Anwar Ibrahim |
Buku Sejarah Umpama Koleksi Solekan Seorang Gadis Posted: 06 Sep 2011 10:41 AM PDT Merdeka Review Kalau sejarah itu bagai gadis disolek sesuka hati, maka buku teks sejarah umpama koleksi solekan untuk mencantikkan wajah gadis tersebut. Lantas, murid sekolah yang diibaratkan sehelai kain putih akan terikut-ikut dengan kecantikan wajah yang disajikan kepada mereka sekian lama sehingga tidak berpeluang membuat perbandingan dan membezakan antara yang asli dengan yang tiruan. Seminggu lagi kita akan meraikan Hari Malaysia, namun pemahaman sejarah kita sama ada yang berkaitan dengan lembaran-lembaran yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air sebelum era-UMNO sehingga terbentuknya Malaysia, mahupun yang berkaitan dengan perjuangan anti penjajahan oleh rakyat berjiwa pahlawan seperti Mat Indera masih dilihat dari satu sudut satu interpretasi. Secara amnya, rakyat Malaysia mengenali sejarah tanah air melalui “koleksi solekan” di sekolah atau dalam akhbar dari semasa ke semasa. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara pada tahun 2005, secara purata keseluruhan rakyat Malaysia membaca dua buku setahun. Membaca dua buku dikira banyak kerana purata sebelum ini sekadar dua halaman buku setahun, terendah antara negara di Asia. Sebagai perbandingan dan secara purata, rakyat India membaca 35 buku setahun, rakyat Thailand membaca 25 buku setahun sementara rakyat Indonesia membaca 18 buku setahun. Tak usah risau sangat dengan bacaan buku yang begitu sedikit. Sekurang-kurangnya UMNO tidak risau. Tidak terperanjant juga. Kerana rakyat Malaysia suka baca akhbar, tak suka baca buku. Keasyikan sebahagian besar rakyat terhadap akhbar khususnya “lidah UMNO” menyeronokkan UMNO. Dengan adanya kawalan ketat, lesen mesin cetak, permit penerbitan, konglomerat UMNO serta UMNOputra dan lidah rasmi UMNO bergelar Utusan, akhbar itu bagai “koleksi solekan” UMNO, maka interpretasi sejarah adalah mengikut acuan dan teknik solekan UMNO. Menjaga kepentingan UMNO dikira peranan besar sekian “koleksi solekan”. Maka sudut berita dan perspektif penulisan haruslah sejajar dengan interpretasi UMNO. Itu namanya sejarah. Yang memeranjatkan UMNO ialah keberanian insan bergelar Mat Sabu (gambar kiri) memberikan bahan solekan baru kepada gadis yang sekian lama menggunakan bahan solekan UMNO dan jentera UMNO. Sebab itu, pengasas Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) Dr. Abu Hassan Hasbullah (gambar kanan) mengucapkan tahniah buat Mat Sabu “kerana mengadiluhung tokoh MAT INDERA yang akhirnya telah menderu-deru keminatan, keinginan, dan kepedulian anak-anak tanahair terhadap SEJARAH peradaban bangsanya. Semoga dengan perdebatan demi perdebatan ini akan mengembalikan sebegitu ramai lagi tokoh-tokoh agung yang tersingkir dari helaian korupsi sejarah ke helaian hakiki sejarah Tanah Melayu, tanahair tercinta,” dalam halaman Facebooknya bernama “Hassan Hayastani (??? ????????)”. Biarpun menggunakan bahan solekan yang sama, terdapat pelbagai cara dalam penggunaannya. Contohnya, apabila manusia yang sukakan buku seperti saya membaca “Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965″ yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pada tahun 2008, dalam bab “Perisytiharan Panglima Tentera Jepun, 1942″, sebahagian kandungan perisytiharan yang ditandatangani Panglima Tentera Jepun Tomoyuki Yamashita berbunyi seperti berikut: “Pada asalnya, orang Inggeris telah menyanjung prinsip mereka yang terlampau egoistik dan dogmatik dan mereka bukan sahaja membenci orang lain, tetapi juga sudah biasa menjalankan intimidasi secara licik, tipu helah serta penuh muslihat dan mereka sanggup melakukan ketakadilan dan ketakjujuran demi mempertahankan kepentingan mereka sahaja, dan dengan demikian mereka sebenarnya telah merosakkan seluruh dunia.” Seterusnya, “kami berharap kami telah menyapu bersih segala kesombongan dan ketakjujuran anasir British dan menanggung penderitaan serta menikmati kemanisan bersama-sama seluruh rakyat… maka angkatan tentera Jepun… berhasrat merealisasikan pembangunan dan dasar abadi Malaya selepas merawat luka yang diakibatkan oleh penindasan berdarah British pada masa yang lalu dan memulihkan kerosakan perang yang diakibatkan oleh perang ini.” Tidakkah deklarasi di atas mencuit hati rakyat jika konteks penjajahan tidak diambil kira? Retorik penjajah terkini mengenai penjajah sebelum itu bertujuan melakar naratif, imej dan persepsi kononnya penjajahan baharu adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan penduduk tanah jajahan maka wajar diterima penjajah baharu yang menyingkirkan penjajah lama. Bukankah penjajahan masih berterusan dengan wajah penjajah yang berbeza pada ketika itu? Bukankah orang yang berkomplot dengan penjajah itu dilihat sebagai pengkhianat dalam konteks penjajahan? Bukankah darurat diisytiharkan oleh pihak penjajah atas agenda dan kepentingan tertentu? Bacalah “Pemasyhuran Ordinan Peraturan Darurat, 1948″. Dokumen pemasyhuran tersebut ditandatangani dengan perkataan berikut: “Dengan Perintah, Siapa P.O. Wickens? Bukankah beliau mewakili pihak penjajah? Majlis di atas merujuk kepada Majlis yang mentadbir Persekutuan Tanah Melayu. Pentadbiran pada ketika itu diketuai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu Sir Edward Gent. Apakah dengan memakai nama Persekutuan Tanah Melayu, maka Sir Edward Gent dikira berdarah tanah air? Seterusnya wajah penjajah menjadi jernih dan wajah rakyat tempatan yang anti penjajah dihitamkan? Seribu persoalan menanti penemuan baharu dari segi penggalian bahan dan sudut sejarah yang pelbagai, bukan solekan “berbau monopolistik” yang disajikan oleh UMNO sekian lama. Izinkan saya memetik kata-kata berikut untuk renungan semua sempena Hari Raya Aidifiltri: “Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan carilah wasilah – yang dapat mendekatkan diri kamu – kepada-Nya serta berjuanglah di jalan-Nya.” (Al-Ma’idah 5:35) Dalam buku Yusuf Al-Qaradawi berjudul “The Lawful and The Prohibited in Islam”, Imam ‘Ali berkata: Truth is not to be learned on the basis of authorities. Learn the truth and then you will know who the truthful ones are.’ Dalam Kajian Malaysia, Vol. 27, No. 1 & 2, 2009, ahli penyelidik C.C. Chin membekalkan fakta berikut untuk renungan kita: “The British deployed a total of 450,000 men consisting of 40,000 soldiers, 67,000 police, 45,000 special constables and 300,000 home guards. In addition 25,000 air strikes were made, more than 100,000 rockets fired and 33,000 tons of bombs dropped against a force of only 7,000-plus guerrillas at the time.” Konteks sejarah berubah mengikut peredaran masa. British hari ini tidak lagi mampu berwajah penjajah. Jangan kita melihat warga British yang berada di Malaysia dengan kaca mata era penjajahan. Jangan juga kita melihat anggota polis yang bekerja semasa era penjajahan dengan sentimen era penjajahan. Namun, jangan juga kita lupakan sejarah penjajahan yang dialami rakyat Malaysia termasuk mereka yang berjiwa pahlawan, anti penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan sebelum UMNO menikmati hasil kemerdekaan melalui rundingan. *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. |
Selangor Anjur Sambutan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia Posted: 06 Sep 2011 05:02 AM PDT –Kenyataan Akhbar– Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam . Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera. Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Acara-acara menarika yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan. Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api. Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan