Ahad, 1 Januari 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Salute untuk Wanita Cabang Kuala Krau

Posted: 01 Jan 2012 04:25 PM PST









































Saya ingin memberikan tabik yang tinggi kepada wanita PKR Cabang Kuala Krau. Wanita Cabang Kuala Krau adalah pendokong PKR di Cabang ini yang memainkan peranan yang begitu hebat menjayakan setiap program yang dilaksanakan oleh Cabang.

Walaupun Ketua Wanitanya tidak terlibat dengan sebarang pergerakan wanita di Cabang ini, dibawah pimpinan Pemangku Ketuanya, Pn Noryati Ghani, dan Setiausahanya yang gigih Pn Anita Karim serta barisan pimpinannya yang bersemangat, Wanita Kuala Krau menjadi tulang belakang pergerakan PKR di Cabang ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Wanita Cabang Kuala Krau dan saya nukilkan disini peristiwa-peristiwa bergambar pengorbanan yang dimainkan oleh Wanita Cabang ini.

Cabang Kuala Krau tidak sunyi dengan aktivitinya. Kadang-kadang setiap hari ada lawatan dan ziarah ke kampong-kampong dan ranting-ranting. Program ceramah diadakan setiap minggu dengan mengundang penceramah-penceramah dari luar, manakala ceramah-ceramah kelompok diadakan di ranting-ranting dan kampong-kampong.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin parti dari Pusat, Negeri dan Negeri-Negeri lain yang telah sudi menerima undangan dari Cabang ini.

Mungkin berbeza dengan Cabang-Cabang lain, Cabang ini mempunyai 10 kampong Orang Asal, dan disetiap kali diadakan program di perkampongan ini, kami menyediakan pakaian bundle, dan kami juga mengadakan makanan untuk kami nikmati bersama.

Peranan ini dimainkan oleh Wanita Cabang Kuala Krau. Sebelum menziarahi sesuatu kampong OA di Cabang ini, Wanita Kuala Krau akan bergotong royong memasak di Pejabat PKR Kuala Krau. Kadang-kadang nasi lemak, bubur kacang, nasi goreng, mee dan bihun, juga dengan kuih muih dan minuman.

Program di perkampongan Orang Asal disini sentiasa menjadi program santai politik, didalam program seumpama itu, sentiasa diadakan Majlis-Majlis Dialog, dan cukup hebat bahawa Orang Asal dapat meluahkan perasaan mereka, hajat dan aspirasi mereka dan meluahkan penderitaan mereka. Kaum wanita diperkampongan Orang Asal merupakan kehadiran yang paling ramai didalam program-program yang dianjurkan Cabang.

Waktu makan bersama menjadikan hubungan diantara PKR Cabang dengan masyarakat Orang Asal disini begitu mesra. Mereka dapat membezakan program yang dianjurkan oleh UMNO dan badan-badang kerajaan kerana pemimpin-pemimpin UMNO duduk terasing dari masyarakat Orang Asal, tidak bergaul mesra seperti yang berlaku didalam Majlis yang dianjurkan oleh PKR.

Mari kita lihat peranan yang dimainkan oleh Wanita Kuala Krau didalam program-program ini secara nukilan bergambar seperti yang dapat ditonton diatas sana.

Perginya seorang Pejuang Kemerdekaan

Posted: 01 Jan 2012 03:57 PM PST


Saya coretkan sedikit mengenai pemergian seorang Pejuang Kemerdekaan, Pokde Berahim, Ibrahim Chik.

Ibrahim Chik, berpangkat bapa saudara dengan saya, dan dia pula berkahwin dengan pupu saya, Pn Zamiah (Embong Zamiah) kedua-duanya adalah pejuang yang menentang Inggeris didalam gerakan API (Angkatan Pemuda Insaf), dan apabila PKMM, API dan Awas diharamkan mereka berundur ke hutan belantara meneruskan perjuangan menentang Inggeris melalui jalan bersenjata.

Inggeris memanggil mereka sebagai pengganas. Perkataan pengganas ini diterima pakai oleh UMNO kerana semasa perjuangan rakyat Malaya memuncak menentang Inggeris, UMNO menjadi kaki-bodek Inggeris dan bersekongkol dengan Inggeris.

Mereka yang tidak sempat berundur telah ditahan oleh Inggeris dan ribuan mereka disumbatkan didalam kem-kem tahanan; mereka itulah yang berjuang menentang Inggeris, tetapi sejarah menzalimi kebenaran. UMNO yang bersekongkol dengan Inggeris itu pulak dicatitkan sebagai pejuang kemerdekaan walhal ditatkala semua badan-badan yang berjuang untuk kemerdekaan diharamkan Inggeris, UMNO telah dipelihara dan ditonjol oleh Inggeris.

4 hari lepas jam 8.36 malam, Ibrahim Chik meninggalkan kita buat selama-lamanya, dan Insya Allah, pada suatu hari nanti, sejarah gemilang perjuangan rakyat Malaya menentang Inggeris akan dibukukan semula.

Tiada ulasan: