Ahad, 2 Oktober 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Usul-usul yang diluluskan di MATC Kuala Krau

Posted: 02 Oct 2011 11:09 PM PDT

MATC PKR Kuala Krau pada 2hb Oktober 2011 telah meluluskan 2 Usul untuk dibawa kepada Kongres PKR Pusat seperti berikut:


(a) Parti Keadilan Rakyat yang bersidang pada hari ini 2hb Oktober 2011 dengan ini mencadangkan supaya:


(i) Mengenai Felda


Mendesak Felda supaya menghapuskan hutang peneroka Felda dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajayahutang Peneroka Felda hendakjlah dihapuskan;


(ii) Mendesak Felda supaya menaikkan peratusan perahan KPG dinaikkan sesuai dengan peratusan yang ditetapkan oleh Makmal dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya peratusan perahan KPG hendaklah dinaikkan sesuai dengan peratusan yang ditetapkan oleh Makmal.


(iii) Mendesak Felda supaya memansuhkan Felda Plantation seperti tuntutan No. 8 dalam Buku Jingga dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya memansuhkan Felda Plantation dan tanah-tanah Ladang itu diagih-agihkan kepada anak-anak Peneroka Felda dari Generasi ke-2 dan ke-3;


(iv) Mendesak Felda supaya membuka tanah-tanah baru di seluruh Negara untuk menempatkan peneroka-peneroka baru terdiri daripada golongan muda semua kaumuntuk menjadi peneroka Felda baru dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya supaya membuka tanah-tanah baru terdiri daripada anak-anak muda berbilang kaum;


(v) Mendesak Felda dan Keajaan menggugurkan Tan Sri Isa Samad dari menjadi Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat mengambil alihPutrajaya menggugurkan Tan Sri Isa Samad dari menjadi Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda.


(b) Mengenai Orang Asal


Mendesak Parti Keadilan Rakyat memasukkan didalam Manifesto Pilihanraya supaya:


(i) Tanah Orang Asal diberikan pengiktirafan supaya tanah komunal mereka diwartakan dan tanah yang diwartakan ini tidak boleh ditarik balik dan pencerobohan terhadapnya dijadikan kesalahan jenayah yang berat;


(ii) Taraf kehidupan Orang Asal hendaklah dinaikkan didalam bidang pendapatan, kesihatan, perumahan dan kemudahan-kemudahan asas;


(iii) Institusi-institusi bersabit Orang Asal seperti seperti Jakua dan Hospital hendaklah diisipenuhkan dengan kepegawaian dan kakitangan terdiri daripada Orang Asal sendiri;


(iv) Semua saman melibatkan tanah sekitar Orang Asal hendaklah ditarik balik.


Suasana MATC Cabang Kuala Krau

Posted: 02 Oct 2011 09:00 PM PDT

Sdr Haji Abas Awang selaku Pemantau PKR Pahang, Sdr Rebin Birham merasmikan MATC.




Ranting PKR Kg Paya Bungor berjaya dirasmikan

Posted: 02 Oct 2011 08:11 PM PDT

Pak Jabit amat disukai oleh kanak-kanak Kg Pata Bungor, mereka nampak saja Pak Jabit, ramai jerit "Pak Jabit"
Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran memberikan ucapan
Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin dan Rebin Birham
Fatimah Bahsin mengaturkan penubuhan Ranting PKR Kg Paya Bungor, kampong ini adalah kampong ibu dan ayahnya, tetapi Fatimah sendiri tidak aktif di kampong ini kerana beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Wanita PKR Cabang Pekan.
Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat (berdiri, kanan sekali), Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat (duduk, 2 dari kiri) bergambar dengan AJK PKR Ranting Paya Bungor dalam kawasan Parlimen Paya Besar.
AJK PKR Ranting Kg Paya Bungor, Paya Besar, Pahang
Sdr Rebin Birham memberikan ucapannya.
Kehadiran kaum wanita cukup ramai
Kehadiran

Seramai 56 orang penduduk dewasa Kg Paya Bungor secara beramai-ramai meninggalkan UMNO dan serentak menubuhkan Ranting PKR Kg Paya Bungor pada 16hb September 2011 yang lalu.

Turut hadir ke perjumpaan penubuhan Ranting itu adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Sdr Bostamin Bakar, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang merangkap Ketua PKR Cabang Maran, Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin merangkap AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr Man Kadir @ Pak Jabit, Setiausaha Kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan Fatimah Bahsin Naib Ketua Wanita PKR Cabang Pekan. Saya turut hadir untuk merasmikan penubuhan Ranting tersebut.

Ahli Jawatankuasa PKR Ranting Kg Paya Bungor, Paya Besar, Pahang


Ketua: Mesara bin Long Chik
Naib Ketua: Suzana bin Latif
Setiausaha: Pn Pah a/p Kurus
Bendahari: Pn Sainon bt Li
Ketua Penerangan: Bakri bin Li
Ketua Wanita: Pn Nita a/p Mesara
Ketua AMK: Mohd Majed a/l Salim
8 orang Jawatankuasa:
Yebet a/p Saman
Bohai binti Chik
Roslan a/l Bahsin
Razali a/l Tirok
Rosli a/l Seman
Lohad a/l Saman
Yang Chik a/p Kiang
Timah a/p Senundok

Kepada Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang dan JK PKR Cabang Paya Besar, pupuklah ranting yang baru ini dan sentiasa membuat lawatan ke Kg Paya Bungor ini, agar Ranting ini menjadi kuat dan kukuh.

Lega setelah selesai MATC semalam

Posted: 02 Oct 2011 04:44 PM PDT

Saya cukup lega setelah PKR Cabang Kuala Krau mengadakan MATC semalam. MATC itu meluluskan usul-usul mengenai Felda dan Orang Asal, dan juga usul pemilihan semula AMK.

Saya juga lega kerana secara terbuka dan didalam Mesyuarat Agung Tahunan dapat saya menyatakan hasrat saya untuk tidak lagi bertanding didalam Pilihanraya akan datang.

Ini tidak bermakna saya menolak tanggungjawab saya selaku Ketua Cabang. Insya Allah, saya akan memberikan sepenuh komitmen saya bagi membantu calon yang akan diletakkan di DUN Jenderak.

Dan saya juga membayangkan bahawa setelah PRU nanti saya akan melepaskan jawatan saya selaku Ketua Cabang Kuala Krau, dan justeru kerana itu, saya melahirkan harapan saya supaya golongan pelapis didalam Cabang Kuala Krau dapat menunjukkan prestasi kepimpinan yang baik agar dapat mengambil alih pimpinan PKR Kuala Krau.

Saya sedar bahawa hasrat saya itu tidak disokong oleh ahli-ahli yang hadir kerana tepukan yang mereka berikan kepada ucapan perasmian Sdr Rebin Birham yang menolak hasrat saya itu.

Sebenarnya banyak faktor yang mendorong saya tidak menjadi calon dan mendorong saya untuk melepaskan jawatan selaku Ketua Cabang. Saya telah nyatakan faktor-faktor itu didalam blog ini dan saya kekal berpegang kepada apa yang saya tuliskan itu. Moga-moga pimpinan dan keahlian PKR Kuala Krau boleh menerima dengan baik.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Akta Kerja: MTUC Tetap Piket di Parlimen Isnin Ini

Posted: 01 Oct 2011 09:46 PM PDT

The Malaysian Insider

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap dengan pendirian mahu mengadakan piket di Parlimen Isnin ini berhubung kontroversi pindaan undang-undang buruh.

Keputusan itu dibuat hari ini selepas badan induk kesatuan sekerja tersebut dan Kementerian Sumber Manusia gagal dalam mencari titik pertemuan berhubung rasa tidak puas hati mengenai pindaan ke atas Akta Kerja 1955.

Keputusan muktamad dicapai susulan forum empat jam hari ini. Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata pihaknya akan menghimpunkan 1,000 ahlinya untuk mengadakan protes mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010, yang akan dibawa untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen yang akan bermula Isnin ini.

"Mereka mahu membentangkan rang undang-undang ini meskipun tidak dibincangkan di NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan)," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pascaforum tengah hari ini.

"Mereka tidak pernah membentangkan pindana ini di NLAC. Sekarang mereka cuba nak bentang di Parlimen. Ini tidak adil. Kami tidak tahu apa-apa, apa yang berlaku," katanya.

Khalid berkata tujuh pegawai kanan MTUC akan tetap menghadiri mesyuarat NLAC pada pukul 10 pagi Isnin ini, yang diaturkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Mesyuarat NLAC itu, majlis yang dihidupkan semula dua minggu lalu, diaturkan selepas MTUC mengambil keputusan mahu berpiket Ahad lalu.

Katanya, selepas mesyuarat itu pihaknya akan menyertai piket di luar Parlimen, yang dijangka bermula 11 pagi.

Khalid menambah, MTUC bersedia untuk berhadapan dengan kesan daripada tindakan mereka termasuk kemungkinan halangan daripada pasukan polis.

"Kami dari MTUC, mewakili pekerja, demi hak pekerja… biarkan mereka adakan piket. Kami akan tetap hadir di sana (Parlimen)," katanya lagi.

Selasa lalu, Kementerian Sumber Manusia berkata MTUC yang bercadang mengadakan tindakan berpiket tidak wajar membangkitkan bantahan mereka di "saat pembentangan di Parlimen."

"Kementerian ingin menegaskan bahawa sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan, semua cadangan pindaan ini telah melalui proses konsultasi bersama wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.

"Sebanyak 18 kali sejak awal tahun 2010 lagi. Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja. Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan," kata Kementerian Sumber Manusia.

Sehubungan itu, kata kementerian, adalah diharapkan cadangan pindaan ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi memelihara kebajikan pekerja dan menjamin keharmonian perhubungan perusahaan.

Kenyataan itu dikeluarkan mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, mereka akan berpiket pada hari pertama sidang Parlimen bulan depan jika Putrajaya meneruskan perbahasan rang undang-undang buruh tanpa perbincangan di majlis melibatkan tiga pihak.

Bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja telah ditangguhkan dua kali sebelum ini. Antara lain Rang Undang-undang Kerja didakwa merugikan kaum pekerja kerana jika diluluskan akan membolehkan sistem kontraktor pekerja, yang pernah digunakan sebelum negara merdeka, diamalkan kembali.

MTUC mendakwa ia akan merugikan pekerja dari segi kebajikan mereka dan menjejaskan masa depan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini.

Halim berkata dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam sebelum ini MTUC telah diberi jaminan bahawa rang undang-undang buruh termasuk Rang Undang-undang Kerja tidak akan dibawa ke Parlimen tanpa perbincangan selanjutnya dalam NLAC, yang hanya diaktifkan minggu lalu.

NLAC merupakan majlis dianggotai kerajaan, majikan dan pekerja. Selain peruntukan berkenaan sistem kontraktor sosial, MTUC mahu kerajaan memasukkan cuti bersalin 90 hari dan menaikkan had kerja lebih masa sehingga 130 jam sebulan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Halang Qazaf, Bertentangan Prinsip Islam- Bekas Mufti

Posted: 01 Oct 2011 09:30 PM PDT

Keadilan Daily

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan melaksanakan prinsip Islam bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.

Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiaya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil.

"Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri.

"Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah (dalam Islam)," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada 25 September lalu yang menyatakan kerajaan mengambil kira prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu matlamat untuk mempertahan Agama, nyawa, maruah, akhlak dan harta benda.

Najib menjelaskan demikian ketika menegaskan kerajaan menolak hukum hudud semasa merasmikan karnival 1Malaysia di Batu Tualang, Batu Gajah Perak.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, prinsip Maqasid syariah tidak seharusnya menjadi sekadar ungkapan, tetapi harus dibuktikan melalui pelaksanaan.

"Dalam konteks Malaysia, Najib sepatutnya mengamalkan Islam dalam seluruh kepimpinannya," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Skandal Scorpene: Lodin Wok Dan Rakan Korporat Najib Mungkin Dipetik

Posted: 01 Oct 2011 09:23 PM PDT

Malaysia chronicle

Beribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.

Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia. Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan. Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.

Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-belisenjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta.

Razak Baginda dan Perimekar

Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Baginda. Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib. Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.

Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan 'komisen – imbuhan' tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.

"Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Star pada Julai 2010.

Situasi ini berlaku di Malaysia dimana para menteri bersumpah taat setia kepada 'ketua penyamun', parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.

Masalah besar

Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil. Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk. Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?

RM570 million bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul. Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.

"Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah," ujar Timbalan PResiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung."

Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes

Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.

Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.

Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada  tahun 2010 yang lalu.

Apakah 'peralihan korporat' terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan oenyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin? Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai ‘wang pelincir’? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?

Soalan penting yang penting untuk dijawab. Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.

BHIC ambil-alih Perimekar?

Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad. Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.

Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.

Semua 'kebetulan-kebetulan' tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak. Walaubagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara dari lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara. Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)

Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.

Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.

"Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Melihat akan kenaikkan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukkan pembelian senjata direndahkan. Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukkan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009. Walaubagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukkan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta akibat 'anggaran paras rendah' untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.

Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


KAGAT dan makin ramai tentera kita menagih dadah

Posted: 02 Oct 2011 03:07 AM PDT

Laporan 14 Sep 2011 mengatakan tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera ditahan dalam operasi menangkap penagih dadah oleh polis. Kemudian pada 2 Okt 2011 pula 3 tentera dengan 2 daripada lengkap berpakaian seragam telah ditahan di tempat yang sama juga dalam operasi membanteras penagihan dadah. Ayoyo, apa sudah jadi, tentera elit, iaitu komando ditangkap menagih dadah. Memalukan warga dan Panglima ATM apabila ditangkap berpakaian seragam tentera.

Apa cerita KAGAT atau Kor Agama Angkatan Tentera, Jamil Khir tak cukup tarbiyyah untuk anggota tentera, terutamanya komando ke dulu?

Tolong baca artikel LIMA Anggota ATM menjadi Perompak di http://amkns.blogspot.com/2011/08/lima-tentera-malaysia-jadi-perompak.html

35 PENAGIH TERMASUK 3 TENTERA DIREMAN 14 HARI
KOSMO 2 Okt 2011



MELAKA - Seramai 35 penagih yang ditahan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang kelmarin direman selama dua minggu mulai semalam atas kesalahan mengambil dadah.

Pasangan kekasih berusia 37 dan 18 tahun yang disyaki pengedar pula ditahan reman selama tujuh hari manakala remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama empat hari kerana memiliki dadah.

Tiga anggota tentera berusia di antara 26 hingga 30 tahun turut antara yang direman.

Turut direman ialah beberapa penagih yang telah ditahan di ladang kelapa sawit itu kira-kira dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, perintah tahanan reman itu dilakukan mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) manakala tiga yang ditahan memiliki dadah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai penahanan 40 orang berusia di antara 16 hingga 53 termasuk tiga anggota tentera di mana dua daripadanya lengkap berpakaian seragam dalam serbuan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang di sini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

TIGA KOMANDO ANTARA 46 DITAHAN
Kosmo 14 Sept 2011





MELAKA - Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak kesampaian apabila mereka ditahan semalam.

Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.

Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.

Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.

Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.

Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm