Selasa, 6 September 2011

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


The Hungry Ghost Festival 2011

Posted: 05 Sep 2011 11:15 PM PDT

YB Sivarasa was invited to attend the various Hungry Ghost dinners organised by the respective business and residents associations in the Subang Parliamentary Constituency.

At all the programmes, YB Sivarasa was very warmly received by the crowd offering support and encouragement.

At these events, YB Sivarasa donated calligraphy done by a party member Sdr Lam which were auctioned to raise funds for the welfare / charitable organisation supported by the particular association.

These calligraphy pieces were autioned at prices ranging from RM1800 to the highest amount raised which was a staggering RM13888 at Kg Baru Sungei Buloh.





Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Buku Sejarah Umpama Koleksi Solekan Seorang Gadis

Posted: 06 Sep 2011 10:41 AM PDT

Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Kalau sejarah itu bagai gadis disolek sesuka hati, maka buku teks sejarah umpama koleksi solekan untuk mencantikkan wajah gadis tersebut. Lantas, murid sekolah yang diibaratkan sehelai kain putih akan terikut-ikut dengan kecantikan wajah yang disajikan kepada mereka sekian lama sehingga tidak berpeluang membuat perbandingan dan membezakan antara yang asli dengan yang tiruan.

Seminggu lagi kita akan meraikan Hari Malaysia, namun pemahaman sejarah kita sama ada yang berkaitan dengan lembaran-lembaran yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air sebelum era-UMNO sehingga terbentuknya Malaysia, mahupun yang berkaitan dengan perjuangan anti penjajahan oleh rakyat berjiwa pahlawan seperti Mat Indera masih dilihat dari satu sudut satu interpretasi.

Secara amnya, rakyat Malaysia mengenali sejarah tanah air melalui “koleksi solekan” di sekolah atau dalam akhbar dari semasa ke semasa. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara pada tahun 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun.

Membaca dua buku dikira banyak kerana purata sebelum ini sekadar dua halaman buku setahun, terendah antara negara di Asia. Sebagai perbandingan dan secara purata, rakyat India membaca 35 buku setahun, rakyat Thailand membaca 25 buku setahun sementara rakyat Indonesia membaca 18 buku setahun.

Tak usah risau sangat dengan bacaan buku yang begitu sedikit. Sekurang-kurangnya UMNO tidak risau. Tidak terperanjant juga. Kerana rakyat Malaysia suka baca akhbar, tak suka baca buku. Keasyikan sebahagian besar rakyat terhadap akhbar khususnya “lidah UMNO” menyeronokkan UMNO.

Dengan adanya kawalan ketat, lesen mesin cetak, permit penerbitan, konglomerat UMNO serta UMNOputra dan lidah rasmi UMNO bergelar Utusan, akhbar itu bagai “koleksi solekan” UMNO, maka interpretasi sejarah adalah mengikut acuan dan teknik solekan UMNO. Menjaga kepentingan UMNO dikira peranan besar sekian “koleksi solekan”. Maka sudut berita dan perspektif penulisan haruslah sejajar dengan interpretasi UMNO. Itu namanya sejarah.

Yang memeranjatkan UMNO ialah keberanian insan bergelar Mat Sabu (gambar kiri) memberikan bahan solekan baru kepada gadis yang sekian lama menggunakan bahan solekan UMNO dan jentera UMNO.

Sebab itu, pengasas Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) Dr. Abu Hassan Hasbullah (gambar kanan) mengucapkan tahniah buat Mat Sabu “kerana mengadiluhung tokoh MAT INDERA yang akhirnya telah menderu-deru keminatan, keinginan, dan kepedulian anak-anak tanahair terhadap SEJARAH peradaban bangsanya. Semoga dengan perdebatan demi perdebatan ini akan mengembalikan sebegitu ramai lagi tokoh-tokoh agung yang tersingkir dari helaian korupsi sejarah ke helaian hakiki sejarah Tanah Melayu, tanahair tercinta,” dalam halaman Facebooknya bernama “Hassan Hayastani (??? ????????)”.

Biarpun menggunakan bahan solekan yang sama, terdapat pelbagai cara dalam penggunaannya. Contohnya, apabila manusia yang sukakan buku seperti saya membaca “Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965″ yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada tahun 2008, dalam bab “Perisytiharan Panglima Tentera Jepun, 1942″, sebahagian kandungan perisytiharan yang ditandatangani Panglima Tentera Jepun Tomoyuki Yamashita berbunyi seperti berikut:

“Pada asalnya, orang Inggeris telah menyanjung prinsip mereka yang terlampau egoistik dan dogmatik dan mereka bukan sahaja membenci orang lain, tetapi juga sudah biasa menjalankan intimidasi secara licik, tipu helah serta penuh muslihat dan mereka sanggup melakukan ketakadilan dan ketakjujuran demi mempertahankan kepentingan mereka sahaja, dan dengan demikian mereka sebenarnya telah merosakkan seluruh dunia.”

Seterusnya, “kami berharap kami telah menyapu bersih segala kesombongan dan ketakjujuran anasir British dan menanggung penderitaan serta menikmati kemanisan bersama-sama seluruh rakyat… maka angkatan tentera Jepun… berhasrat merealisasikan pembangunan dan dasar abadi Malaya selepas merawat luka yang diakibatkan oleh penindasan berdarah British pada masa yang lalu dan memulihkan kerosakan perang yang diakibatkan oleh perang ini.”

Tidakkah deklarasi di atas mencuit hati rakyat jika konteks penjajahan tidak diambil kira? Retorik penjajah terkini mengenai penjajah sebelum itu bertujuan melakar naratif, imej dan persepsi kononnya penjajahan baharu adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan penduduk tanah jajahan maka wajar diterima penjajah baharu yang menyingkirkan penjajah lama.

Bukankah penjajahan masih berterusan dengan wajah penjajah yang berbeza pada ketika itu? Bukankah orang yang berkomplot dengan penjajah itu dilihat sebagai pengkhianat dalam konteks penjajahan? Bukankah darurat diisytiharkan oleh pihak penjajah atas agenda dan kepentingan tertentu?

Bacalah “Pemasyhuran Ordinan Peraturan Darurat, 1948″. Dokumen pemasyhuran tersebut ditandatangani dengan perkataan berikut:

“Dengan Perintah,
P.O. WICKENS,
Setiausaha Majlis.”

Siapa P.O. Wickens? Bukankah beliau mewakili pihak penjajah? Majlis di atas merujuk kepada Majlis yang mentadbir Persekutuan Tanah Melayu. Pentadbiran pada ketika itu diketuai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Sir Edward Gent. Apakah dengan memakai nama Persekutuan Tanah Melayu, maka Sir Edward Gent dikira berdarah tanah air? Seterusnya wajah penjajah menjadi jernih dan wajah rakyat tempatan yang anti penjajah dihitamkan?

Seribu persoalan menanti penemuan baharu dari segi penggalian bahan dan sudut sejarah yang pelbagai, bukan solekan “berbau monopolistik” yang disajikan oleh UMNO sekian lama. Izinkan saya memetik kata-kata berikut untuk renungan semua sempena Hari Raya Aidifiltri:

“Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan carilah wasilah – yang dapat mendekatkan diri kamu – kepada-Nya serta berjuanglah di jalan-Nya.” (Al-Ma’idah 5:35)

Dalam buku Yusuf Al-Qaradawi berjudul “The Lawful and The Prohibited in Islam”, Imam ‘Ali berkata: Truth is not to be learned on the basis of authorities. Learn the truth and then you will know who the truthful ones are.’

Dalam Kajian Malaysia, Vol. 27, No. 1 & 2, 2009, ahli penyelidik C.C. Chin membekalkan fakta berikut untuk renungan kita:

“The British deployed a total of 450,000 men consisting of 40,000 soldiers, 67,000 police, 45,000 special constables and 300,000 home guards. In addition 25,000 air strikes were made, more than 100,000 rockets fired and 33,000 tons of bombs dropped against a force of only 7,000-plus guerrillas at the time.”

Konteks sejarah berubah mengikut peredaran masa. British hari ini tidak lagi mampu berwajah penjajah. Jangan kita melihat warga British yang berada di Malaysia dengan kaca mata era penjajahan. Jangan juga kita melihat anggota polis yang bekerja semasa era penjajahan dengan sentimen era penjajahan. Namun, jangan juga kita lupakan sejarah penjajahan yang dialami rakyat Malaysia termasuk mereka yang berjiwa pahlawan, anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan sebelum UMNO menikmati hasil kemerdekaan melalui rundingan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Selangor Anjur Sambutan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia

Posted: 06 Sep 2011 05:02 AM PDT

–Kenyataan Akhbar–

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam .

Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera. Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Acara-acara menarika yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api.

Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

PKR PENGKALAN HULU

PKR PENGKALAN HULU


KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU & KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG PENGKALAN HULU PERAK

Posted: 05 Sep 2011 08:28 PM PDT



KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU (yang sudah berjalan dan masih belum siap)

1.Kelulusan membalak telah dikeluarkan untuk satu syarikat sebanyak 300 ekar sahaja di kawasan Bukit Sejuk, Kuak Hulu

2.Pada april dan mei 2011 lawatan dan tinjauan telah dibuat oleh penduduk Kampung Kuak Hulu ke kawasan Air Ibu dan Bukit Sejuk dimana telah dululuskan untuk pembalakan.

3.Penduduk telah memaklumkan kepada pejabat hutan dan sekali lagi tinjauan dibuat bersama sama dengan Pejabat hutan dan Ketua kampong Kuak hulu ke tapak pembalakan.

4.Apabila ukuran telah diambil jabatan Hutan mengesahkan kawasan tersebut masih termasuk didalam kawasan pembalakan sepertimana di dalam plan pindaan.

5.Penduduk kampong berasa curiga dan musykil dengan keputusan yangh dibuat oleh jabatan hutan kerana kawasan pembalakan sudah melebihi 300 ekar. Adakah plan kawasan balak boleh berubah dari plan yang asal? (pindaan plan).Siapakah yang memberi kelulusan tersebut?

6.Kami penduduk kampong meminta pihak bertanggungjawab menyiasat segera sempadan tanah kerajaan dan hutan simpan.


KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG (2007-2010) (baru bermula)

1.Pada 26 September 2007 kelulusan telah dibuat oleh kerajaan negeri perak bagi menjalankan pembalakan kepada dua syarikat balak sebanyak 375 ekar (110 hektar)

2.Penduduk telah membuat perjumpaan bersama dengan kontraktor dan jabatan hutan sebanyak 3 kali bagi mendengar bagaimana pemabalakan hutan simpan akan dibuat

3.Hasil dari keputusan perjumpaan, JKKK dan penduduk kampong sebulat suara membantah sekeras kerasnya pembalakan tanpa ada tolak ansur walaupun ditekan dan didesak oleh pihak tertentu. Sebab utama adalah kawsan pembalakan ini berdekatan dengan kampong dan merupakan kawasan tadahan air yang utama bagi penduduk.

4.Pihak kontaraktor masih mendesak dan memujuk penduduk agar diberi kebenaran untuk memulakan pembalakan.

5.Ketua Kampung Kuak Hulu dan JKKK telah berjumpa dengan tiga orang menteri besar Dato' Seri Tajol Rosli, Dato' Seri Nizar Jamaludin dan yang terkini berjumpa dengan Dato' Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010. Mereka berjanji akan menahan dan mengkaji pembalakan hutan simpan gunung lang. Kenyataan akhbar juga telah dikeluarkan oleh Dato' Zamry.

6.Pada 2 September 2011 / 4 Syawal 1432H, seramai 80 penduduk Kampung Kuak Hulu telah membuat bantahan dan demonstrasi aman di tiga lokasi iaitu Hadapan Masjid Al Bakri Kuak hulu, Hadapan Pejabat hutan Pengkalan Hulu dan Bagan Balak Padang tamat.

7.Aduan kepada pihak polis telah dibuat selepas selesai bantahan.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ahli politik N.Sembilan buka Pub, orang Gemencheh marah

Posted: 05 Sep 2011 11:01 PM PDT



Pub yang dikendali ahli majlis daerah


Aduan Rakyat , 5 Sep 2011 - Saya sebagai penduduk yang menetap lebih 20 tahun di Gemencheh, ingin membuat aduan tentang pub yang beroperasi di Gemencheh, Negeri Sembilan. Pub ini dikendalikan seorang ahli majlis daerah Tampin dan Chairman bahagian Taman Gemas iaitu Ms K Arasammal.

Sejak kebelakangan ini bilangan kes keganasan dan kejadian gaduh yang berlaku semakin meningkat disebabkan perselisihan antara pihak pengurusan pub dan pengunjung. Perkara ini berterusan hingga menyebabkan permusuhan dan pergaduhan besar di kalangan penduduk Gemencheh.

Dalam masa beberapa bulan sahaja sebanyak 4 kes gaduh telah dilaporkan dan belum pernah sekali pun tindakan diambil terhadap pihak pengurusan walaupun adakalanya masalah berpunca daripada mereka.

Saya difahamkan polis tidak mengambil aduan orang ramai tentang pub disebabkan penglibatan beberapa ahli politik dimana pengendali pub juga merupakan Pengerusi MIC Taman Gemas dan mempunyai sokongan kuat Parti Politik walaupun apa yang dibuatnya adalah salah.

Penduduk Gemencheh juga semakin risau berkaitan keselamatan warga muda kerana lokasinya terletak di sebelah sekolah menengah Gemencheh dan mampu menarik anak muda terjebak dalam najis arak yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Diharap pihak Majlis dapat menarik balik lesen operasi Pub di Gemencheh yang hanya membawa keburukan dan suasana tidak aman kepada penduduk tempatan.

By: meiya

http://www.aduanrakyat.com.my/pub-yang-dikendali-ahli-majlis-daerah

Pusara Bukit Kepong daif, balu tuntut pencen sejak 1962

Posted: 05 Sep 2011 09:31 PM PDT

Semoga ada pihak, terutamanya Patriot boleh buat gotong royong baiki tembok pagar tanah perkuburan Islam Bukit Kepong yang roboh. Juga semoga ada pihak yang menghargai balu salah seorang polis yang berkhidmat di Bukit Kepong yang meninggal dunia pada tahun 1962.


AHLI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) bersama sebahagian waris mangsa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong menziarahi pusara mangsa tragedi itu di tanah perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor, semalam.

BALU POLIS BUKIT KEPONG MOHON DIBERI PENCEN
September 5, 2011

ALOR SETAR – Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di sini.

– BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611550
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


公正党拉湾古打荣丰园办中秋晚会

Posted: 05 Sep 2011 09:09 PM PDT

公正党全体同仁呼吁公众踊跃出席9月15日举办的中秋节月光晚会;坐者左起为张玉发、古玛、黄权、郭凤琴和游水南。 (务边6日讯)人民公正党拉湾古打和新咖啡山支部于本月15日(星期四),晚上7时联合举办中秋月光晚会,地点在拉湾古打荣丰园家家发海鲜酒楼举行,入场免费,欢迎公众踊跃出席。 该活动统筹郭凤琴表示,公正党为了庆祝中秋传统节日以及马来西亚日,特别选择15日于荣丰园举办中秋节月光晚会,与当地居民同欢共庆。 她表示,主办当局不忘安排中秋节提灯笼游街和醒狮表演,希望能够借此提倡中华文化,并让年轻的一辈体验中秋传统的意义。 "我们不分种族、区域、年龄的人士免费参与,提灯笼游街可以加强其他居民对的认识,也希望借此机会拉近彼此关系。" 郭凤琴昨晚与一众党员在拉湾古打支部党所举行中秋晚会筹委会会议后,如此表示。 也是人民公正党拉湾古打支部主席的她呼吁,大家必须在当晚7时正前来拉湾古打荣丰园家家发海鲜酒楼前集合,大会将会分发免费灯笼和蜡烛给每个出席者,并由务边区国会议员李文材医生和迪遮区州议员郑立慷率领民众提灯笼游街,过后将设有茶点及月饼招待。 如有任何垂询或赞助这项活动者可以联络她本人016-5614663或李盈颖017-3233329。

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU & KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG PENGKALAN HULU PERAK

Posted: 05 Sep 2011 08:24 PM PDT



KRONOLOGI PEMBALAKAN TANAH KERAJAAN DI KUAK HULU (yang sudah berjalan dan masih belum siap)

1.Kelulusan membalak telah dikeluarkan untuk satu syarikat sebanyak 300 ekar sahaja di kawasan Bukit Sejuk, Kuak Hulu

2.Pada april dan mei 2011 lawatan dan tinjauan telah dibuat oleh penduduk Kampung Kuak Hulu ke kawasan Air Ibu dan Bukit Sejuk dimana telah dululuskan untuk pembalakan.

3.Penduduk telah memaklumkan kepada pejabat hutan dan sekali lagi tinjauan dibuat bersama sama dengan Pejabat hutan dan Ketua kampong Kuak hulu ke tapak pembalakan.

4.Apabila ukuran telah diambil jabatan Hutan mengesahkan kawasan tersebut masih termasuk didalam kawasan pembalakan sepertimana di dalam plan pindaan.

5.Penduduk kampong berasa curiga dan musykil dengan keputusan yangh dibuat oleh jabatan hutan kerana kawasan pembalakan sudah melebihi 300 ekar. Adakah plan kawasan balak boleh berubah dari plan yang asal? (pindaan plan).Siapakah yang memberi kelulusan tersebut?

6.Kami penduduk kampong meminta pihak bertanggungjawab menyiasat segera sempadan tanah kerajaan dan hutan simpan.


KRONOLOGI PEMBALAKAN HUTAN SIMPAN GUNUNG LANG (2007-2010) (baru bermula)

1.Pada 26 September 2007 kelulusan telah dibuat oleh kerajaan negeri perak bagi menjalankan pembalakan kepada dua syarikat balak sebanyak 375 ekar (110 hektar)

2.Penduduk telah membuat perjumpaan bersama dengan kontraktor dan jabatan hutan sebanyak 3 kali bagi mendengar bagaimana pemabalakan hutan simpan akan dibuat

3.Hasil dari keputusan perjumpaan, JKKK dan penduduk kampong sebulat suara membantah sekeras kerasnya pembalakan tanpa ada tolak ansur walaupun ditekan dan didesak oleh pihak tertentu. Sebab utama adalah kawsan pembalakan ini berdekatan dengan kampong dan merupakan kawasan tadahan air yang utama bagi penduduk.

4.Pihak kontaraktor masih mendesak dan memujuk penduduk agar diberi kebenaran untuk memulakan pembalakan.

5.Ketua Kampung Kuak Hulu dan JKKK telah berjumpa dengan tiga orang menteri besar Dato' Seri Tajol Rosli, Dato' Seri Nizar Jamaludin dan yang terkini berjumpa dengan Dato' Zambry Abdul Kadir pada tahun 2010. Mereka berjanji akan menahan dan mengkaji pembalakan hutan simpan gunung lang. Kenyataan akhbar juga telah dikeluarkan oleh Dato' Zamry.

6.Pada 2 September 2011 / 4 Syawal 1432H, seramai 80 penduduk Kampung Kuak Hulu telah membuat bantahan dan demonstrasi aman di tiga lokasi iaitu Hadapan Masjid Al Bakri Kuak hulu, Hadapan Pejabat hutan Pengkalan Hulu dan Bagan Balak Padang tamat.

7.Aduan kepada pihak polis telah dibuat selepas selesai bantahan.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MAT SABU TAKKAN NAK MENIPU RM3,000, ADA 2 RESIT BUKAN SATU JER..

Posted: 05 Sep 2011 04:38 AM PDT

PENDUDUK TETAP JADI PENGUNDI .... SALAHUDIN AYUB

Posted: 05 Sep 2011 04:04 AM PDT