Anwar Ibrahim |
Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 28 Disember 2011 Posted: 28 Dec 2011 05:29 AM PST Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono. Komitmen pentadbiran Dato' Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus. Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan. Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa. Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual. ANWAR IBRAHIM |
Kenyataan Media Nik Nazmi Tentang Isu Salahguna Zakat MAIWP Posted: 27 Dec 2011 10:48 PM PST Jawapan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Isu ini yang telah dibangkitkan oleh YB Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar. Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010. MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain? Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di dalm surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara hari ini telah membangkitkan dwi-standard kes ini dengan kes membabitkan bekas imam di Kulaijaya, Johor, Redzuan Mohd Said yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahnnya. Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam negara NIK NAZMI NIK AHMAD |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan