Sabtu, 24 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Hudud: Statement By Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 24 Sep 2011 09:39 AM PDT

The implementation of hudud in the state of Kelantan must in all circumstances be subject to the maqasid al Shari'a, that is, the Higher Objectives of the Shari'a, the most paramount of which is to ensure justice for all, regardless of race, status or religion. This warrants the existence of Shari'a judges who are capable of dispensing justice without fear or favour and a Shari'a judicial system which is independent of political pressure or other kinds of influence that would impair its functions in the administration of justice.

As a Muslim, I am bound by the commandments of my religion including the injunctions as ordained in the Holy Qur'an. As I have stated before, the right to practice one's faith is a fundamental freedom that is guaranteed by the Federal Constitution. In this regard, it must be stressed that non-Muslims are and must continue to be in all circumstances exempt from the Shari'a jurisdiction. This view is perfectly consistent with the position of the Pakatan Rakyat as laid out in the Orange Book:

"…to defend the Federal Constitution, to uphold the position of Islam as the religion of the Federation, to ensure that other religions may be professed and practiced fully, and to safeguard the special position of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak as well as the interests of other races in line with Article 153."

We condemn the hypocrisy of UMNO and Barisan Nasional in exploiting the hudud issue for political mileage. Even more deplorable are the sinister machinations orchestrated by UMNO in attempting to stoke the fires of ethnic and religious tension by repeatedly playing up the issue in their media.

To the non-Muslim audience, they project an anti-Shari'a stance even on some occasions rubbishing it as a primitive system while to the Muslim audience; they relentlessly attack Pakatan Muslim leaders as being traitors to their religion and race by consorting with non-Muslim leaders. Without doubt these actions are part and parcel of the overall plan to drive a wedge in the Pakatan coalition and bring about internal strife and in the process hope to weaken the coalition and the chances of victory in the next elections

I would like to stress that Pakatan Rakyat is a coalition built on the principle of consensus and mutual trust and respect. We hold firm to the conviction that any issue which affects the interest of the people must be discussed frankly in a civilized manner with the objective of seeking an amicable resolution. We also believe that each and every component party of the coalition should be given its legitimate right to explain its position on significant issues to its members.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 24 Sep 2011 09:26 AM PDT

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.”

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

ANWAR IBRAHIM

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR & Pahang Barat

Posted: 24 Sep 2011 02:18 AM PDT

25 September 2011 (Ahad)

Program 1) 12.00 – 3.00 ptg – Salam Aidifitri KeADILan Pusat

Lokasi: Perkarangan Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Petaling Jaya

Program 2) 4.00 – 6.30 ptg – Salam Aidilfitri di Bentong, Pahang

Lokasi: Pejabat KeADILan Bentong, Taman Kolej, Bentong

Program 3) 8.00 – 9.00 mlm – Jamuan Makan Malam Aidilfitri

Lokasi : Restoran Husin, Gali Tengah, Raub

Program 4) 9.00 -12.00 mlm – Salam Aidilfitri di Raub

Lokasi: Markas PAS, Tanah Bercangkul, Gali Tengah, Raub

Program 5) 9.00 – 12.00 mlm – Salam Aidilfitri di Lipis

Lokasi: Markas Pakatan Rakyat, Budu, Benta, Lipis
(Bersebelahan Sek Men Panglima Garang Abdul Samad)

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PROGRAM SEMASA

Posted: 23 Sep 2011 11:02 PM PDT

Jamuan Aidilfitri & Ceramah Perdana PR NS
25 September 2011/ Ahad
8.00 malam
Markas PAS Muasasah Darul Syarif, Kg Gajah Mati, Batu Kikir, Jempol.
Penceramah utama:
YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
YB Loke Siew Fook
YB Mohd Taufek Abd Ghani

PELANCARAN BILIK GERAKAN DUN PALONG & Ceramah Perdana
25 September 2011/ Ahad
8.00 malam
Palong 9, Jempol
Penceramah utama:
YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

Jamuan Aidilfitri KEADILAN Bersama DSAI & Ucaptama perdana Pra-PRU 13
27 September 2011/ Selasa
8.00 malam
Kg Telok Pelandok, Batu 12, Pasir Panjang, Port Dickson.

Jamuan Aidilfitri DUN Chuah
24 September 2011/ Sabtu
2.30 petang hingga 5.00 petang
Kg Jawa, Batu 12, Bukit Pelandok, Port Dickson.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


BN dah tak kisah rakyat masalah rumah terbengkalai

Posted: 24 Sep 2011 12:44 AM PDT


Nasib kaulah rakyat yang berdepan dengan masalah perumahan terbengkalai sejak bertahun-tahun yang lalu. Agaknya Najib, Muhyiddin, Umno dan BN dah tak kisah lagi dah masalah perumahan terbengkalai ni. Mereka dah ada 1Malaysia, dah ada ETP Pelan Tranformasi, dah ada SPNB, dah ada Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Buat penatnya buat aduan perumahan terbengkalai ni.

Laman web khusus untuk Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com bukan merupakan satu ancaman pada mereka agaknya. Tambahan pula kalau di Melaka di mana merupakan kubu kuat Umno, lagilah mereka tak peduli agaknya.

Satu cara sahaja untuk rakyat ajar pemimpin BN/Umno ini, undi apa-apa selain BN/Umno.

Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd
Aduan Rakyat
23 September 2011

Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang.

Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian.

Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil.

Sebahagian pembeli pula telah mengambil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri.

By: zainudin

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-sepadan-tegas-sdn-bhd

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Sumber sejarah UMNO menghancurkan patriotisme rakyat

Posted: 23 Sep 2011 03:12 AM PDT

Setiap bangsa ada sejarahnya dan sejarah itu adalah rakaman sebenar apa yang berlaku dan keatas para pelakunya.

Semasa saya di Sekolah Melayu sejarah yang saya belajar adalah sejarah kegemilangan Inggeris yang disokong oleh para pembesar dan bangsawan Melayu. Adapun mereka yang berjuang menentang Inggeris dianggap sebagai pengkhianat dan penderhaka.

Sejarah inilah yang digunapakai oleh UMNO sebagai sumber sejarah Negara ini, dan saya langsung tidak pelik kenapa pejuang-pejuang seperti Maharaja Lela, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Bahaman, Tok Gajah, Mat Lela dan Mat Indera dicop sebagai Penderhaka, kononnya mereka ini menderhaka kepada sultan-sultan Melayu dan tidak dianggap sebagai penentang Penjajah Inggeris.

Saya juga tidak pelik apabila sumber sejarah Pro-British ini menganggap Dr Burhanuddin Al-Helmi, Abu Bakar Al-Baqir, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamed, pejuang PKMM, API dan Awas sebagai pengkhianat dan pengganas.

Hari ini UMNO telah merikacipta satu lagi sejarah Negara melalui beberapa orang professor "kaki-ampu" yang memutar-belitkan sejarah Negara sebagai "Malaysia tidak pernah dijajah".

Kononnya Inggeris datang ke Tanah Melayu atas undangan Raja-Raja Melayu, Portugis, Belanda dan Jepun datang ke Malaysia "untuk bersantai?".

Puluhan ribu patriot Negara mati dan meringkuk didalam tahanan Inggeris semata-mata kerana mereka itu penjahat, pengganas dan penderhaka?

Hilang sudah roh untuk Malaysia Merdeka apabila sejarah gemilang tanahair diputarbelit oleh UMNO. Apa kata Aishah Ghani yang berjuang hebat didalam PKMM untuk kemerdekaan tanah air. Perlukah ditanya kepada Abdul Rahman Talib, Yahya Mohd Seh dan Ghafar Baba yang pernah berjuang didalam PKMM untuk kemerdekaan Negara? Benar, mereka itu semuanya menjadi pemimpin UMNO dan menjadi Menteri, tetapi itu adalah sejarah selepas pengharaman PKMM.

Saya merasakan sangat terhina dengan putarbelit sejarah yang diperlakukan oleh UMNO ini kerana ayah saya meringkuk bertahun-tahun didalam tahanan Inggeris tanpa bicara kerana ayah saya adalah pejuang kemerdekaan melalui API yang berselogankan MERDEKA DENGAN DARAH!

Dan jika Malaysia ini tidak pernah dijajah oleh Inggeris, apa kah jadahnyanya Negara ini membelanjakan mungkin sudah berbilion ringgit sejak 1957 kerana mahu menyambut hari Merdeka, hari perlepasan Negara ini dari penjajahan Inggeris.

Apa jadahnya Negara ini menjadi Anggota Negara-Negara Commonwealth jika Malaysia tidak pernah dijajah oleh Inggeris, kerana Commonwealth itu mengumpulkan Negara-Negara yang pernah dijajah oleh Inggeris. India, Pakistan, Brunei, Singapura, Australia, New Zealand, Ghana, Srilanka, Bangladesh dan negara-negara yang dijajah oleh Inggeris di Asia dan di Afrika kesemua menjadi anggota Negara-Negara Commonwealth kerana kesemua mereka adalah bekas jajahan Inggeris. Saya cabar supaya Malaysia keluar dari Commonwealth kerana Negara ini tidak pernah dijajah oleh Inggeris (sic!).

Demi untuk menonjolkan UMNO parti itu sanggup memutarbelitkan sejarah dan sanggup mempertahankan semua pihak yang menjadi talibarut Inggeris sebagai pejuang kemerdekaan dan semua mereka yang menentang Inggeris sebagai pengkhianat. Bukit Kepong adalah sejarah pengkhiantaran Orang Melayu yang bersekongkol dengan Inggeris yang kini diberikan taraf Wira oleh UMNO, dan yang menentang talibarut Inggeris itu sebagai pengganas dan komuniis!

Tidak ada bangsa dalam dunia ini mahu memesungkan sejarah perjuangan bangsa mereka, fakta adalah fakta, dan tidak boleh diubah walaupun parti yang memerintah Negara tidak gemar kepada fakta itu.

Insya Allah, sejarah Negara ini yang penuh dengan pengorbanan akan ditulis semula apabila Kerajaan pro-Penjajah yang memerintah hari ini digulingkan.