The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
| MCA adalah sebuah Parti Cina yang takut bertanding di kawasan majoriti Cina Posted: 15 Nov 2011 05:22 AM PST Cukup ironi. MCA adalah sebuah parti perkauman Cina. Kewujudannya adalah untuk politik kaum Cina, tegak semata-mata dengan asas sokongan Orang Cina dan keseluruhan kehadirannya adalah kerana kaum Cina. Tetapi MCA sangat takut untuk bertanding di kawasan yang bermajoritikan pengundi kaum Cina. Ia lebih selesa bertanding di kawasan campuran yang wujud kehadiran pengundi Cina tetapi tidak bermajoriti Cina. Di kawasan-kawasan majoriti Cina, MCA dengan mudah boleh dikalahkan oleh DAP walaupun calon DAP itu bukan dari kaum Cina. Walaupun politik Negara ini mahu dipesungkan berterusan untuk berasaskan perkauman oleh parti-parti didalam Barisan Nasional khususnya UMNO, MCA dan MIC dengan menekankan isu-isu perkauman, namun rakyat sudah mulai mahu melupakan politik perkauman tetapi bertegak diatas politik perpaduan kaum. Jika didalam Pilihanraya Umum yang lalu lalu, MCA boleh hidup dengan politik perkauman Cinanya, tetapi Pilihanraya Umum ke12 dan lebih-lebih lagi ke-13, asas itu sudah ditinggalkan oleh pengundi-pengundi Cina. Mereka tidak gentar untuk mengundi calon-calon Melayu atau India dan menolak calon-calon dari MCA dan Gerakan menandakan bahawa zaman untuk terus bertegak diatas asas perkauman sudah berakhir. Pengundi-pengundi Cina mahu mengundi untuk keadilan, ketelusan, dan kebajikan. Banyak calon-calon MCA dan Gerakan, termasuk beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan orang Cina telah jatuh dan dijatuhkan oleh calon-calon yang sesetengahnya terdiri daripada kalangan Orang Melayu dan India. Politik perkauman sudah ketinggalan zaman. Walaupun politik itu cuba dibaja, disiram dan diberikan nafas baru seperti kemunculan PERKASA yang sangat perkauman yang cuba menjadi barisan hadapan kepada UMNO, politik perkauman dikalangan Orang Melayu juga semakin kehilangan taring. Rakyat berhadapan dengan masalah yang sama dan dikalangan rakyat biasa mereka berhadapan dengan kenaikan harga barang yang menghakis kuasa beli mereka. Keadaan ini dirasakan oleh semua kaum. Kalau di luar bandar, harga getah sudah begitu susut. Semasa harga getah melonjak hingga RM6.00 sekilo, UMNO memainkan politik tonjol diri bahawa kenaikan harga getah itu adalah kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO. Pada hari ini harga getah jatuh kepada RM3.40 sekilo, dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pula menyatakan bahawa mereka itu tidak bijaksana melainkan mengatakan bahawa jatuhnya harga getah itu adalah kerana masalah naik-turun harga komoditi di pasaran. Bila naik dikatakan pemimpin UMNO yang cerdik tetapi bila turun kenapa tidak dikatakan pemimpin UMNO yang bodoh! Oleh kerana itu orang luar bandar pun sudah memahami bahawa kenaikan harga komoditi dipengaruhi oleh ketentuan pasaran. UMNO tidak ada kuasa menentukannya. Orang Melayu juga telah melihat bahawa apabila Pakatan Rakyat memenangi lebih dari 80 kerusi di parlimen, wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat datangnya daripada berbagai kaum, Melayu, Cina dan India; dan wakil-wakil rakyat ini pula tidak memilih bulu untuk memberikan khidmat mereka. Di Selangor, semua penduduknya mendapat air percuma tanpa mengira kaum. Anak-anak baru lahir diberikan buku akaun simpanan oleh Kerajaan Selangor tanpa mengira kaum. Waris-waris yang kehilangan ibu-bapa warga tua mendapat bayaran khairat kematian tanpa mengira kaum. Guru-guru KAFA mendapat imbuhan elaun bulanan yang sudah 3 kali ganda lebih besar dari semasa UMNO memerintah. Remaja yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading memperolehi imbuhan dari kerajaan Selangor tanpa mengira kaum. Dengan tindakan berperinsip kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor itu dengan menghulurkan bantuan kepada penduduknya tanpa mengira kaum merubah persepsi pegangan penduduk Selangor dari berlandas kepada perkauman kepada perpaduan. MCA, MIC dan Gerakan sudah hilang daya upaya untuk bermain dengan politik perkauman. UMNO masih mahu bertegak dengan politik perkauman tetapi politik UMNO ini sudah menjadi semakin jumud dan kolot dan jika UMNO tidak merubah cara berpolitik dan masih berpegang kepada politik perkauman, parti itu akan ditolak oleh semua kaum yang ada di Negara ini. Politik perkauman bukanlah bererti bahawa UMNO itu membela Melayu, bahkan apa yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO adalah tengkolok mereka sendiri. Mereka mencari kepentingan diri sendiri, memperkayakan diri dan memperalatkan Melayu untuk kepentingan diri mereka sendiri. UMNO akan menjadi sebuah parti yang terpencil yang akan hanya diundi oleh segelintir Melayu yang mempunyai pemikiran yang pekat berpaut kepada perkauman tegasr diatas dasar "I love my party, right or wrong". Perkauman adalah penyakit yang sudah ada antedotenya, dan Malaysia tidak akan kembali kepada kefahaman politik yang kolot itu! |
| You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Hilman Idham – kini pembantu kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali – berkata, ketika insiden di Hulu Selangor itu, kira-kira sepuluh individu yang tidak dikenalinya, tiba-tiba tampil mencekupnya sewaktu ingin beredar dari sebuah kedai makan.
Namun, pada keesokannya, Hilman sekali lagi ditahan buat kali kedua. Ia berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang bersama pensyarahnya yang mahu membuat analisis pilihan raya itu.
Sementara Woon – kini bergiat sebagai pembantu kepada anggota parlimen MCA – yang hadir bersama Hilman turut ketawa mendengar semula kisah penahanan rakannya itu pada 22 April tahun lalu itu.
“(Oleh) kerana kami bertiga tidak tahu tempat, tak tahu nak pergi mana. Hilman pun ajak seorang kawan dia untuk menjadi tukang tunjuk (jalan). Selepas (kami) datang dengan van, dia datang dengan kereta dia, penuh dengan risalah politik, sebab pemuda ini dah duduk lama di sana (untuk) berkempen.
Menurut Woon lagi, selepas 40 minit ditahan, pegawai UKM yang datang dengan beberapa buah kereta – didakwa bersama penolong pendaftar dan dan pegawai keselamatan – muncul dan mahu mereka ditahan kerana pelajar universiti “tak patut berada di situ”.






Bung Moktar (kiri) membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.




Sementara itu, NGO Jingga 13 sebagai pengadunya berkata, mereka dimaklumkan kes itu akan disiasat bawah Seksyen 409 melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam.
Dalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.
"Mungkin syarikat-syarikat pelaburan hartanah atau syarikat induk tertentu melakukannya tetapi ia sudah pasti sesuatu yang ganjil, apa lagi pelaburan yang dilakukan oleh sebuah syarikat penternakan lembu," katanya.
"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.