Selasa, 6 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ahli politik N.Sembilan buka Pub, orang Gemencheh marah

Posted: 05 Sep 2011 11:01 PM PDT



Pub yang dikendali ahli majlis daerah


Aduan Rakyat , 5 Sep 2011 - Saya sebagai penduduk yang menetap lebih 20 tahun di Gemencheh, ingin membuat aduan tentang pub yang beroperasi di Gemencheh, Negeri Sembilan. Pub ini dikendalikan seorang ahli majlis daerah Tampin dan Chairman bahagian Taman Gemas iaitu Ms K Arasammal.

Sejak kebelakangan ini bilangan kes keganasan dan kejadian gaduh yang berlaku semakin meningkat disebabkan perselisihan antara pihak pengurusan pub dan pengunjung. Perkara ini berterusan hingga menyebabkan permusuhan dan pergaduhan besar di kalangan penduduk Gemencheh.

Dalam masa beberapa bulan sahaja sebanyak 4 kes gaduh telah dilaporkan dan belum pernah sekali pun tindakan diambil terhadap pihak pengurusan walaupun adakalanya masalah berpunca daripada mereka.

Saya difahamkan polis tidak mengambil aduan orang ramai tentang pub disebabkan penglibatan beberapa ahli politik dimana pengendali pub juga merupakan Pengerusi MIC Taman Gemas dan mempunyai sokongan kuat Parti Politik walaupun apa yang dibuatnya adalah salah.

Penduduk Gemencheh juga semakin risau berkaitan keselamatan warga muda kerana lokasinya terletak di sebelah sekolah menengah Gemencheh dan mampu menarik anak muda terjebak dalam najis arak yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

Diharap pihak Majlis dapat menarik balik lesen operasi Pub di Gemencheh yang hanya membawa keburukan dan suasana tidak aman kepada penduduk tempatan.

By: meiya

http://www.aduanrakyat.com.my/pub-yang-dikendali-ahli-majlis-daerah

Pusara Bukit Kepong daif, balu tuntut pencen sejak 1962

Posted: 05 Sep 2011 09:31 PM PDT

Semoga ada pihak, terutamanya Patriot boleh buat gotong royong baiki tembok pagar tanah perkuburan Islam Bukit Kepong yang roboh. Juga semoga ada pihak yang menghargai balu salah seorang polis yang berkhidmat di Bukit Kepong yang meninggal dunia pada tahun 1962.


AHLI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) bersama sebahagian waris mangsa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong menziarahi pusara mangsa tragedi itu di tanah perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor, semalam.

BALU POLIS BUKIT KEPONG MOHON DIBERI PENCEN
September 5, 2011

ALOR SETAR – Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bahawa selepas berkahwin dengan Syed Omar, mereka menetap di Kota Tinggi, kemudian berhijrah ke Johor Baharu sebelum ditukarkan ke Bukit Kepong.

"Masa mula-mula sampai di Bukit Kepong, rusuhan memang sudah reda tetapi keadaan masa itu sangat menakutkan. Selepas 6 petang, kami perlu tutup semua pintu dan tingkap dan tidak boleh keluar rumah. Nak ambil air dari telaga (perigi) pun tak boleh sebab komunis humban mayat-mayat dalam telaga.

"Kami terpaksa menggunakan air Sungai Bukit Kepong untuk kegunaan seharian," kata Sharifah Aminah.

Katanya beliau terkilan kerana pengorbanan suaminya yang manggunakan nombor pengenalan polis 10568 semasa berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, tidak dihargai.

Suami beliau, yang ketika itu berusia dalam 40an, meninggal dunia setelah terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke balai.

"Tok bukannya nak minta banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat pencen suami kerana dia meninggal pun semasa bertugas. Sekurang-kurangnya duit tu boleh tok guna untuk tanggung kos rawatan kira-kira RM500 sebulan," kata Sharifah Aminah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit tulang belakang yang menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Beliau berkata kehidupannya susah selepas suaminya meninggal dunia kerana dia terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menyara enam orang anaknya yang masih kecil.

"Kini semua kos rawatan dan kos sara hidup ditanggung oleh menantu saya yang menerima pencen RM400 sebulan. Dia pun susah sebab kena tanggung anak yang cacat. La ni (sekarang) dia berniaga surat khabar dan nasi lemak bagi menambah pendapatan untuk tanggung kami sekeluarga," kata Sharifah Aminah yang tinggal bersama anak, menantu dan cucunya di Taman Nakishah, Jalan Datuk Kumbar di sini.

– BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=611550
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Tiada ulasan: