Ahad, 2 Oktober 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Akta Kerja: MTUC Tetap Piket di Parlimen Isnin Ini

Posted: 01 Oct 2011 09:46 PM PDT

The Malaysian Insider

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap dengan pendirian mahu mengadakan piket di Parlimen Isnin ini berhubung kontroversi pindaan undang-undang buruh.

Keputusan itu dibuat hari ini selepas badan induk kesatuan sekerja tersebut dan Kementerian Sumber Manusia gagal dalam mencari titik pertemuan berhubung rasa tidak puas hati mengenai pindaan ke atas Akta Kerja 1955.

Keputusan muktamad dicapai susulan forum empat jam hari ini. Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata pihaknya akan menghimpunkan 1,000 ahlinya untuk mengadakan protes mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010, yang akan dibawa untuk bacaan kali kedua pada sesi Parlimen yang akan bermula Isnin ini.

"Mereka mahu membentangkan rang undang-undang ini meskipun tidak dibincangkan di NLAC (Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan)," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pascaforum tengah hari ini.

"Mereka tidak pernah membentangkan pindana ini di NLAC. Sekarang mereka cuba nak bentang di Parlimen. Ini tidak adil. Kami tidak tahu apa-apa, apa yang berlaku," katanya.

Khalid berkata tujuh pegawai kanan MTUC akan tetap menghadiri mesyuarat NLAC pada pukul 10 pagi Isnin ini, yang diaturkan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Mesyuarat NLAC itu, majlis yang dihidupkan semula dua minggu lalu, diaturkan selepas MTUC mengambil keputusan mahu berpiket Ahad lalu.

Katanya, selepas mesyuarat itu pihaknya akan menyertai piket di luar Parlimen, yang dijangka bermula 11 pagi.

Khalid menambah, MTUC bersedia untuk berhadapan dengan kesan daripada tindakan mereka termasuk kemungkinan halangan daripada pasukan polis.

"Kami dari MTUC, mewakili pekerja, demi hak pekerja… biarkan mereka adakan piket. Kami akan tetap hadir di sana (Parlimen)," katanya lagi.

Selasa lalu, Kementerian Sumber Manusia berkata MTUC yang bercadang mengadakan tindakan berpiket tidak wajar membangkitkan bantahan mereka di "saat pembentangan di Parlimen."

"Kementerian ingin menegaskan bahawa sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan, semua cadangan pindaan ini telah melalui proses konsultasi bersama wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.

"Sebanyak 18 kali sejak awal tahun 2010 lagi. Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja. Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan," kata Kementerian Sumber Manusia.

Sehubungan itu, kata kementerian, adalah diharapkan cadangan pindaan ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi memelihara kebajikan pekerja dan menjamin keharmonian perhubungan perusahaan.

Kenyataan itu dikeluarkan mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini memetik Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata, mereka akan berpiket pada hari pertama sidang Parlimen bulan depan jika Putrajaya meneruskan perbahasan rang undang-undang buruh tanpa perbincangan di majlis melibatkan tiga pihak.

Bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja telah ditangguhkan dua kali sebelum ini. Antara lain Rang Undang-undang Kerja didakwa merugikan kaum pekerja kerana jika diluluskan akan membolehkan sistem kontraktor pekerja, yang pernah digunakan sebelum negara merdeka, diamalkan kembali.

MTUC mendakwa ia akan merugikan pekerja dari segi kebajikan mereka dan menjejaskan masa depan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini.

Halim berkata dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam sebelum ini MTUC telah diberi jaminan bahawa rang undang-undang buruh termasuk Rang Undang-undang Kerja tidak akan dibawa ke Parlimen tanpa perbincangan selanjutnya dalam NLAC, yang hanya diaktifkan minggu lalu.

NLAC merupakan majlis dianggotai kerajaan, majikan dan pekerja. Selain peruntukan berkenaan sistem kontraktor sosial, MTUC mahu kerajaan memasukkan cuti bersalin 90 hari dan menaikkan had kerja lebih masa sehingga 130 jam sebulan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Halang Qazaf, Bertentangan Prinsip Islam- Bekas Mufti

Posted: 01 Oct 2011 09:30 PM PDT

Keadilan Daily

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan melaksanakan prinsip Islam bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.

Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiaya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil.

"Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri.

"Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah (dalam Islam)," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada 25 September lalu yang menyatakan kerajaan mengambil kira prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu matlamat untuk mempertahan Agama, nyawa, maruah, akhlak dan harta benda.

Najib menjelaskan demikian ketika menegaskan kerajaan menolak hukum hudud semasa merasmikan karnival 1Malaysia di Batu Tualang, Batu Gajah Perak.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, prinsip Maqasid syariah tidak seharusnya menjadi sekadar ungkapan, tetapi harus dibuktikan melalui pelaksanaan.

"Dalam konteks Malaysia, Najib sepatutnya mengamalkan Islam dalam seluruh kepimpinannya," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Skandal Scorpene: Lodin Wok Dan Rakan Korporat Najib Mungkin Dipetik

Posted: 01 Oct 2011 09:23 PM PDT

Malaysia chronicle

Beribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.

Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia. Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan. Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.

Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-belisenjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta.

Razak Baginda dan Perimekar

Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Baginda. Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib. Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.

Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan 'komisen – imbuhan' tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.

"Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Star pada Julai 2010.

Situasi ini berlaku di Malaysia dimana para menteri bersumpah taat setia kepada 'ketua penyamun', parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.

Masalah besar

Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil. Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk. Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?

RM570 million bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul. Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.

"Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah," ujar Timbalan PResiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung."

Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes

Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.

Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.

Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada  tahun 2010 yang lalu.

Apakah 'peralihan korporat' terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan oenyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin? Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai ‘wang pelincir’? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?

Soalan penting yang penting untuk dijawab. Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.

BHIC ambil-alih Perimekar?

Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad. Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.

Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.

Semua 'kebetulan-kebetulan' tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak. Walaubagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara dari lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara. Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)

Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.

Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.

"Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Melihat akan kenaikkan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukkan pembelian senjata direndahkan. Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukkan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009. Walaubagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukkan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta akibat 'anggaran paras rendah' untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.

Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tiada ulasan: