Anwar Ibrahim |
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perak
- Hutang Negara Menurun Zaman Anwar, Melonjak Era Najib
- Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko
- EPF Loaned RM55bil Without Gov’t Guarantee Backing
- Rule Of Law – Kerajaan Mungkir Janji
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perak Posted: 28 Oct 2011 06:32 PM PDT DEMI RAKYAT 30 Oktober 2011 (Ahad) Program 1) – Parlimen Sungai Siput 8.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi: Dataran Taman Orkid, Sungai Siput Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Dr Jeyakumar Devaraj 3. YBhg Dr Mohd Nur Manuty 4. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin 5. YB Dr Lee Boon Chye 6. YB Leong Mee Meng Program 2) – Parlimen Bagan Serai 9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS – Negeri Perak Lokasi: Masjid Tinggi, Bagan Serai Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang 3. YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak 4. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin |
Hutang Negara Menurun Zaman Anwar, Melonjak Era Najib Posted: 28 Oct 2011 06:27 PM PDT Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu. Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily. Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir. Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut. Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan. Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998. "Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996 selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun. "Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008," kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong. Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun. Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun. "Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka," kata KPRU. Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU. "Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011. "Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion," kata KPRU. |
Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko Posted: 28 Oct 2011 02:37 AM PDT Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya – kepada sebuah agensi pelaburan kewangan. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun. Ketua Audit berpendapat, “Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan.” Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA. FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991). Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum. Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta. Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA. Lebihi had untuk tiga tahun berturut-turut “Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun FELDA pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%,” menurut Laporan Ketua Audit. Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008. Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%). Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga. Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka. Tiada pakar pelabur Analisis Audit mendapati pelaburan saham siar harga FELDA berjumlah RM891.34 pada tahun 2010 meningkat sejumlah RM106.45 juta atau 13.6% berbanding sejumlah RM784.89 juta pada tahun 2009. Nilai pasaran pelaburan saham siar harga pada tahun 2010 adalah RM4.43 bilion dengan keuntungan tidak nyata berjumlah RM3.54 bilion atau 397.1%. FELDA telah memperoleh pendapatan dividen pada tahun 2010 berjumlah RM166.14 juta 18.6%, tahun 2009 berjumlah RM101.15 juta atau 12.9% dan RM138.62 juta atau 20% daripada jumlah pelaburan. FELDA juga telah mengalami kerugian tidak nyata terkumpul yang berjumlah RM50.14 juta melibatkan 12 kaunter saham bagi tempoh 31 Disember 2008 hingga 30 November 2010. Daripada kerugian tersebut, sebanyak empat kaunter saham iaitu Syarikat PK Resources Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad telah mengalami kerugian berterusan sejak tahun 2008. Bagaimanapun, lapan daripada 12 kaunter telah membayar dividen kepada FELDA berjumlah RM33.11 juta bagi tahun 2008 hingga 2010. Sementara itu, Ketua Audit mengingatkan bahawa pengasingan tugas merupakan mekanisme kawalan dalaman yang penting bagi memastikan wujudnya kawalan dalam proses urus niaga saham. Semakan Audit mendapati FELDA tidak mempunyai pengasingan tugas yang jelas bagi urus niaga saham selaras dengan amalan yang baik. Selain itu, FELDA tidak mempunyai pegawai pelaburan atau pegawai penyelidik pelaburan yang mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk membuat analisis prestasi pelaburan FELDA. “Ini adalah penting bagi memastikan kajian dan pemantauan pelaburan dapat dibuat secara menyeluruh,” menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010. |
EPF Loaned RM55bil Without Gov’t Guarantee Backing Posted: 28 Oct 2011 02:32 AM PDT The Employees Provident Fund (EPF) has approved loans worth an astounding RM55.10 billion not backed by government guarantees. However, the Auditor General's Report 2010 found, only one of the debtors, who obtained a RM21.3 billion loan, is qualified to obtain a loan without such a guarantee. Of the remaining 12 debtors, all of whom are not named in the report, two were exempted from producing a government guarantee as they had high credit ratings. The loan of the two parties total RM7.3 billion. The report also reported that in addition, EPF had also given out 15 loans worth a total RM35.69 billion as of the Dec 31, 2010. The audit found that of the 15 loans made, two were made to non-government entities despite having government guarantees. The loans are worth RM5 billion and RM1.24 billion respectively. However, EPF responded saying that one of the debtors is an incorporated body of the Finance Ministry, while a government agency has a 66 percent stake in the second debtor company. The EPF Act 1991 allows it to extend credit to the federal and state governments, as well as to companies incorporated under the Companies Act 1965, or set up with the Finance Ministry's written permission. The report said that as of the end of 2010, EPF had given out a total RM95.79 billion, earning RM2.52 billion in interest payments for the year. RM4 bil loan skipped procedure The year before, EPF was found to have not followed procedure for the approval of a loan worth RM4 billion for a government housing loan scheme. The application was not tabled at the investment management committee meeting, before being approved on July 3, 2009. "EPF said this was because the investment proposal was presented directly to the investment panel as an urgent decision was required," it read. The audit nevertheless found that EPF was "satisfactory" in its investment and loan activities, and had acted in accordance with Section 26 of the EPF Act. "However, it should ensure that all department operation manuals for investment and loans are finalised and implemented. "EPF must also ensure that all loan applications are tabled in the investment management committee meetings before it is passed by the (investment) panel," it advised. |
Rule Of Law – Kerajaan Mungkir Janji Posted: 27 Oct 2011 07:40 PM PDT Mat Zain bin Ibrahim, |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan