Jumaat, 28 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan ke Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan

Posted: 28 Oct 2011 05:50 PM PDT

Surina bersama ayah dan ibunya semalam semasa Pejabat mengadakan sedikit jamuan kecil untuknya.
Surina bersama ayahnya.



Kalau saya kesempatan masa pada hari ini (29.10.11) saya akan membuat lawatan ke Felda Jenderak Utara untuk menengokkan persediaan perjumpaan pada 2hb November 2011, perjumpaan menubuhkan PACABA dan Sukarelawan bagi JDM Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.

Itu tergantung kepada keadaan, apatah lagi dengan cuaca yang hujan dari awal pagi lagi. Tak taulah. Thailand dan Vietnam sudah banjir besar; banjir di Thailand melumpuh semua aktiviti, ekonomi dan sosial, sehingga Kerajaan Thailand terpaksa memberikan cuti khas selama 3 hari kepada rakyatnya.

Semalam didalam perjalanan pulang dari Setiu, hujan tak henti-henti, sudah banyak tempat di Terengganu dinaiki air, belum ke peringkat banjir. Di Temerloh pun Sungai Pahang sudah naik, dan dengan hujan yang tak henti-henti begini, adakah banjir akan berlaku di Pahang?

Sejak tahun 1988, belum ada banjir besar melanda Temerloh. Adakah banjir besar akan berlaku tahun ini?

Kawasan rumah saya adalah ditempat yang tinggi. Sudah beberapa kali banjir berlaku dimana Sekolah Kebangsaan Paya Pulai dan Taman Sri Kerinau di seberangnya di "ampuh" oleh air, kawasan rumah saya masih tidak terjejas. Kalau kawasan rumah saya dinaiki air, ini bererti, kawasan-kawasan rendah di Temerloh termasuk bandar Temerloh di tepi Sungai Pahang itu pun akan dinaiki air.

Kalau itu berlaku banyaklah kawasan-kawasan terputus, jalan menghala ke Triang akan terputus, jalan lama ke Maran akan terputus; kawasan sekitar Lanchang akan dinaiki air, dan hubungan saya dengan Kuala Krau akan terputus. Kampong-kampong Orang Asal di Kuala Krau akan dinaiki air, dan kami terpaksa mencari bantuan makanan untuk disalurkan kepada penduduk-penduduk Orang Asal di Kuala Krau.

Didalam suasana banjir beberapa tahun lalu, rumah anak saya telah dijadikan hub dimana Kelab Rotary dari seluruh Negara menghantarkan bekalan makanan, begitu juga PKR menghantarkan bekalan makanan, Persatuan-Persatuan Agama seperti Budha dan Kristian juga menghantarkan makanan melalui Hub di rumah Surina di Taman Bukit Angin.

Dari sana kami agihkan makanan itu untuk Lanchang, Bandar Mentakab, kawasan-kawasan yang ditenggelami air di sekitar Kg Tengah, Kg Pangsenam, Kg Buntut Pulau, Kg Padang Kerbau, dan menghantar makanan di penempatan banjir di Sekolah Tamil Mentakab, Kg Baru Cina Mentakab, Sekolah Kebangsaan Seberang Temerloh, dan perkampongan Orang Asal di Paya Pelong, dan Kg Pasu. Kami juga menghantar bekalan hingga ke pekan Mela di Kuala Lipis dan juga kampong-kampong di Maran. Bagaimana pun banyak juga kampong yang tidak dapat kami sampai kerana kami tidak mempunyai kemudahan boat dan sebagainya. Dan justeru itu, kampong-kampong yang menghala ke pekan Triang tidak dapat kami hantar.

Hujan pagi ini dari semalam mengingatkan saya kepada keadaan waktu banjir dulu.

Kalau saya tidak kesempatan ke Jenderak Utara dan Selatan hari ini, saya akan pergi berjumpa Ahmad Bila Adam, AJK kami yang bertugas sebagai pemandu bas, saya akan temui dia di Temerloh.

Masa saya hari ini juga terhad kerana akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak saya ke Airport. Beliau akan terbang ke Australia untuk menyambung pelajarannya. Sebagai seorang peguam beliau telah pun mengambil dan lulus sebagai seorang Timbangtara, dan kini beliau berhajat untuk mengambil PhD dibidang undang-undang. Saya sentiasa doakan anak saya itu berjaya.

Beliau adalah seorang peguam yang aktif terlibat dengan perbicaraan-perbicaraan di Mahkamah Magistrate, Sesyen, Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dengan ketiadaan dia, kerja-kerja di firma guaman kami akan terjejas sedikit, tetapi Insya Allah akan dapat diatasi.

Saya sendiri sudah tidak menjalankan perbicaraan lebih dari 5 tahun, tetapi dengan ketiadaan Surina, saya terpaksalah juga memberikan tumpuan kepada firma kami setidak-tidaknya sebagai pentadbir di pejabat.

Penubuhan PACABA di Kg Paya Mendoi

Posted: 28 Oct 2011 05:55 AM PDT

Sdr Jahidin, Naib ketua PKR Ranting Kg Mendoi berucap mengalu-alukan kehadiran semasa Perjumpaan Penubuhan PACABA di Kg Mendoi.

Sdr Azmi Zainun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau berucap
Dari kiri ke kanan: Sdr Azmi Zainun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi, Sdr Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau
Sdr Kin Kassim, Ketua PKR Ranting Penderas melayan telatah seorang kanak-kanak
Sdr Jahidin


Setelah kami berjaya menubuhkan PACABA di Kg Pasu, Kuala Krau pada jam 4.00 petang pada 26hb Oktober 2011 dengan melantik 8 orang PACABA yang akan bertugas di Sekolah Kebangsaan Kg Penderas di Pilihanraya Umum nanti serta melantik 20 orang petugas-petugas sukarelawan, kami mengadakan Perjumpaan seumpamanya di Kg Mendoi untuk melantik PACABA dan Petugas sukarelawan untuk tujuan yang sama pada jam 8.00 malam.

PACABA di Kg Pasu akan digabungkan dengan PACABA di Kg Penderas untuk tugasan yang sama; manakala PACABA Kg Mendoi akan digabungkan dengan petugas-petugas di Kg Paya Luas untuk bertugas di Sekolah Kebangsaan Paya Luas.

Memandangkan bahawa pada malam tersebut kehadhiran penduduk kampong begitu ramai, maka penganjur di Kg Mendoi membuat program mengejut dan mengadakan ceramah kelompok. Setelah selesai ceramah kelompok tersebut maka barulah mesyuarat diadakan dikalangan anggota-anggota PKR Ranting Kg Mendoi untuk perlantikan PACABA dan Sukarelawan. Sdr Daud Busu dilantik sebagai Ketua PACABA dan Sdr Jahidin dilantik sebagai Ketua Sukarelawan.

PACABA dan Sukarelawan ini akan menghadiri Kursus Pilihanraya yang dianjurkan oleh PKR Cabang Kuala Krau pada 13hb November 2011 yang akan turut dihadiri oleh semua PACABA dan Sukarelawan dari semua Ranting di Cabang Kuala Krau.

Lawatan Kerja Biro Masyarakat Feklda & Orang Asal PKR Ke Felda Chalok (Kg Rahmat) dan Felda Chalok Barat di Daerah Setiu

Posted: 28 Oct 2011 05:12 AM PDT

Dari Setiu kami ke Gong Badak ke rumah bapa Mertua Sdr Rebin. Kami dijamukan dengan makanan Terengganu delight, oleh kerana saya dah terlalu kenyang, maka saya "meratah" sahaja.
Berisytirihat di rumah Sdr Wan Daud di Setiu. Wan Daud adalah Ketua PKR Cabang Setiu.
Wan Daud, Haji Hassan, Pak Jabit dan Wak Rabidin di rumah Wan Daud. Haji Hassan adalah AJK PAS Kawasan Setiu. Beliau menyertai PAS apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dianiaya oleh Mahathir. Semasa itu belum wujud lagi PKN/PKR. Sebelum itu beliau adalah seorang Penghulu Mukim, tetapi oleh kerana kecenderungannya menyokong Pembangkang, beliau telah ditukarkan ke Kamaman dengan tidak diberikan sebarang tugas, dan semasa PAS memerintah Terengganu beliau dapat kembali bertugas di Setiu tetapi apabila UMNO/BN memerintah semula pada 2004, beliau ditukarkan ke Hulu Terengganu. Akhirnya beliau memilih untuk berpencen awal. Semasa PAS mentadbirkan Negeri Terengganu sebanyak 68000 geran tanah diproses untuk dikeluarkan kepada penduduk Negeri Terengganu, tetapi apabila UMNO/BN mengambil alih Terengganu, UMNO/BN dengan zalimnya menarik balik tanah itu daripada rakyat.
Dari kiri: Haji Hassan, Wak Rabidin, Haji Suhaimi Said, Wan Daud, Pak Jabit dan Cikgu Podir selepas menjamu selera dengan Nasi Dagang special di sebuah kedai warong berdekatan dengan Rumah Wan Daud di Setiu.
Saya bergambar dengan Wan Daud
Berbincang mengenai program akan datang di Felda Chalok dan Felda Plantation Setiu 1 dan Setiu 2 yang akan diadakan pada minggu ketiga November sebelum Kongres PKR di Pulai Spring Johor.
Wow, enak sungguh Nasi Dagang dan ayam kampong goreng
Inilah tempat kami menginap, di Rest House Setiu
Bergambar kenangan di depan Rest House Setiu bersama Haji Hassan
Haji Suhaimi Said menyampai ucapannya di Ceramah Anjuran PAS Cawangan Felda Chalok Barat

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perak

Posted: 28 Oct 2011 06:32 PM PDT

DEMI RAKYAT

30 Oktober 2011 (Ahad)

Program 1) – Parlimen Sungai Siput

8.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Dataran Taman Orkid, Sungai Siput

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Dr Jeyakumar Devaraj

3.      YBhg Dr Mohd Nur Manuty

4.      YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

5.      YB Dr Lee Boon Chye

6.      YB Leong Mee Meng

Program 2) – Parlimen Bagan Serai

9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS – Negeri Perak

Lokasi: Masjid Tinggi, Bagan Serai

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

3.      YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak

4.      YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

Hutang Negara Menurun Zaman Anwar, Melonjak Era Najib

Posted: 28 Oct 2011 06:27 PM PDT

Keadilan Daily

Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.

Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily.

Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.

Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut.

Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.

Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.

"Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.

"Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008," kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.

Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.

"Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka," kata KPRU.

Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.

"Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.

"Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion," kata KPRU.

Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko

Posted: 28 Oct 2011 02:37 AM PDT

Merdeka Review

Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya – kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.

Ketua Audit berpendapat, “Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA.  Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan.”

Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA.

FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991).  Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum.  Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta.

Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA.

Lebihi had untuk tiga tahun berturut-turut

“Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun FELDA pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%,” menurut Laporan Ketua Audit.

Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008.

Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%).

Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga.  Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka.

Tiada pakar pelabur

Analisis Audit mendapati pelaburan saham siar harga FELDA berjumlah RM891.34 pada tahun 2010 meningkat sejumlah RM106.45 juta atau 13.6% berbanding sejumlah RM784.89 juta pada tahun 2009.  Nilai pasaran pelaburan saham siar harga pada tahun 2010 adalah RM4.43 bilion dengan keuntungan tidak nyata berjumlah RM3.54 bilion atau 397.1%.  FELDA telah memperoleh pendapatan dividen pada tahun 2010 berjumlah RM166.14 juta 18.6%, tahun 2009 berjumlah RM101.15 juta atau 12.9% dan RM138.62 juta atau 20% daripada jumlah pelaburan.

FELDA juga telah mengalami kerugian tidak nyata terkumpul yang berjumlah RM50.14 juta melibatkan 12 kaunter saham bagi tempoh 31 Disember 2008 hingga 30 November 2010.  Daripada kerugian tersebut, sebanyak empat kaunter saham iaitu Syarikat PK Resources Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad telah mengalami kerugian berterusan sejak tahun 2008.

Bagaimanapun, lapan daripada 12 kaunter telah membayar dividen kepada FELDA berjumlah RM33.11 juta bagi tahun 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Ketua Audit mengingatkan bahawa pengasingan tugas merupakan mekanisme kawalan dalaman yang penting bagi memastikan wujudnya kawalan dalam proses urus niaga saham.  Semakan Audit mendapati FELDA tidak mempunyai pengasingan tugas yang jelas bagi urus niaga saham selaras dengan amalan yang baik.

Selain itu, FELDA tidak mempunyai pegawai pelaburan atau pegawai penyelidik pelaburan yang mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk membuat analisis prestasi pelaburan FELDA.  “Ini adalah penting bagi memastikan kajian dan pemantauan pelaburan dapat dibuat secara menyeluruh,” menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

EPF Loaned RM55bil Without Gov’t Guarantee Backing

Posted: 28 Oct 2011 02:32 AM PDT

Malaysiakini

The Employees Provident Fund (EPF) has approved loans worth an astounding RM55.10 billion not backed by government guarantees.

However, the Auditor General's Report 2010 found, only one of the debtors, who obtained a RM21.3 billion loan, is qualified to obtain a loan without such a guarantee.

Of the remaining 12 debtors, all of whom are not named in the report, two were exempted from producing a government guarantee as they had high credit ratings.

The loan of the two parties total RM7.3 billion.

The report also reported that in addition, EPF had also given out 15 loans worth a total RM35.69 billion as of the Dec 31, 2010.

The audit found that of the 15 loans made, two were made to non-government entities despite having government guarantees. The loans are worth RM5 billion and RM1.24 billion respectively.

However, EPF responded saying that one of the debtors is an incorporated body of the Finance Ministry, while a government agency has a 66 percent stake in the second debtor company.

The EPF Act 1991 allows it to extend credit to the federal and state governments, as well as to companies incorporated under the Companies Act 1965, or set up with the Finance Ministry's  written permission.

The report said that as of the end of 2010, EPF had given out a total RM95.79 billion, earning RM2.52 billion in interest payments for the year.

RM4 bil loan skipped procedure

The year before, EPF was found to have not followed procedure for the approval of a loan worth RM4 billion for a government housing loan scheme.

The application was not tabled at the investment management committee meeting, before being approved on July 3, 2009.

"EPF said this was because the investment proposal was presented directly to the investment panel as an urgent decision was required," it read.

The audit nevertheless found that EPF was "satisfactory" in its investment and loan activities, and had acted in accordance with Section 26 of the EPF Act.

"However, it should ensure that all department operation manuals for investment and loans are finalised and implemented.

"EPF must also ensure that all loan applications are tabled in the investment management committee meetings before it is passed by the (investment) panel," it advised.

Rule Of Law – Kerajaan Mungkir Janji

Posted: 27 Oct 2011 07:40 PM PDT

Mat Zain bin Ibrahim,

 
20hb.Oktober 2011
 
 
Kepada,
 
YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.

 
 
Assalamualaikum wbt.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,
 
 
 
RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.
 
1.?Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.
 
2.?"Putrajaya stands by refusal to charge AG", "Up to judiciary to act on plagiarist judge". Begitulah tajuk berita yang disiarkan olih Malaysianinsider dan Malaysiakini pada 7 dan 13 October 2011.Kedua-duanya menyatakan telah memetik kenyataan YB Menteri di-Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata demikian.
 
3.?Sesungguhnya,saya percaya itu bukan posisi YAB Dato Seri.Pendirian sebegini tidak  konsisten dengan komen YAB sendiri terhadap peranan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan, semasa saya memberikan taklimat pada 23 Oktober 2008 jam 1030 pagi di-Pejabat Menteri Kewangan Malaysia, di-Putrajaya. Perakuan YAB sangat jauh berbeza dengan tajuk berita mengenai AG seperti diatas.
 
4.?Untuk menyegarkan ingatan YAB Dato Seri,kepada isiu salah laku jenayah melibatkan Gani Patail khasnya, dan Musa Hassan,saya ringkaskan fakta-fakta material kepada perkara dalam persoalan, supaya menyenangkan YAB menilai semula tindakan-tindakan saksama,yang sepatutnya telah lama diambil.
 
 
 
Sejarah pembabitan Gani Patail dalam salahlaku.
 
5.?Dakwaan-dakwaan terbaru pembabitan Gani Patail dalam menyalahgunakan kuasa dan rasuah, berkaitan pemergian beliau menunaikan Haji di-Mekah, besama dengan seorang proksi Tan Sri Tajuddin Ramli,dan kemudiannya dikatakan menerima sogokkan daripada Syarikat Ho Hup, bukanlah sesuatu yang aneh atau memeranjatkan.
 
6.?Pembabitan beliau dalam melindungi perbuatan salahlaku jenayah, salahguna kuasa dan korupsi, melibatkan harta dan tunai sehingga mencecah ratusan juta ringgit, olih beberapa orang kenamaan,tokoh-tokoh korporat terkemuka ,dan pemimpin-pemimpin kanan Kerajaan, telah bermula sejak awal tahun 90'han lagi. Antaranya seperti berikut dibawah.
 
Kes-kes Tan Sri Abdul Rahim Thambi Chik.
 
7.?Dalam tahun 1994 Badan Pencegah Rasuah,berjaya memperolehi keterangan prima facie, terhadap TS Rahim yang dikatakan telah mengumpulkan harta berjumlah lebih kurang RM 40 juta,sejak 1989, menerusi penyalahgunaan kuasa dan rasuah ketika memegang jawatan Ketua Menteri Melaka.
 
8.?BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara, telah merangka 4 pertuduhan jenayah terhadap TS Rahim.Tiga pertuduhan adalah kerana salahguna kuasa dan rasuah dibawah Ordinan 22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970,manakala satu pertuduhan kerana kesalahan membuat Statutory Declaration palsu yang dikatakan berlaku di-Pejabat Perdana Menteri, dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
 
9.?Gani Patail sendiri yang membuat "endorsement" keatas dokumen siasatan dan pertuduhan-pertuduhan, yang telah dirangka itu pada 10.6.1994.
 
10.?Bagaimanapun tidak ada satu pertuduhan pun dikenakan keatas TS Rahim. Malah caramana harta dan wang tunai berjumlah lebih kurang RM 40 juta itu dilupuskan olih Peguam Negara, menjadi tanda tanya sehingga kehari ini.
 
11.?Saya tidak akan membincangkan secara mendalam mengenai pertuduhan rogol seorang gadis bawah umur yang dikenakan keatas TS Rahim dalam tahun 1994 yang kemudiannya ditarik balik olih Peguam Negara.
 
12.?Perkara yang wajar saya tonjolkan disini ialah, Pakar perubatan yang digunakan untuk memeriksa TS Rahim dalam kes rogol ini, ialah Dr.Abdul Rahman Yusof, iaitu Pakar yang sama yang kemudiannya digunakan olih Gani Patail untuk membuat beberapa keterangan palsu dalam insiden mata-lebam tahun 1998, yang akan saya jelaskan dalam perenggan yang akan menyusul.
 
 
Kes-kes Tan Sri Rafidah Aziz.
 
13.?Pihak BPR juga pernah menyiasat mantan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) ini.Mereka berjaya mengumpulkan keterangan prima facie  untuk membuktikan TS Rafidah terlibat dalam beberapa kesalahan salahguna kuasa atas sifat Menteri MITI untuk memperuntukkan saham-saham bumiputera kepada menantu beliau Fazrin Azwar bin Mohd.Noor sekitar 1993 dan 1994.
 
14.?BPR bersama dengan Jabatan Peguam Negara telah merangka sejumlah 5 pertuduhan salahguna kuasa dibawah Seksyen 2(1)Ordinan No:22 (Kuasa-kuasa perlu)Dharurat 1970.
 
15.?Gani Patail sendiri yang telah membuat "endorsement" pada 14.3.1995 keatas laporan siasatan dan deraf pertuduhan yang dicadangkan.Bagaimanapun TS Rafidah tidak pernah dituduh atas apa-apa kesalahan pun.
 
 
Dakwaan salahguna kuasa dan rasuah mengaitkan Tun Daim Zainuddin.
 
16.?Walaupun laporan rasmi mengenai perkara diatas dibuat dalam pertengahan tahun 1999, namun isiu ini telah diketahui umum sejak dibangkitkan menerusi saluran politik sekitar 1995.Dokumen-dokumen bukti yang diteliti, menunjukkan bahawa kesalahan-kesalahan yang didakwa itu, telah berlaku pertengahan tahun 1990 ketika Tun Daim masih menjadi Menteri Kewangan 'pusingan pertama' diantara tahun 1984 hingga 1991.
 
17.?Bukti utama dan menarik perhatian dalam dakwaan ini,ialah surat-surat perakuan daripada 3 orang tokoh korporat terkemuka,yang mengesahkan mereka sebagai pemegang amanah keatas harta dikatakan milik Tun Daim seperti berikut;
 
a)?Tan Sri Abdul Halim Saad dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim,saham Faber Merlin Malaysia Bhd.berjumlah 52,208,500 saham ($1.00 sesaham) dan 130,000,000 saham Syarikat Renong Berhad (50 sen sesaham).
 
b)?Tan Sri Wan Azmi Hamzah dalam surat perakuan bertarikh 30.4.1990 juga mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 150,000,000 (satu ratus lima puluh juta Ringgit).
 
c)?Tan Sri Tajuddin Ramli pula,dalam surat perakuan bertarikh 24.5.1990, mengesahkan memegang untuk dan bagi faedah Tun Daim, wang tunai MR 70,000,000 (tujuh puloh juta Ringgit).  
 
18.?Ketiga-tiga surat perakuan diatas adalah dibuat pada ketika Tun Daim masih memegang jawatan Menteri Kewangan.Beliau melepaskan jawatan Menteri Kewangan 'pusingan pertama' pada 15.3.1991.
 
19.?Tun Daim dilantik semula sebagai Menteri Kewangan mulai Januari 1999 hingga Mei 2001. Laporan rasmi terhadap beliau dibuat pada 30.7.1999 ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Kewangan 'pusingan kedua'.
 
20.?Saya mengesahkan Gani Patail mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyelia siasatan BPR dalam kes ini.Saya sendiri yang berurusan dengan beliau dan memanjangkan segala dokumen berkaitan kes ini kepada pihak BPR dalam bulan Julai dan Ogos 1999.
 
21.?Saya percaya YAB Dato Seri sendiri sedia maklum akan fakta-fakta isiu ini sejak dari mula,memandangkan YAB telahpun berada dalam Kabinet sebagai Menteri penuh sejak 1986 lagi.
 
22.?Berdasarkan desakan semasa olih Rakyat, sekalipun YAB,tidak berupaya mengarahkan siasatan sepenuhnya mengenai dakwaan-dakwaan membabitkan Tun Daim, sekurang-kurangnya YAB bertanggung jawab untuk menjelaskan hubungan mencurigakan antara Gani Patail dan TS Tajuddin Ramli, yang sedang hangat diperkatakan dalam konteks penyiasatan Skandal MAS.
 
23.?Setidak-tidaknya YAB selaku Menteri Kewangan, wajar menjelaskan kepada Rakyat, samaada wang tunai RM 70 juta, yang dipegang olih TS Tajuddin untuk faedah Tun Daim, telah dikembalikan kepada pemilik asal atau belum.
 
a)?Paling penting ialah jika telah dipulangkan, adakah ia melibatkan dana MAS atau tidak. Rakyat mempunyai kepentingan dalam MAS dan berhak untuk tahu jika harta mereka telah diselewengkan..Rakyat turut sedar bahawa TS Tajuddin menerajui MAS dari tahun 1994 hingga 2001.
 
24.?Saya tidak akan terkejut sekiranya Gani Patail mempunyai peranan penting dalam 'proses' penyelesaian diluar Mahkamah, diantara beberapa Syarikat kaitan Kerajaan dengan TS Tajuddin Ramli yang sedang hangat diperbahaskan sekarang ini.
 
Pemalsuan dan penipuan dalam siasatan insiden mata-lebam.
 
25.?Saya telah banyak mendedahkan salahlaku Gani Patail khasnya dan Musa Hassan dalam pemalsuan keterangan dan penipuan dalam kes mata-lebam, dan kes-kes berkaitan dengannya.Saya percaya taklimat lisan dan laporan bertulis saya kepada YAB Dato Seri, adalah lebih dari mencukupi menerangkan isiu ini.Fakta-faktanya tidak perlu diulang lagi.
 
26.?Apa yang ingin saya ulangkan disini ialah, dakwaan pembabitan Gani Patail dalam penipuan dan pemalsuan-pemalsuan keterangan berkaitan DNA, dan beberapa laporan pakar dalam insiden mata-lebam dalam tahun 1998 adalah benar dan betul dan bolih dibuktikan dalam Mahkamah.
 
27.?Perkara yang ingin saya tekankan juga ialah, mengenai Pakar Forensik yang Gani Patail arahkan untuk menyediakan 3 laporan pakar yang palsu dalam peristiwa ini,iaitu Dr.Abdul Rahman Yusof.Beliau adalah Pakar yang sama yang telah digunakan untuk membuat pemeriksaan keatas TS Rahim Thamby Chik dalam kes rogol gadis bawah umur 1994.
 
a)?Sama ada kejadian ini merupakan suatu kebetulan sahaja,ataupun ianya adalah konspirasi jenayah berterusan antara Gani Patail dan pihak-pihak tertentu untuk sesuatu tujuan dan niat bersama mereka, tidak bolih diperkecilkan.Fakta yang tidak bolih ditolak ialah,Gani Patail,Dr.Rahman dan TS Rahim dipercayai telah kenal antara satu sama lain sejak 1994 lagi.
 
b)?Umum maklum TS Rahim menyimpan dendam terhadap Anwar, sejak beliau diminta untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri Melaka pada 1994 dan mendakwa Anwar sebagai puncanya.
 
c)?Gani Patail pula dikatakan menyimpan dendam terhadap Anwar, yang dikatakan telah menyebabkan gambar percutian Peguam Negara,Allahyarham Mohtar Abdullah bersama dengan Tan Sri Vincent Tan dan V.K.Lingam keluar Negara dalam tahun 1995/1996,didedahkan kepada umum.
 
d)?Sementara Dr.Rahman pula berada dalam tekanan ketika itu,kerana sedang dalam siasatan pihak Polis, diatas kesalahan membuat ugutan jenayah terhadap seorang Doktor lain,dan menanti keputusan Peguam Negara sama ada akan dituduh atau sebaliknya.
 
28.?Mungkin dalam dakwaan-dakwaan salahguna kuasa yang lain,Gani Patail bolih melepaskan diri, dengan berselindung disebalik Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan kuasa mutlak Peguam Negara.Namun begitu, dalam perbuatan mereka keterangan-keterangan palsu dalam insiden mata-lebam,beliau tidak ada jalan keluar.
 
29.?Biar apa pun kaedah digunakan,sama ada menerusi perlantikan semula Panel Bebas,RCI ataupun ditubuhkan Tribunal sekalipun,hasil siasatan mereka akan tetap sama. Produk pemalsuan dan penipuan yang beliau lakukan dalam bentuk 3 laporan Pakar berjumlah 65 muka surat, tidak bolih disembunyikan. Perlembagaan tidak memberi perlindungan kepada  Peguam Negara, sekiranya beliau melakukan sesuatu kesalahan jenayah.
 
30.?Saya percaya YAB Dato Seri sedar akan hakikat ini.
 
Perbincangan dengan YAB Dato Seri bulan Oktober 2008.  
 
31.?Sebagai menunaikan permintaan YAB Dato Seri, saya telah hadir memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, di-Pebabat Menteri Kewangan pada 23.10.2008 jam lebih kurang 1030 pagi.Ketika itu YAB masih lagi Timbalan Perdana Menteri.
 
32.?Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi.Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani Patail dan Musa Hassan dalam perkara ini.
 
a)?Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya;"Memang salah untuk memalsukan keterangan.Walaupun bolih jadi tujuan Gani ( merujuk kepada Gani Patail) adalah untuk menolong IGP (merujuk kepada mantan IGP,Tan Sri Rahim Noor),membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan."
 
b)?Komen terhadap Musa Hassan pula,YAB menyatakan antara lainnya, "Saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani.Saya rasa beliau (merujuk kepada Musa Hassan) bolih  melepaskan diri."
 
33.?Selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara perlantikkan "Panel Bebas " dengan PM (merujuk kepada mantan PM,Tun Abdullah Ahmad Badawi) olih kerana YAB mengatakan tidak tahu menahu mengenai perlantikkan Panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut..
 
33(a).?Seterusnya YAB turut memperakukan,dakwaan terhadap Gani akan dibawa bincang dengan penasihat-penasihat YAB untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil keatas beliau ,kerana dikhuatiri bolih menjejaskan kes Saiful ( saya percaya merujuk kepada Saiful Bukhari Azlan,pengadu dalam kes Sodomy II). YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes "Saiful" adalah "bagus".Saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.
 
34.?Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes Sodomy II, serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut.
 
 
Pendirian berat sebelah.
 
35.?Saya sedar saya tidak layak untuk menegur seorang Perdana Menteri dalam apa hal jua pun.Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.
 
36.?Bukan sahaja undang-undang Negara mewajibkan saya untuk bercakap benar,malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar, walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.(Surah An-Nisa 4:135)
 
37.?Saya menyatakan bahawa YAB Dato Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada Rakyat jelata dan Kakitangan Awam, dalam penguatkuasaan Keadilan Awam.Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut Rule of Law dengan berpegang kepada perinsip "No one above the law ".
 
Amalan pendakwaan berpilih.
 
38.?Kerajaan bersedia membawa kemuka pengadilan kakitangan awam semua peringkat,darpada setinggi Ketua Setiausaha Kementerian,Ketua Pengarah-Ketua Pengarah Jabatan, sehinggalah kepada kakitangan peringkat terbawah apabila melakukan sesuatu kesalahan.
 
39.?Kerajaan juga bersedia mengenakan pertuduhan kepada seorang Ketua Polis Negara, sehingga menjatuhkan hukuman penjara keatasnya ,apabila beliau didapati melakukan jenayah,tanpa mengambil kira jasa yang beliau telah sumbangkan.Ramai lagi Pegawai dan anggota Polis berbagai peringkat, yang telah dikenakan hukuman dan beberapa yang lain yang sedang dibicarakan.
 
a)?Malahan seorang Pegawai Kanan dan seorang L/Koporal Polis sedang menanti untuk digantung sampai mati, semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang yang dikatakan sahabat YAB.Rayuan mereka pula sengaja dilengahkan.
 
40.?Apabila seorang pesara Tentera berpangkat Brigadier General, tersilap ketika memberi keterangan di-Mahkamah Kota Kinabalu dua tahun lalu,Kerajaan tanpa lengah,menahan beliau serta merta dan mengenakan pertuduhan jenayah kerana memberi keterangan palsu.
 
41.?Kerajaan juga bersedia mengambil tindakan terhadap semua peringkat Rakyat tanpa mengira umur,jantina dan keturunan walaupun kerana kesalahan-kesalahan yang remeh.
 
42.?Tetapi apabila tiba kepada  giliran untuk mengambil tindakan terhadap Gani Patail sendiri,pendirian YAB menjadi lemah dan lesu seperti tidak bermaya. Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salahguna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.
 
43.?Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata Rakyat untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman undang-undang .
 
Mengapa Kerajaan enggan bertindak.
 
44.?Ramai menyatakan bahawa YAB Dato Seri,enggan bertindak terhadap Gani Patail, kerana bimbang kononnya beliau akan membongkarkan rahsia kes bunuh Altantuya Shaaribuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene.Tidak kurang pula mengatakan bahawa sebarang tindakan terhadap Gani Patail akan memusnahkan sama sekali kredibiliti kes Sodomy II.
 
45.?Saya berpendapat rakyat membuat kesimpulan sebegini adalah berdasarkan fakta setakat yang mereka lihat dan ketahui serta percaya.Mereka berhak keatas pendapat masing-masing.Kita tidak bolih menyalahkan keadaan ini atau mengatakan mereka silap.
 
46.?Dalam hal sama, saya berpendapat, YAB Dato Seri dan Kerajaan, akan sedaya upaya mengelak daripada mengenakan sebarang pertuduhan jenayah terhadap Gani Patail.
 
47.?Perkara yang sangat dibimbangi olih Kerajaan ialah, pembuktian salahguna kuasa, penipuan, pemalsuan dan rasuah terhadap Gani Patail akan secara  otomatik membuktikan juga, bahawa Kerajaan telah melakukan salahguna kuasa,penipuan,pemalsuan dan rasuah sejak 1990 lagi.
 
48.?Tiga surat perakuan pemegang harta ratusan juta ringgit daripada TS Halim Saad,TS Wan Azmi Hamzah dan TS Tajuddin Ramli, yang ditandatangani mereka dalam bulan April dan Mei 1990,yang mengaitkan pemilikkannya dengan Menteri Kewangan yang sedang berhidmat pada ketika itu,bolih dijadikan bukti mustahak penglibatan seluruh Kabinet, sekurang-kurangnya semenjak itu.
 
49.?Rakyat masih tidak lupa bilamana satu surat kecil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johore pada tahun 1953, menyebabkan kita bukan sahaja kehilangan Pulau Batu Putih dan perairan sekitarnya kepada Singapura,malahan lebih penting dari itu, ialah kehilangan 'air muka', maruah dan kedaulatan Negara.
 
Penutup.
 
50.?Sekiranya sekeping surat seringkas surat SUK Johore itu,boleh diterimapakai olih Mahkamah Antarabangsa,saya percaya, tiga keping surat perakuan daripada tiga Tan Sri pada tahun 1990 itu,dan tiga laporan pakar palsu yang diarahkan pembikinannya pada 1998 olih Gani Patail , akan "mengatasi" semua percubaan dan perbuatan pihak terlibat dan Gani Patail sendiri, memutarbelitkan fakta untuk menafikan keujudannya.
 
 
51.?Secara peribadi saya berpendapat, dokumen-dokumen yang dimaksudkan diatas itu sahaja, sudah cukup untuk memusnahkan kredibiliti Kerajaan sejak 1990.Lebih dari itu ianya juga dapat membuktikan bahawa perbuatan salahguna kuasa,rasuah, penipuan dan pemalsuan yang telah berlaku secara berterusan selama ini,bukan atas kepentingan Negara, atau Raja-Raja atau sesuatu Bangsa atau Agama.
 
 
Salam sejahtera.
 
Yang benar,
 
t.t.
(Mat Zain bin Ibrahim).
20.10.2011.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ketirisan amat parah di Kementerian Pertahanan

Posted: 27 Oct 2011 09:18 PM PDT



October 28, 2011 : Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja - kereta perisai, kapal peronda dan helikopter - menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion. Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: "Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?"

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk "merekabentuk, membangun dan mengeluarkan" sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama 'DEFTECH', sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan 'rompakan di siang hari' melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.

0 Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

0 Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.

Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?

Oleh : Kim Quek
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/28/ketirisan-amat-parah-di-kementah/

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Kes saman bapa Altantuya dilengahkan sebab politik- Sivarasa

Posted: 27 Oct 2011 06:49 PM PDT

(Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 27 Okt : Ahli  Biro Politik KEADILAN, R. Sivarasa mempersoalkan kes saman bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu  terhadap kerajaan yang masih belum dibicarakan. Katanya, kes tersebut yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan ia sengaja dilengahkan kerana ada kepentingan politik. "Kes ini sengaja dilengahkan diatas [...]

Kabinet tidak boleh campurtangan Laporan Audit- Aziz Bari

Posted: 27 Oct 2011 06:48 PM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat) KUALA LUMPUR 27 Okt: Tindakan Ketua Audit Negara menyerahkan laporan Audit 2010 kepada kabinet, menyalahi peraturan dan bertentangan dengan perlembagaan, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Ini kerana, katanya, Tan Sri Ambrin Buang sepatutnya hanya perlu mengemukakan laporan berkenaan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat. "AG tidak mengikut [...]

Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu

Posted: 27 Oct 2011 06:47 PM PDT

Harakahdaily Umno sedang cuba menggunakan strategi "3R" iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu. (Gambar: Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Tokoh PAS Pahang, Ustaz Idris Omar diwakili Pak Sheikh Hussin) Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak [...]

Aziz Bari: Audit Negara Salah Libatkan Kabinet

Posted: 27 Oct 2011 06:45 PM PDT

Malaysiakini Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, tindakan melibatkan kabinet dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) merupakan kesalahan dan bertentangan dengan semangat perlembagaan. Katanya, Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat. "Perkara ini salah dan saya percaya [...]

Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan.

Posted: 27 Oct 2011 06:44 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 [...]

s

s


YB.Amirudin Shari Meraikan TG Nik Aziz Yang Solat Jumaat di Masjid Al-Amaniah , Batu Caves

Posted: 28 Oct 2011 07:28 AM PDT








Program Ziarah Warga emas YB.Amirudin Shari

Posted: 27 Oct 2011 09:08 PM PDT













JOM SHOPPING DUN BATU CAVES

Posted: 27 Oct 2011 08:54 PM PDT

Seramai 60 warga emas DUN Batu Caves telah dibawa menyertai program Jom Shopping pada 21 Oktober yang lalu di Giant Batu Caves. YB.Amirudin telah turut meraikan warga emas dalam program tersebut. Setakat ini, 4 siri program Jom Shopping telah dilaksanakan melibatkan seramai hampir 300 warga emas.