liputan Akhbar Prioritas Dari Indonesia: Wawancara Khas Bersama Yb Nurul Izzah

Posted: 26 Jan 2012 10:32 AM PST

Ceramah Perdana Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Dengkil, Selangor

Posted: 26 Jan 2012 06:51 AM PST

Demi Rakyat

27 Januari 2012 (Jumaat)

9.00 – 12.00 malam

Lokasi: Dewan Orang Ramai Kampong Ahmad Razali, Dengkil

Penceramah:
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Azmin Ali
3) YB Zuraida Kamaruddin
4) YB Dr Dzulkefly Ahmad
5) YB Dr Rani Osman

Laporan Utusan Tidak Benar Dan Tersasar – Teras

Posted: 26 Jan 2012 05:29 AM PST

Harakah

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, “Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali.”

Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk ‘Bersih 3 berniat kelirukan rakyat’.

“Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.

“Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali,” kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

“Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini,” katanya.

Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.

“Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.

Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak ‘mengelirukan rakyat’ bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat.

Umno Cipta Helah Untuk Elak Debat Anwar-Najib

Posted: 26 Jan 2012 05:12 AM PST

Keadilan Daily

Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan 'budaya barat' yang masih belum diterima di negara ini.

"Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru," kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum.

Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak.

Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas.

"Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen.

"Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu," katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Siaran Temubual Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Alvito Di Tvone

Posted: 25 Jan 2012 08:08 PM PST

Temu bual Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Alvito hari ini akan ditayangkan di Program tokoh, jam 2.30 petang (waktu Malaysia).

Tvone boleh ditonton di http://www.tvonenews.tv/ atau http://mivo.tv/home.php Chanel Tvone.

Anwar Will Be the Next Prime Minister, Does Any Bigot Have a Problem With That?

Posted: 25 Jan 2012 07:59 PM PST

Malaysia Chronicle
by Mathias Gomes, Stan Lee

My father used to tell us not to be afraid or fear psychosis when I and my brother were young lads. He told us, people who fear things will happen to them will actually face it – eventually. Could it be karma?

Over in Malaysia, for Umno and its cronies, it is this fear of Anwar Ibrahim being the next Prime Minister. And as the day gets nearer to GE-13, the great fear of Anwar intensifies. Every Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor and Hassan Ali is jumping into the bandwagon to slay Anwar.

They are even defending the indefensible RM250 million NFC debacle, and soon they will be defending all the corruption scandals, including First Lady Rosmah Mansor’s Birkin bags and RM24 million diamond ring. Why? Very simple, it’s simply an enormous ‘fear psychosis’ of Anwar Ibrahim.

Why so afraid

But why Fear and it is fear with a capital F? After all, if BN thinks it is doing the right things, it can be sure the rakyat (people) will support it and give it another umpteen years to rule. Well, sorry to say, that’s not the case today. The people have woken up from their 54 years of hypnotized sleep, they can now see through the charades of BN and UMNO.

It’s Pareto’s rule – 80% of Malaysians can feel the pinch of daily living in their pockets and mind you, it’s a sharp pain, while the 20% business people and UMNO elite are living in the fast lane enjoying the spoils.

Most Malaysians being wage earners have everything stipulated for them – housing loans, car loans, income tax, deductions, family maintenance and most of all, food items. If you have a government that doesn’t care for the well being of the nation who just plunder and kill for the coffers of the nation, but leave the people high and dry, where and who will the people turn to?

Change is the answer

Change is the answer. The people are looking for change and mind you, Change with a capital C it will be. All signs are pointing to it, the people would not care if Anwar is the Prime Minister or even if it is Karpal Singh, so long as it is someone who will deliver and relieve the burden in their pockets.

The people need a decent salary to survive, and the government has to ensure it. Malaysians are not a lazy people. There are some countries in the West where even if the citizens don’t work, the country supports them in all types of schemes, creating a lazy society. In Malaysia everyone works to survive, and the government should thank the people for it.

So bring on Mahathir Mohamad, Nazri Aziz, Ibrahim Ali, Ezam, Hassan, Ummi Hafilda, Zul Nordin and every other UMNO goon and stooge to slay Anwar Ibrahim. We don’t care, the people have decided “Change it will be” and Anwar Ibrahim is going to be the next Prime Minister.

Does any Bigot have a problem with that?

Tiada ulasan: