Anwar Ibrahim |
- Himpunan Bebas Akademik: Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa Dikecam
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Menjelang 9 Januari 2012.
- KEADILAN Kecam Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa
Himpunan Bebas Akademik: Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa Dikecam Posted: 01 Jan 2012 04:14 AM PST Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi. Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut. |
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Menjelang 9 Januari 2012. Posted: 31 Dec 2011 09:07 PM PST “BEBASKAN ANWAR IBRAHIM" a) Selasa 3 Januari 2012 – Johor |
KEADILAN Kecam Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa Posted: 31 Dec 2011 07:48 PM PST KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). "Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna," kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini. Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan, "Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis," katanya. Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut dengan gerakan mahasiswa. "Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU, "AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah," kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi. Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan