Rabu, 28 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Anak Muda Felda Jengka 24 menongkak arus...

Posted: 28 Dec 2011 03:53 PM PST


Saya benar-benar terperanjat apabila melihat begitu ramai anak-anak muda dari Felda Jengka 24 mengisi ruang tamu rumah Azrul, Ketua AMK PKR Ranting Felda Jengka 24 malam tadi.

Saya tidak sangka memandangkan bahawa Ranting PKR di Rancangan ini baru sahaja ditubuhkan belum lagi berusia 2 minggu.

Saya sampai di kedai Sdr Ramli Lin jam 8.45 malam untuk menunaikan jemputan memberikan taklimat PACABA kepada anggota-anggota PKR Ranting Felda Jengka 24.

Secara selamba sahaja Sdr Ramli, Ketua Ranting, memberitahu bahawa anak-anak muda ingin menyumbang tenaga semasa PRU-13 nanti, kalau boleh Sdr Haji datanglah beri sedikit taklimat mengenai PACABA, dia akan cuba aturkan satu perjumpaan anak-anak muda. Itulah pesanan beliau melalui Pn Anita Karim, Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau.

Apabila saya, Kak Hendon, Khalid, Fuad dan Saibul Jahar sampai di rumah Azrul, hanya Azrul dan adiknya ada di rumah, Ramli baru sampai.

Saya tanya Azrul samada perjumpaan malam tu jadi atau tidak. Dan dia jawab, Insya Allah jadi. Sekejap lagi ramailah ni, katanya.

Betul, hanya dalam tempoh 10 minit, tiba-tiba ruang tamu yang agak luas di rumah itu sudah dipenuhi oleh anak-anak muda. Ada 2 orang dari Kg Bukit Nikmat yang berdekatan turut hadir.

Ramli mengatakan bahawa satu perkembangan hebat berlaku di Kg Bukit Nikmat, jualan Suara Keadilan dan Harakah meningkat berpuluh kali ganda di Bukit Nikmat.

Saya memberikan taklimat ringkas mengenai PACABA dengan tugas-tugas PA, CA dan BA (Polling Agent, Counting Agent dan Barung Agent) dan tugas-tugas Sukarelawan. PACABA juga akan bertugas sebagai Sukarelawan kerana mereka bertugas pada hari pemilihan sahaja.

Setelah taklimat itu, 6 orang dari anak muda itu menawarkan diri untuk menjadi PACABA dan 6 orang lagi akan melengkapkan nama masing-masing manakala yang lainnya akan menjadi Sukarelawan.

Pada majlis taklimat itu, Sdr Ramli menyerahkan 7 lagi borang keanggotaan PKR menjadikan setakat ini seramai 51 orang yang sudah berdaftar sebagai anggota, dan Ramli menyatakan ada 3 borang lagi ada ditangannya dan beliau akan pergi ke Kuala Krau pada 30hb Disember 2011, sempena Majlis Ceramah yang akan diadakan di Felda Jenderak Utara nanti.

Sdr Azrul, Ketua AMK Ranting itu, menyatakan bahawa lebih ramai lagi anak-anak muda dari Rancangan itu akan menyertai PKR, dan beliau berharap satu Majlis lain dapat diadakan bagi mengalu-alukan keanggotaan mereka nanti.

Sdr Ramli memberitahu bahawa puak-puak UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian telah mendatangi anggota-anggota baru PKR itu merayu kepada mereka supaya kembali semula kepada UMNO.

Dan satu berita yang belum difahami implikasinya ialah Pengurus Felda Rancangan Felda Jengka 24 telah ditukarkan dari rancangan itu ke tempat lain sehari selepas Ranting PKR Felda Jengka 24 itu ditubuhkan.

Anak-anak muda dari Felda Jengka 13, Jengka 21 dan Jengka 25 telah menghubungi pimpinan PKR Ranting Felda Jengka 24 untuk penubuhan ranting-ranting PKR di rancangan masing-masing.

Posted: 28 Dec 2011 02:42 PM PST

Posted: 28 Dec 2011 02:40 PM PST

Tiada ulasan: