Anak Muda Kampung Nak Senang |
BN dah tak kisah rakyat masalah rumah terbengkalai Posted: 24 Sep 2011 12:44 AM PDT Nasib kaulah rakyat yang berdepan dengan masalah perumahan terbengkalai sejak bertahun-tahun yang lalu. Agaknya Najib, Muhyiddin, Umno dan BN dah tak kisah lagi dah masalah perumahan terbengkalai ni. Mereka dah ada 1Malaysia, dah ada ETP Pelan Tranformasi, dah ada SPNB, dah ada Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Buat penatnya buat aduan perumahan terbengkalai ni. Laman web khusus untuk Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com bukan merupakan satu ancaman pada mereka agaknya. Tambahan pula kalau di Melaka di mana merupakan kubu kuat Umno, lagilah mereka tak peduli agaknya. Satu cara sahaja untuk rakyat ajar pemimpin BN/Umno ini, undi apa-apa selain BN/Umno. Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd Aduan Rakyat 23 September 2011 Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang. Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian. Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil. Sebahagian pembeli pula telah mengambil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri. By: zainudin Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-sepadan-tegas-sdn-bhd |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan