Rabu, 28 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Anak Muda Felda Jengka 24 menongkak arus...

Posted: 28 Dec 2011 03:53 PM PST


Saya benar-benar terperanjat apabila melihat begitu ramai anak-anak muda dari Felda Jengka 24 mengisi ruang tamu rumah Azrul, Ketua AMK PKR Ranting Felda Jengka 24 malam tadi.

Saya tidak sangka memandangkan bahawa Ranting PKR di Rancangan ini baru sahaja ditubuhkan belum lagi berusia 2 minggu.

Saya sampai di kedai Sdr Ramli Lin jam 8.45 malam untuk menunaikan jemputan memberikan taklimat PACABA kepada anggota-anggota PKR Ranting Felda Jengka 24.

Secara selamba sahaja Sdr Ramli, Ketua Ranting, memberitahu bahawa anak-anak muda ingin menyumbang tenaga semasa PRU-13 nanti, kalau boleh Sdr Haji datanglah beri sedikit taklimat mengenai PACABA, dia akan cuba aturkan satu perjumpaan anak-anak muda. Itulah pesanan beliau melalui Pn Anita Karim, Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau.

Apabila saya, Kak Hendon, Khalid, Fuad dan Saibul Jahar sampai di rumah Azrul, hanya Azrul dan adiknya ada di rumah, Ramli baru sampai.

Saya tanya Azrul samada perjumpaan malam tu jadi atau tidak. Dan dia jawab, Insya Allah jadi. Sekejap lagi ramailah ni, katanya.

Betul, hanya dalam tempoh 10 minit, tiba-tiba ruang tamu yang agak luas di rumah itu sudah dipenuhi oleh anak-anak muda. Ada 2 orang dari Kg Bukit Nikmat yang berdekatan turut hadir.

Ramli mengatakan bahawa satu perkembangan hebat berlaku di Kg Bukit Nikmat, jualan Suara Keadilan dan Harakah meningkat berpuluh kali ganda di Bukit Nikmat.

Saya memberikan taklimat ringkas mengenai PACABA dengan tugas-tugas PA, CA dan BA (Polling Agent, Counting Agent dan Barung Agent) dan tugas-tugas Sukarelawan. PACABA juga akan bertugas sebagai Sukarelawan kerana mereka bertugas pada hari pemilihan sahaja.

Setelah taklimat itu, 6 orang dari anak muda itu menawarkan diri untuk menjadi PACABA dan 6 orang lagi akan melengkapkan nama masing-masing manakala yang lainnya akan menjadi Sukarelawan.

Pada majlis taklimat itu, Sdr Ramli menyerahkan 7 lagi borang keanggotaan PKR menjadikan setakat ini seramai 51 orang yang sudah berdaftar sebagai anggota, dan Ramli menyatakan ada 3 borang lagi ada ditangannya dan beliau akan pergi ke Kuala Krau pada 30hb Disember 2011, sempena Majlis Ceramah yang akan diadakan di Felda Jenderak Utara nanti.

Sdr Azrul, Ketua AMK Ranting itu, menyatakan bahawa lebih ramai lagi anak-anak muda dari Rancangan itu akan menyertai PKR, dan beliau berharap satu Majlis lain dapat diadakan bagi mengalu-alukan keanggotaan mereka nanti.

Sdr Ramli memberitahu bahawa puak-puak UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian telah mendatangi anggota-anggota baru PKR itu merayu kepada mereka supaya kembali semula kepada UMNO.

Dan satu berita yang belum difahami implikasinya ialah Pengurus Felda Rancangan Felda Jengka 24 telah ditukarkan dari rancangan itu ke tempat lain sehari selepas Ranting PKR Felda Jengka 24 itu ditubuhkan.

Anak-anak muda dari Felda Jengka 13, Jengka 21 dan Jengka 25 telah menghubungi pimpinan PKR Ranting Felda Jengka 24 untuk penubuhan ranting-ranting PKR di rancangan masing-masing.

Posted: 28 Dec 2011 02:42 PM PST

Posted: 28 Dec 2011 02:40 PM PST

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 28 Disember 2011

Posted: 28 Dec 2011 05:29 AM PST

Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM

Kenyataan Media Nik Nazmi Tentang Isu Salahguna Zakat MAIWP

Posted: 27 Dec 2011 10:48 PM PST

Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guamannya mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010.  Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak
RM700,000. Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010.

Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya.
Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah JAWI?

Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara
ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Another nail in MAS coffin?

Posted: 27 Dec 2011 07:27 PM PST

Updated @ 7:50 pm on 28-12-2011: Please read these two interesting articles, “Azman Mokhtar and Rashdan must go – Part 4″ & “Another Khazanah-Amokh failure [updated]. On 28 July 2010 under the leadership of YM Tengku Azmil, MAS signed an agreement with Lembaga Tabung Haji to provide Haji Charter services to Jeddah and Madina for the 2010 [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PAS ramal PRU umum Mac depan

Posted: 27 Dec 2011 11:38 PM PST

PAS meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari.

NONESetiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata selepas dibubar, masih ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.

Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.

"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011," katanya kepada Bernama hari ini.

Mustafa berkata BN akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Beliau berkata pilihan raya juga perlu diadakan dalam tempoh itu kerana mendakwa kerajaan bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara.

Sementara itu, dalam web rasmi PAS, Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

Beliau juga berkata PAS tidak mengharapkan masalah dalaman Umno dan BN untuk menang pilihan raya akan datang.

Tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Usaha Mencetuskan Huru-Hara Pada 9 Januari 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah UMNO

Posted: 27 Dec 2011 08:54 PM PST

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggotaKEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala [...]

Anwar: Najib tidak jawab isu sebenar dalam ETP Anwar Ibrahim

Posted: 27 Dec 2011 08:50 PM PST

Dari: Harakahdaily Saya meneliti jawapan kerajaan Datuk Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan. [...]

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Kampung Banggol Nering, Changkat Jering Lancar Rukun Tertangga

Posted: 27 Dec 2011 09:57 PM PST



Pasukan Rukan Tertangga Kampung Banggol Nering

Changkat Jering  - Risau dengan kejadian pecah rumah yang sering  berlaku musim cuti sekolah di kampung ini. Pemuda Kampung Banggol Nering,  Changkat Jering telah membuat keputusan dengan melacarkan pasukan rukun tertangga Kampung Banggol Nering yang diangotai sendiri oleh anak muda kampung ini demi keselamatan kampung.

Pasukan Rukun Tertangga ini dibentuk bagi mengawasi keselamatan kampung  daripada kejadian pecah rumah yang kerap berlaku.  Dengan adanya pasukan ini penduduk kampung  tidak lagi perlu risau dengan sebarang kemungkinan bakal berlaku terhadap mereka pada tengah malam.

Menurut ketua pasukan ini yang hanya mahu dikenali sebagai En Manaf, menariknya pasukan ini mereka bertugas secara sukarela tanpa sebarang habuan. Mereka ikhlas bertugas demi keselamatan kampung. Untuk pengetahuan, Kami akan bertugas bermula jam 12 tengah malam sehingga subuh pagi esok.  Apabila kami memulakan tugas tepat jam 12 malam sesiapa sahaja yang memasuki kampung ini akan kami tahan dan soal tujuan mereka memasuki kampung.

Diharapkan dengan adanya pasukan keselamatan rukan tertangga ini, keselamatan  penduduk kampung banggol nering, Changkat Jering akan lebih terjamin.