Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Sayangi Selangor, tolak Umno BN
- Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni
- Lagi tamparan kepada MCLM berhubung artikel RPK
- Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman
- Keputusan liwat II: 100,000 berhimpun 9 Jan ini
- Haramkan arak di Kulim: Cubaan sabotaj Kedah?
- Bekas sarjan TUDM mohon campur tangan Agong
- Penulis blog Umno dilaporkan sertai DAP
- Polis diingatkan tak ulang insiden 'mata lebam'
Sayangi Selangor, tolak Umno BN Posted: 03 Jan 2012 12:03 AM PST KUALA LUMPUR, 3 Jan: Rakyat Selangor mesti bangkit menolak Umno BN untuk kesejahteraan rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau mengulas pembangkang Selangor, Umno BN selesai mengadakan Karnival Sayangi Selangor pada 28 hingga 31 Disember lalu dengan harapan untuk memberi motivasi kepada mereka untuk merampas itu. Katanya, pemimpin Umno BN menyedari betapa peritnya menjadi pembangkang dan banyak lubuk emas sudah terkambus, maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk merampas kembali Selangor menurutnya, walaupun beberapa isu yang diputar di Selangor untuk menarik perhatian rakyat supaya menyebelahi Umno BN, namun masih lagi gagal. "Dilemanya pembangkang di Selangor masih memainkan skrip lama dan pengarahnya otak sudah tamat tempoh," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau berkata, isu perkauman dan agama diputar dengan melalui televisyen dan media perdana masih tidak mampu merubah pemetaan politik di Selangor. Ini, katanya kerana rakyat yang celik maklumat anggap itu berita yang layak dibakul sampah sahaja. "Nekad BN, Selangor mesti dirampas kembali dengan apa cara sekali pun. Banyak program Kementerian dicurahkan ke Selangor, seolah-olah negeri Selangor satu-satu negeri di Malaysia," ujarnya. Katanya, pemimpin BN menganggap tidak ada makna Kerajaan Pusat diperintah oleh BN, kalau mereka masih menjadi pembangkang di negeri Selangor di dalam pilihan raya akan datang. Maklumlah, katanya hampir 40% penyumbang ekonomi Malaysia datang daripada negeri Selangor. "Insya Allah, oleh kerana BN menumpukan di Selangor, maka Putrajaya pula akan ditawan oleh PR, ibarat untung segantang rugi seguni," ujarnya lagi. Justeru, katanya rakyat Selangor pula memang sayang kepada negeri mereka dan mesti bangkit menolak BN. Beliau mengambil contoh hasil pasir Selangor meningkat sejak PR memerintah Selangor, tahun 2005 (BN) RM 3.54 Juta, tahun 2006 (BN) RM 4.37 Juta, tahun 2007 (BN) RM 4.39 Juta, tahun 2008 ( PR) RM 8.17 Juta, tahun 2009 ( PR) RM 13.76 Juta tahun 2010-sehingga JUN ( PR ) RM 15.3 Juta. Katanya, ketika pemimpin Umno, Datuk Seri Khir Toyo disabitkan rasuah dan dijatuh hukuman satu tahun penjara oleh mahkamah, maka kerajaan PR Selangor menunjukkan kesungguhan dengan memperuntukkan RM12 juta dalam bajet 2012 untuk memerangi rasuah. "Asas inilah rakyat sayangi Selangor mereka tidak akan biarkan pemimpin rasuah dan parti rasuah berkuasa kembali di Selangor," ujarnya lagi. Sumber: Harakahdaily |
Henti punggah harta negara untuk kenduri kroni Posted: 03 Jan 2012 12:02 AM PST KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerakusan kerajaan bodoh memunggah harta negara untuk dikendurikan kepada kroni-kroni bodoh mesti dihentikan segera, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz. Merujuk kepada tindakan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dengan mudah memberikan sehingga RM1.76 juta kepada seorang tauke teksi kononnya untuk mendapatkan khidmat nasihat, beliau berkata tindakan itu kian diejek sebagai tindakan yang amat bodoh oleh orang ramai. "Tetapi yang lebih penting untuk disedari oleh rakyat ialah pemunggahan harta negara sehingga RM250 juta untuk diberikan kepada kroni yang hari ini semakin dituduh bodoh tidak akan dilakukan melainkan oleh kerajaan yang bodoh sahaja. "Hanya kerajaan bodoh sahaja yang menaburkan wang sebegitu banyak kepada orang yang dituduh bodoh," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Di sisi yang lain pula, Mahfuz mempersoalkan, adakah RM1.76 juta itu mungkin sengaja diberikan kepada tauke teksi yang dilihat umum penuh dengan aksi yang menggelikan hati ketika didakwa di mahkamah itu dengan perkiraan untuk memperlihatkan kepada umum bahawa NFC menjadi mangsa penipuan dan bukannya pihak yang menyelewengkan wang rakyat. "Jika benar itulah perkiraannya, kerajaan yang dengan begitu mudah memberikan sehingga RM250 juta kepada NFC tetap merupakan kerajaan yang bodoh," katanya. Kerajaan yang cerdik, kata Mahfuz , tidak akan "memfaraidkan" wang negara sehingga RM250 juta untuk digunakan sesuka hati bagi memuaskan keinginan pihak yang mendapat wang itu seperti membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura kononnya untuk mendapatkan pulangan cepat sambil menghabiskan RM1.76 juta dan kemudiannya diberitakan pula telah menjadi mangsa penipuan. "Lebih penting dari semua itu, kerajaan bodoh yang memberikan sebesar RM250 juta kepada NFC itu turut melibatkan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kini yang pada waktu itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang kementeriannya terlibat secara langsung dengan pemberian projek NFC. "Dan, mereka jugalah yang bersungguh-sungguh membela (Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan keluarganya yang memiliki NFC itu ketika cara penggunaan dana oleh NFC didedahkan sebagai kucar kacir oleh laporan Ketua Audit Negara dulu. "Nampak benar kerajaan bodoh berusaha untuk menyembunyikan kebodohannya," kata beliau. Mengambilkira bencana yang akan menimpa mereka dengan tindakan sebodoh itu, Mahfuz menyeru rakyat segera merebut apa sahaja peluang yang ada untuk menghentikan penganiayaan ke atas mereka dengan perbelanjaan bodoh harta mereka itu. Jumaat lalu, Seorang tauke teksi Datuk Shamsubahrain Ismail yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ketika siasatan ke atas NFC dijalankan telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menipu. Shamsubahrain dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran kononnya untuk mendapatkan khidmat penasihat. Mohamad Salleh ialah suami Shahrizat. Sumber: HarakahDaily |
Lagi tamparan kepada MCLM berhubung artikel RPK Posted: 02 Jan 2012 11:40 PM PST Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri. Semua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu. "Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia," kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini. "Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya. Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu. Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu. "Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya. Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). Sumber: Malaysiakini |
Demo UPSI: Mahasiswi disingkir dari kolej kediaman Posted: 02 Jan 2012 11:30 PM PST Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu. Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis. Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI. Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan. "Mereka belum diberikan sebarang notis siasatan oleh pihak berkuasa universiti," kata Adam Adli, yang tidak tinggal di kampus Tanjung Malim. Sumber: Malaysiakini |
Keputusan liwat II: 100,000 berhimpun 9 Jan ini Posted: 02 Jan 2012 11:00 PM PST Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat. "Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang). Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu. Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. "Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini. Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman. Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut. Bincang dalam Majlis Presiden Pakatan Katanya, jaminan tersebut diberikan selepas beliau berkomunikasi dengan setiausaha agung PAS Datuk Mustaffa Ali, yang tidak dapat hadir ke talimat tersebut kerana terpaksa menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini. Ditanya berhubung sokongan DAP pula, Azmin berkata Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Md Akin sedang berkomunikasi dengan pemimpin DAP. "Saya (juga) akan berbincang (perkara ini) dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini dan taklimat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya. Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap "tidak ada masalah" akan timbul pada perhimpunan 9 Januari ini. Bahkan, beliau berharap pihak polis dapat mengawal keselamatan dan keadaan pada hari tersebut. "Kalau polis Arab Saudi boleh mengawal tiga juta jemaah haji, takkan PDRM tak boleh... Jadi tak ada masalah, kita protes secara aman. "Saya nasihatkan (rakyat) jangan bawa senjata tajam," katanya sambil mengerahkan semua kawasan PAS di Selangor menghantar "seramai mungkin" anggota pada perhimpunan tersebut. 'Tangan ghaib' Ditanya pemberita tindakan PKR jika Anwar didapati bersalah dan dihumban ke penjara tanpa diikat jamin, Azmin berkata beliau tidak mahu prejudis dengan apa yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut. Katanya, jika sistem perundangan telus dan tiada 'tangan ghaib' daripada pihak eksekutif, beliau yakin Anwar akan dibebaskan pada 9 Januari ini. Diasak wartawan mengenai kemungkinan Anwar dihumban ke penjara, Azmin berkata segala perancangan dan strategi yang telah disusun parti akan diteruskan sama ada ketua umum PKR itu didapati bersalah ataupun dibebaskan. "Apa yang kita susun, kita akan teruskan sama ada beliau dibebaskan atau dijatuhkan hukuman, dengan jaminan atau tidak. "Ia bukannya bermusim, tetapi perlu diteruskan hingga pilihan raya umum ke-13... Jangan buat hipotesis sama ia berlaku atau tidak. "Tetapi bagi saya, beliau tidak bersalah, perlu dilepaskan dan (ramai) rakyat telah meneropong tentang kes ini," katanya. Sumber: Malaysiakini |
Haramkan arak di Kulim: Cubaan sabotaj Kedah? Posted: 02 Jan 2012 10:30 PM PST Keputusan Majlis Daerah Kulim untuk menghentikan jualan minuman keras mulai Jun tahun ini mungkin satu cubaan mensabotaj kerajaan negeri Kedah, kata seorang wakil rakyat PKR hari ini. Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (kanan), keputusan itu dibuat semata-mata oleh pejabat daerah itu tanpa memaklumkannya kepada exco kerajaan negeri Kedah. Lim berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai perkara itu dan telah diberitahu oleh pejabat daerah bahawa tidak ada lesen akan dikeluarkan untuk kedai-kedai minuman keras selepas Jun. "Mereka masih mengeluarkan lesen untuk separuh pertama tahun ini supaya pengendali boleh menghabiskan stok mereka. "Saya tidak tolak kemungkinan bahawa ada orang mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ada orang yang cuba untuk memerangkap kita," kata Lim. Akhbar the Star hari ini melaporkan pemilik kedai minuman keras di daerah berkenaan telah menerima surat bahawa lesen mereka akan secara automatik ditamatkan pada akhir bulan Jun. Menurut akhbar milik MCA itu, kira-kira 100 penjual arak dijangka terjejas dengan arahan baru yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu. Adalah difahamkan bahawa keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulim tahun lalu. Sumber: Malaysiakini |
Bekas sarjan TUDM mohon campur tangan Agong Posted: 02 Jan 2012 09:30 PM PST Seorang sarjan tentera yang telah bersara bercadang untuk menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon campur tangan baginda untuk mendapatkan keadilan setelah mendakwa Jabatan Peguam Negara menolak 17 laporan polis yang dibuatnya ke atas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Faizzal Jinong Abdullah, 47, dan keluarganya telah menulis surat berkenaan dan dalam proses menyerahkannya kepada istana. Pada Julai 2010, Malaysiakini melaporkan Faizzal mendakwa bahawa beberapa pegawai TUDM telah "menderanya" kerana mendedahkan penipuan yang melibatkan kecurian elektrik di kuarters di Kuching, di mana beliau ditempatkan. Di rumahnya, sekarang di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Faizzal berkata Pejabat Peguam Negara memberi maklum balas kepada aduannya dalam surat bertarikh 22 Disember lalu, dengan menyatakan bahawa semua laporan polis itu "tidak berasas". "Saya hilang kepercayaan dalam sistem undang-undang negara ini, seolah-olah ini sebuah negara Islam yang tidak bertamadun dan tanpa undang-undang," katanya. "Apa yang pasti sekarang ialah (sistem) undang-undang di Malaysia mengamalkan pilih kasih dan boleh dibeli atau dijual dengan wang dan kuasa untuk menafikan kita yang menjadi mangsa." Surat jawapan berhubung laporan polis yang dibuatnya ditandatangani oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Tun Abd Majid Tun Hamzah yang berkata Pejabat Peguam Negara telah mengkaji laporan mengenai kes yang dikemukakan oleh Jabatan Undang-Undang Sarawak. "... dan mendapati bahawa dakwaan-dakwaan tersebut, termasuk bahawa anda dan keluarga anda dianiaya, diancam dan diugut akan dicederakan pada 22 Dis, 2008, adalah tidak berasas," kata Tun Abd Majid. Sumber: Malaysiakini |
Penulis blog Umno dilaporkan sertai DAP Posted: 02 Jan 2012 08:30 PM PST Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP. Selain Sakmongkol yang merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias. Ariff Sabri dipercayai meninggalkan Umno berikutan artikel terbaru menerusi laman blognya yang berjudul "Hutang Umno pada budi orang Melayu" yang membidas parti itu. "Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal. "Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno," tulisnya. Menurut Ariff Sabri, Umno menjadikan orang Melayu peminta sedekah kepada parti itu dan bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam. "Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam. "Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh Umno hari ini kepada orang Melayu," katanya. Berita kedua-dua pemimpin veteran Umno menyertai DAP itu juga disiarkan di FreeMalaysiaToday yang mana Ariff Sabri adalahseorang kolumnis di portal berita itu dan juga akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan Online. Malah, beliau juga dilapor memberitahu FMT bahawa beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno. "Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas. "Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno. "Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini," kata Ariff Sabri dipetik FMT. Bekas wakil rakyat Umno itu juga menegaskan yang penyertaannya dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu. "Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir," katanya lagi. Sumber: Malaysiakini |
Polis diingatkan tak ulang insiden 'mata lebam' Posted: 02 Jan 2012 08:00 PM PST Polis diingatkan supaya tidak mengulangi insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kecederaan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim. Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss (bawah) merujuk kepada kenyataan polis Perak kelmarin bahawa mahasiswa tercedera bukan akibat terlanggar pintu kaca sebuah klinik dan bukannya akibat kekerasan pasukan keselamatan. "Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri. Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri," katanya. "Kami berharap pihak polis jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan perbuatannya sendiri dan akhirnya apabila terbongkar barulah rakyat sedar sebenarnya perbuatan pihak polis sendiri." Dalam perhimpunan Ahad lalu, mahasiswa yang tercedera Muhammad Safwan Anang mendakwa beliau dipukul anggota polis sehingga terpaksa dikejarkan dan bermalam di hospital. Dalam suratnya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang salinannya diberikan pada media, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya berharap tiada unsur 'menipu' dalam insiden di hari tahun baru itu. Pemuda PAS juga mendesak agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan ekoran penafian polis tersebut dan meminta agar Suruhanjaya Asasi Manusia (SUHAKAM) turut dilibatkan di dalamnya. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijadual akan membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur awal petang ini. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan