The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Lawatan ke Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan
- Penubuhan PACABA di Kg Paya Mendoi
- Lawatan Kerja Biro Masyarakat Feklda & Orang Asal PKR Ke Felda Chalok (Kg Rahmat) dan Felda Chalok Barat di Daerah Setiu
Lawatan ke Felda Jenderak Utara dan Jenderak Selatan Posted: 28 Oct 2011 05:50 PM PDT Surina bersama ayah dan ibunya semalam semasa Pejabat mengadakan sedikit jamuan kecil untuknya. Surina bersama ayahnya. Kalau saya kesempatan masa pada hari ini (29.10.11) saya akan membuat lawatan ke Felda Jenderak Utara untuk menengokkan persediaan perjumpaan pada 2hb November 2011, perjumpaan menubuhkan PACABA dan Sukarelawan bagi JDM Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan. Itu tergantung kepada keadaan, apatah lagi dengan cuaca yang hujan dari awal pagi lagi. Tak taulah. Thailand dan Vietnam sudah banjir besar; banjir di Thailand melumpuh semua aktiviti, ekonomi dan sosial, sehingga Kerajaan Thailand terpaksa memberikan cuti khas selama 3 hari kepada rakyatnya. Semalam didalam perjalanan pulang dari Setiu, hujan tak henti-henti, sudah banyak tempat di Terengganu dinaiki air, belum ke peringkat banjir. Di Temerloh pun Sungai Pahang sudah naik, dan dengan hujan yang tak henti-henti begini, adakah banjir akan berlaku di Pahang? Sejak tahun 1988, belum ada banjir besar melanda Temerloh. Adakah banjir besar akan berlaku tahun ini? Kawasan rumah saya adalah ditempat yang tinggi. Sudah beberapa kali banjir berlaku dimana Sekolah Kebangsaan Paya Pulai dan Taman Sri Kerinau di seberangnya di "ampuh" oleh air, kawasan rumah saya masih tidak terjejas. Kalau kawasan rumah saya dinaiki air, ini bererti, kawasan-kawasan rendah di Temerloh termasuk bandar Temerloh di tepi Sungai Pahang itu pun akan dinaiki air. Kalau itu berlaku banyaklah kawasan-kawasan terputus, jalan menghala ke Triang akan terputus, jalan lama ke Maran akan terputus; kawasan sekitar Lanchang akan dinaiki air, dan hubungan saya dengan Kuala Krau akan terputus. Kampong-kampong Orang Asal di Kuala Krau akan dinaiki air, dan kami terpaksa mencari bantuan makanan untuk disalurkan kepada penduduk-penduduk Orang Asal di Kuala Krau. Didalam suasana banjir beberapa tahun lalu, rumah anak saya telah dijadikan hub dimana Kelab Rotary dari seluruh Negara menghantarkan bekalan makanan, begitu juga PKR menghantarkan bekalan makanan, Persatuan-Persatuan Agama seperti Budha dan Kristian juga menghantarkan makanan melalui Hub di rumah Surina di Taman Bukit Angin. Dari sana kami agihkan makanan itu untuk Lanchang, Bandar Mentakab, kawasan-kawasan yang ditenggelami air di sekitar Kg Tengah, Kg Pangsenam, Kg Buntut Pulau, Kg Padang Kerbau, dan menghantar makanan di penempatan banjir di Sekolah Tamil Mentakab, Kg Baru Cina Mentakab, Sekolah Kebangsaan Seberang Temerloh, dan perkampongan Orang Asal di Paya Pelong, dan Kg Pasu. Kami juga menghantar bekalan hingga ke pekan Mela di Kuala Lipis dan juga kampong-kampong di Maran. Bagaimana pun banyak juga kampong yang tidak dapat kami sampai kerana kami tidak mempunyai kemudahan boat dan sebagainya. Dan justeru itu, kampong-kampong yang menghala ke pekan Triang tidak dapat kami hantar. Hujan pagi ini dari semalam mengingatkan saya kepada keadaan waktu banjir dulu. Kalau saya tidak kesempatan ke Jenderak Utara dan Selatan hari ini, saya akan pergi berjumpa Ahmad Bila Adam, AJK kami yang bertugas sebagai pemandu bas, saya akan temui dia di Temerloh. Masa saya hari ini juga terhad kerana akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menghantar anak saya ke Airport. Beliau akan terbang ke Australia untuk menyambung pelajarannya. Sebagai seorang peguam beliau telah pun mengambil dan lulus sebagai seorang Timbangtara, dan kini beliau berhajat untuk mengambil PhD dibidang undang-undang. Saya sentiasa doakan anak saya itu berjaya. Beliau adalah seorang peguam yang aktif terlibat dengan perbicaraan-perbicaraan di Mahkamah Magistrate, Sesyen, Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Dengan ketiadaan dia, kerja-kerja di firma guaman kami akan terjejas sedikit, tetapi Insya Allah akan dapat diatasi. Saya sendiri sudah tidak menjalankan perbicaraan lebih dari 5 tahun, tetapi dengan ketiadaan Surina, saya terpaksalah juga memberikan tumpuan kepada firma kami setidak-tidaknya sebagai pentadbir di pejabat. |
Penubuhan PACABA di Kg Paya Mendoi Posted: 28 Oct 2011 05:55 AM PDT Sdr Jahidin, Naib ketua PKR Ranting Kg Mendoi berucap mengalu-alukan kehadiran semasa Perjumpaan Penubuhan PACABA di Kg Mendoi. Sdr Azmi Zainun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau berucap Dari kiri ke kanan: Sdr Azmi Zainun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Sdr Bakar Panjang, Ketua PKR Ranting Kg Seboi, Sdr Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau Sdr Kin Kassim, Ketua PKR Ranting Penderas melayan telatah seorang kanak-kanak Sdr Jahidin Setelah kami berjaya menubuhkan PACABA di Kg Pasu, Kuala Krau pada jam 4.00 petang pada 26hb Oktober 2011 dengan melantik 8 orang PACABA yang akan bertugas di Sekolah Kebangsaan Kg Penderas di Pilihanraya Umum nanti serta melantik 20 orang petugas-petugas sukarelawan, kami mengadakan Perjumpaan seumpamanya di Kg Mendoi untuk melantik PACABA dan Petugas sukarelawan untuk tujuan yang sama pada jam 8.00 malam. PACABA di Kg Pasu akan digabungkan dengan PACABA di Kg Penderas untuk tugasan yang sama; manakala PACABA Kg Mendoi akan digabungkan dengan petugas-petugas di Kg Paya Luas untuk bertugas di Sekolah Kebangsaan Paya Luas. Memandangkan bahawa pada malam tersebut kehadhiran penduduk kampong begitu ramai, maka penganjur di Kg Mendoi membuat program mengejut dan mengadakan ceramah kelompok. Setelah selesai ceramah kelompok tersebut maka barulah mesyuarat diadakan dikalangan anggota-anggota PKR Ranting Kg Mendoi untuk perlantikan PACABA dan Sukarelawan. Sdr Daud Busu dilantik sebagai Ketua PACABA dan Sdr Jahidin dilantik sebagai Ketua Sukarelawan. PACABA dan Sukarelawan ini akan menghadiri Kursus Pilihanraya yang dianjurkan oleh PKR Cabang Kuala Krau pada 13hb November 2011 yang akan turut dihadiri oleh semua PACABA dan Sukarelawan dari semua Ranting di Cabang Kuala Krau. |
Posted: 28 Oct 2011 05:12 AM PDT Dari Setiu kami ke Gong Badak ke rumah bapa Mertua Sdr Rebin. Kami dijamukan dengan makanan Terengganu delight, oleh kerana saya dah terlalu kenyang, maka saya "meratah" sahaja. Berisytirihat di rumah Sdr Wan Daud di Setiu. Wan Daud adalah Ketua PKR Cabang Setiu. Wan Daud, Haji Hassan, Pak Jabit dan Wak Rabidin di rumah Wan Daud. Haji Hassan adalah AJK PAS Kawasan Setiu. Beliau menyertai PAS apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dianiaya oleh Mahathir. Semasa itu belum wujud lagi PKN/PKR. Sebelum itu beliau adalah seorang Penghulu Mukim, tetapi oleh kerana kecenderungannya menyokong Pembangkang, beliau telah ditukarkan ke Kamaman dengan tidak diberikan sebarang tugas, dan semasa PAS memerintah Terengganu beliau dapat kembali bertugas di Setiu tetapi apabila UMNO/BN memerintah semula pada 2004, beliau ditukarkan ke Hulu Terengganu. Akhirnya beliau memilih untuk berpencen awal. Semasa PAS mentadbirkan Negeri Terengganu sebanyak 68000 geran tanah diproses untuk dikeluarkan kepada penduduk Negeri Terengganu, tetapi apabila UMNO/BN mengambil alih Terengganu, UMNO/BN dengan zalimnya menarik balik tanah itu daripada rakyat. Dari kiri: Haji Hassan, Wak Rabidin, Haji Suhaimi Said, Wan Daud, Pak Jabit dan Cikgu Podir selepas menjamu selera dengan Nasi Dagang special di sebuah kedai warong berdekatan dengan Rumah Wan Daud di Setiu. Saya bergambar dengan Wan Daud Berbincang mengenai program akan datang di Felda Chalok dan Felda Plantation Setiu 1 dan Setiu 2 yang akan diadakan pada minggu ketiga November sebelum Kongres PKR di Pulai Spring Johor. Wow, enak sungguh Nasi Dagang dan ayam kampong goreng Inilah tempat kami menginap, di Rest House Setiu Bergambar kenangan di depan Rest House Setiu bersama Haji Hassan Haji Suhaimi Said menyampai ucapannya di Ceramah Anjuran PAS Cawangan Felda Chalok Barat |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan