The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Usul-usul yang diluluskan di MATC Kuala Krau
- Suasana MATC Cabang Kuala Krau
- Ranting PKR Kg Paya Bungor berjaya dirasmikan
- Lega setelah selesai MATC semalam
Usul-usul yang diluluskan di MATC Kuala Krau Posted: 02 Oct 2011 11:09 PM PDT MATC PKR Kuala Krau pada 2hb Oktober 2011 telah meluluskan 2 Usul untuk dibawa kepada Kongres PKR Pusat seperti berikut: (a) Parti Keadilan Rakyat yang bersidang pada hari ini 2hb Oktober 2011 dengan ini mencadangkan supaya: (i) Mengenai Felda Mendesak Felda supaya menghapuskan hutang peneroka Felda dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajayahutang Peneroka Felda hendakjlah dihapuskan; (ii) Mendesak Felda supaya menaikkan peratusan perahan KPG dinaikkan sesuai dengan peratusan yang ditetapkan oleh Makmal dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya peratusan perahan KPG hendaklah dinaikkan sesuai dengan peratusan yang ditetapkan oleh Makmal. (iii) Mendesak Felda supaya memansuhkan Felda Plantation seperti tuntutan No. 8 dalam Buku Jingga dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya memansuhkan Felda Plantation dan tanah-tanah Ladang itu diagih-agihkan kepada anak-anak Peneroka Felda dari Generasi ke-2 dan ke-3; (iv) Mendesak Felda supaya membuka tanah-tanah baru di seluruh Negara untuk menempatkan peneroka-peneroka baru terdiri daripada golongan muda semua kaumuntuk menjadi peneroka Felda baru dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya supaya membuka tanah-tanah baru terdiri daripada anak-anak muda berbilang kaum; (v) Mendesak Felda dan Keajaan menggugurkan Tan Sri Isa Samad dari menjadi Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda dan alternatifnya apabila Pakatan Rakyat mengambil alihPutrajaya menggugurkan Tan Sri Isa Samad dari menjadi Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Permodalan Felda. (b) Mengenai Orang Asal Mendesak Parti Keadilan Rakyat memasukkan didalam Manifesto Pilihanraya supaya: (i) Tanah Orang Asal diberikan pengiktirafan supaya tanah komunal mereka diwartakan dan tanah yang diwartakan ini tidak boleh ditarik balik dan pencerobohan terhadapnya dijadikan kesalahan jenayah yang berat; (ii) Taraf kehidupan Orang Asal hendaklah dinaikkan didalam bidang pendapatan, kesihatan, perumahan dan kemudahan-kemudahan asas; (iii) Institusi-institusi bersabit Orang Asal seperti seperti Jakua dan Hospital hendaklah diisipenuhkan dengan kepegawaian dan kakitangan terdiri daripada Orang Asal sendiri; (iv) Semua saman melibatkan tanah sekitar Orang Asal hendaklah ditarik balik. |
Suasana MATC Cabang Kuala Krau Posted: 02 Oct 2011 09:00 PM PDT |
Ranting PKR Kg Paya Bungor berjaya dirasmikan Posted: 02 Oct 2011 08:11 PM PDT Pak Jabit amat disukai oleh kanak-kanak Kg Pata Bungor, mereka nampak saja Pak Jabit, ramai jerit "Pak Jabit" Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran memberikan ucapan Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin dan Rebin Birham Fatimah Bahsin mengaturkan penubuhan Ranting PKR Kg Paya Bungor, kampong ini adalah kampong ibu dan ayahnya, tetapi Fatimah sendiri tidak aktif di kampong ini kerana beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Wanita PKR Cabang Pekan. Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat (berdiri, kanan sekali), Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat (duduk, 2 dari kiri) bergambar dengan AJK PKR Ranting Paya Bungor dalam kawasan Parlimen Paya Besar. AJK PKR Ranting Kg Paya Bungor, Paya Besar, Pahang Sdr Rebin Birham memberikan ucapannya. Kehadiran kaum wanita cukup ramai Kehadiran Seramai 56 orang penduduk dewasa Kg Paya Bungor secara beramai-ramai meninggalkan UMNO dan serentak menubuhkan Ranting PKR Kg Paya Bungor pada 16hb September 2011 yang lalu. Turut hadir ke perjumpaan penubuhan Ranting itu adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Sdr Bostamin Bakar, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang merangkap Ketua PKR Cabang Maran, Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin merangkap AJK Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, Sdr Man Kadir @ Pak Jabit, Setiausaha Kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan Fatimah Bahsin Naib Ketua Wanita PKR Cabang Pekan. Saya turut hadir untuk merasmikan penubuhan Ranting tersebut. Ahli Jawatankuasa PKR Ranting Kg Paya Bungor, Paya Besar, Pahang Ketua: Mesara bin Long Chik Naib Ketua: Suzana bin Latif Setiausaha: Pn Pah a/p Kurus Bendahari: Pn Sainon bt Li Ketua Penerangan: Bakri bin Li Ketua Wanita: Pn Nita a/p Mesara Ketua AMK: Mohd Majed a/l Salim 8 orang Jawatankuasa: Yebet a/p Saman Bohai binti Chik Roslan a/l Bahsin Razali a/l Tirok Rosli a/l Seman Lohad a/l Saman Yang Chik a/p Kiang Timah a/p Senundok Kepada Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang dan JK PKR Cabang Paya Besar, pupuklah ranting yang baru ini dan sentiasa membuat lawatan ke Kg Paya Bungor ini, agar Ranting ini menjadi kuat dan kukuh. |
Lega setelah selesai MATC semalam Posted: 02 Oct 2011 04:44 PM PDT Saya cukup lega setelah PKR Cabang Kuala Krau mengadakan MATC semalam. MATC itu meluluskan usul-usul mengenai Felda dan Orang Asal, dan juga usul pemilihan semula AMK. Saya juga lega kerana secara terbuka dan didalam Mesyuarat Agung Tahunan dapat saya menyatakan hasrat saya untuk tidak lagi bertanding didalam Pilihanraya akan datang. Ini tidak bermakna saya menolak tanggungjawab saya selaku Ketua Cabang. Insya Allah, saya akan memberikan sepenuh komitmen saya bagi membantu calon yang akan diletakkan di DUN Jenderak. Dan saya juga membayangkan bahawa setelah PRU nanti saya akan melepaskan jawatan saya selaku Ketua Cabang Kuala Krau, dan justeru kerana itu, saya melahirkan harapan saya supaya golongan pelapis didalam Cabang Kuala Krau dapat menunjukkan prestasi kepimpinan yang baik agar dapat mengambil alih pimpinan PKR Kuala Krau. Saya sedar bahawa hasrat saya itu tidak disokong oleh ahli-ahli yang hadir kerana tepukan yang mereka berikan kepada ucapan perasmian Sdr Rebin Birham yang menolak hasrat saya itu. Sebenarnya banyak faktor yang mendorong saya tidak menjadi calon dan mendorong saya untuk melepaskan jawatan selaku Ketua Cabang. Saya telah nyatakan faktor-faktor itu didalam blog ini dan saya kekal berpegang kepada apa yang saya tuliskan itu. Moga-moga pimpinan dan keahlian PKR Kuala Krau boleh menerima dengan baik. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan