Jumaat, 29 Julai 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


TAZKIRAH AL-MUBARAK

Posted: 29 Jul 2011 06:58 AM PDT

(Kalimah ALLAH dilacurkan disebuah gereja dengan konsep triniti dan diredhai oleh segelintir umat yang mengaku Al Quran kitabnya!)

Salam 2 all.

Insyallah beberapa hari lagi kita akan mula memasuki bulan Ramadhan, bulan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Teman masih ingat lagi kata-kata guru agama semasa kecil dahulu, "puasa itu menurut syara' ialah menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang membatalkan puasa daripada terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari".

Persoalannya, adakah itu yang sebenarnya dikatakan puasa? Bagi mendapat jawapannya, kita rujuk semula kepada Al Quran, dimana ALLAH swt berfirman, "diwajibkan keatas kamu (umat Islam) berpuasa sebagaimana umat terdahulu, semoga kamu beroleh ketaqwaan" (Al Baqarah: 183).

Bermakna, matlamat daripada mengerjakan puasa ialah "memperolehi ketaqwaan". Tidak cukup sekadar tak makan, atau tak minum. Tak cukup kalau sekadar dihujung puasa pinggang kita makin ramping, size seluar sudah jatuh 3 inci, atau kadar kolestrol sudah turun! Itu bukan puasa, itu diet namanya! Puasa Ramadhan mestilah melahirkan kita umat Islam sebagai umat bertaqwa, individu bertaqwa.

Persoalan selanjutnya ialah, dimana kita mahu mencari ketaqwaan itu? Jawapannya berbalik kepada Al-Quran:2, "sesungguhnya Al Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, menjadi petunjuk menuju ketaqwaan". Nah, itu dia, taqwa itu letaknya didalam Al Quran.

Al Quran bukan sekadar mushafnya disusun rapi dalam almari. Al Quran bukan sekadar ditilawahkan, ataupun dimusabaqahkan. Al Quran bukan sekadar menjadi poster penghias dinding!!!

Sebaliknya Al Quran itu ada peranannya. Sebab itu tiap individu umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap Al Quran. Pertama, ianya wajib ditilawahkan (atau dibaca). Kedua, ianya wajib pelajari hukum-hakam pembacaannya (ataupun ilmu tajwid). Ketiga, Al Quran wajib fahami maknaya. Keempat, ianya wajib diamalkan (atau dilaksanakan). Dan yang akhirnya, atau yang kelima, Al Quran wajib ditablighkan (atau disebar sampaikan).

Jika kesemua lima tanggungjawab itu benar-benar dilaksanakan dan dihayati, maka itulah sebenarnya maksud firma ALLAH swt dalam surah Al Baqarah: 185, "diturunkan Al Quran itu dibulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia, penuh dengan keterangan dan bukti, menjadi furqan (pembeza) bagi kamu".

Ini bermakna, apabila kita sudah membaca, mempelajari, memahami, mengamal dan menyampaikan Al Quran, maka ia akan menjadi pedoman dan petunjuk kepada kita meniti kehidupan ini dan tahu membazakan yang mana halal yang mana haram, yang mana haq yang mana batil, yang mana dosa yang mana pahala, yang mana benar yang mana palsu, yang Islam yang mana kufur!

Namun kalau kita melihat umat Islam hari ini, kehidupan mereka seolah-olah langsung tidak menggambarkan umat yang berpandukan Al Quran. Contohnya Al Quran dengan tegas menyebut bahawa "ALLAH hu Ahad - ALLAH itu Satu". Dan itulah yang diperjuangkan Nabi saw. Namun hari ini sudah ada umat Islam yang meredhai kafir la'natullah menggunakan kalimah ALLAH sebagai mewakili Tuhan 3-Dalam-1, tuhan triniti!

Al Quran menegaskan bahawa "sesungguhnya mereka yang berpegang kepada Al Quran (iaitu umat Islam) adalah saudara kamu". "Jangan kamu ambil kafir la'natullah sebagai wali pemimpin kamu". Namun hari ini ada segelintir umat Islam yang menjadikan kafir harbi yang menentang Islam sebagai saudara mereka, dan mengangkat kafir la'natullah yang memerangi Islam sebagai ketua mereka menentang pemerintah mereka. dan yang mahu "menyapu bersih" kerajaan umat Islam. Saudara yang satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat dan satu Saf dengan mereka menjadi musuh nombor satu mereka!

Al Quran mengajar kita bahawa kaum wanita itu adalah kaum yang dimuliakan. Syurga kita letaknya ditapak kaki seorang wanita, ibu kita. Malah ada sebuah surah khas dinamakan sempena wanita, surah An-Nisa'. Namun ada segelintir dikalangan umat Islam yang menggadaikanprinsip ini, sehingga menjadikan institusi perkahwinan dan anak bininya sebagai pertaruhan politik, sehingga sanggup menceraikan isteri dengan sumpah talaq tiga hanya untuk mempertahankan kerusi habuan duniawi!

Sebab itu Saidina 'Umar menyebut, bahawa taqwa itu saperti seorang buta yang berjalan dijalan penuh duri dimalam gelap tanpa cahaya. Sudah pasti jika tiada orang yang membimbing dan memberi petunjuk kepada sibuta itu, pasti dia akan cedera. Kemungkinan besar dia mungkin tidak sampai kematlamat yang dituju. Maka itulah Al Quran, ia menjadi pembimbing dan petunjuk untuk kita melalui khidupan diniawi yang penuh dengan ranjau duri ini. Jika kita menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupan, insyallah kita akan selamat sampai ke destinasi kita, iaitu keredhaan dan rahmat ALLAH swt dan dimasukkan kedalam syurga.

Jika kita ingkar enggan menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupan kita, sudah pasti kita pasti tergelincir daripada jalan yang kita tuju, dan kemungkinan besarya kita akan menerima kutukan dan dilaknat ALLAH swt; dan dihumban kedalam neraka ALLAH na'uzubillah minzalik.

Sebab itu Rasulullah saw berpesan didalam khutbatul wida', berpeganglah kamu kepada Al Quran dan Sunnah ku (seboleh-bolehnya saperti menggigit dengan geraham kamu), nescaya kamu tidak akan sesat.

Semoga ALLAH memberikan kita ni'mat dan rahmat dapat melalui Ramadhan dengan sempurna, dan memelihara kita dengan penuh sifat Rahman dan Rahim, dan memberikan kita ketaqwaan sebagai anugerah Ramadhan 1432 ini. Dan barulah diakhir Ramadhan nanti, kita boleh meraikan kembalinya kita kepada fitrah, iaitu hamba yang tunduk ta'at kepada ALLAH swt, dan layaklah kita menyambut 'Eidulfitri dengan penuh ketaqwaan.

Yang bauk datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
27 Sya'ban 1432
29 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh oleh YB Nurul Izzah kepada Masjid dan Surau

Posted: 29 Jul 2011 03:10 AM PDT

Satu program penyerahan sumbangan Moreh kepada Masjid dan Surau sekitar kawasan Lembah Pantai oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai,YB Nurul Izzah Anwar akan diadakan seperti berikut ;

Tarikh : 30 Julai 2011 ( Sabtu ) (ESOK)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Perkarangan Blok P21, Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai

Press Release by TIan Chua on the Brutal Teargas Attack at the KL Sentral Tunnel

Posted: 28 Jul 2011 07:58 PM PDT

Press Statement
28 July 2011

On July 21, the PDRM held a press conference to justify the violent conduct of police personnel. An edited video footage was released to the press in order to show that BERSIH demonstrators were aggressive and provocative. The PDRM claimed that they had only used minimal force against the peaceful assembly.

One particular clip showed the scene where the crowd marching out of the KL Sentral were met by a row of policemen. The video is said to show me leading the demonstrators running to the front. The PDRM asserted that it was an evidence of provocation.

Subsequently the video has been broadcast on prime time TV almost daily, with the objective of depicting BERSIH rally as violent. This edited video does not give the true picture of what happened at the tunnel that day.

The PDRM has launched an all-out media propaganda war to demonize BERSIH. Although the police did not specifically accused me for “charging” the police, reports in mainstream media insinuate that I and other demonstrators intended to “attack” or cause physical harm to the police officers.

This is far from the truth. From the video, it was clear that the policemen had their guns loaded with tear gas canisters. At the time, the crowd was trapped in an tunnel-like enclosed area. The group included BERSIH chairperson Ambiga Sreenevasan, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Hadi Awang, Lim Kit Siang and other leaders and participants.

For anybody in that circumstances could notice the danger of staying in the enclosure once the police fire the tear gas. The video footage only showed a few people rushed out toward the open air, and tear gas was fired directly into the crowd.

The video also showed that the police fired the tear gas canisters horizontally into the enclosed zone non-stopped. The police action was evidently malicious and intended to cause maximum harm to the peaceful group without warning. It was unprovoked and unwarranted action. It was police brutality

Hundreds of people were eye-witnesses to the incident. The edited video cannot distort the truth. The government should accept the responsibility of excessive force against peaceful BERSIH rally. The witch-hunt whether on me or other participants cannot absolve the guilt of brutality on 9 July.

The video also showed that the police fired the tear gas canisters horizontally into the enclosed zone non-stop. At least 12 shells were fired in a matter of a couple of minutes. 3 persons suffered injury to the head. The injuries suffered by Anwar Ibrahim’s bodyguard Fayyadh Afiq Al Baqry who had his left cheekbone crushed were particularly serious.

The police action was evidently malicious and intended to cause serious injury to the defenseless demonstrators. Use of tear gas in such a manner has been known to cause death.

The incident was eye-witnessed by hundreds of people and even the edited video cannot distort the truth. The government should accept the responsibility of excessive force against peaceful BERSIH rally. The witch-hunt whether on me or other participants cannot absolve the guilt of brutality on 9 July.

I call upon the police to cooperate fully with the impending SUHAKAM inquiry where I believe the facts will be presented by all interested parties in a public inquiry. Let the public then judge based on those facts.

Tian Chua
Vice President Parti Keadilan Rakyat
Member of Parliament

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


KELUARGA NAFI LELAKI DALAM VIDEO POLIS ADALAH ALLAHYARHAM BAHARUDDIN

Posted: 28 Jul 2011 06:46 PM PDT

Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim,pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.
"Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

"Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin,"
 kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.

Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

"Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

"Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam,"
 kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

"Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat
.

"Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk," ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

"Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya," katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia. -KD

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


DAP dakwa transaksi tanah 300ha Sendayan tak telus

Posted: 29 Jul 2011 02:43 AM PDT

Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke Siew Fook mendakwa menteri besar negeri itu tidak telus dalam penjualan tanah seluas 303.5 hektar di Sendayan untuk menggantikan pangkalan udara tentera di Sungai Besi.

NONE"Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut?

"Apakah penjualan tanah itu dijalankan secara tender terbuka atau rundingan terus?" soal Loke (kiri) bertubi-tubi kepada Datuk Seri Mohamad Hassan.

Loke juga mempersoalkan kenapa transaksi tersebut "dijalankan dengan begitu sulit" dan sama ada wujud perkara yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan umum.

"Apa yang lebih memeranjatkan ialah speaker DUN Negeri Sembilan telah menolak soalan saya berhubung dengan isu tersebut dalam Persidangan DUN pada 8 Ogos depan," katanya.

Loke berkata, beliau mengemukakan soalan lisan tentang nilai penjualan tapak tanah tersebut kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terperinci dan terma-terma yang terkandung dalam perjanjian jual beli tersebut.

'Penolakan sewenang-wenang'

Bagaimanapun, katanya, ia ditolak speaker melalui sepucuk surat bertarikh 20 Julai 2011 tanpa dinyatakan apa-apa sebab.

"Penolakan soalan tersebut secara sewenang-wenangnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mematuhi prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

"Ini jelas menunjukkan pentadbiran dibawah BN langsung tidak mengamalkan prinsip ketelusan dalam isu-isu kepentingan awam," katanya.

Beliau juga mengingatkan Mohamad, kegagalan memberikan penjelasan terbuka hanya akan menimbulkan keraguan sama ada transaksi tersebut diselubungi dengan unsur rasuah.

Sementara itu, Loke juga mengulas kenyataan Mohamad bahawa MBI milik kerajaan negeri berjaya membayar balik pinjaman RM250 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dalam tempoh 5 tahun.

Loke berkata, walaupun bangga dan mendakwa sebagai manifestasi kecekapan pengurusan kewangan dan pentadbirannya, ia sebenarnya tidak ada kena-mengena.

Sebaliknya, tambahnya, sebahagian tanah itu dijual kepada 1MDB untuk pembinaan pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pinjaman tersebut dibuat pada tahun 2006 oleh MBI untuk menyelesaikan isu tanah Felda Sendayan yang melibatkan lebih 100 orang peneroka, katanya lagi.

Keadilan Cabang Rasah

Keadilan Cabang Rasah


Imbasan Pemilihan 2010

Posted: 28 Jul 2011 11:26 PM PDT

Pemilihan PKR 2010 lalu menjadi titik sejarah penting buat seluruh anggota PKR dan politik dunia. Ia adalah sebuah pemilihan organisasi politik secara terbuka iaitu satu anggota satu undi. Malah PKR menjadi pertubuhan politik dalam dunia yang mengaplikasikan kaedah pemilihan ini secara demokrasi.

Buat langkahan pertama menjalankan pemilihan ini, tentulah ia menyerlahkan beberapa kelemahan dalam mengendalikannya. Namun, jika kelemahan-kelemahan itu diimbangkan dengan keupayaan parti menjalankannya, ia menjadi modal kekuatan untuk memperbaiki kaedah-kaedah pengendalian pemilihan tersebut akan datang.

Walaupun dengan dana yang terhad, Pemilihan 2010 tetap mampu dijalankan. Harus diingat bahawa pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengendalikan 'perlawanan' banyak penjuru yang melibatkan banyak jawatan dengan penyertaan ramai anggota parti. Jika dibandingkan dengan SPR yang mengendalikan 'perlawanan' satu lawan satu dikebanyakan tempat, sekali-sekali 'perlawanan' berpenjuru yang melibatkan hanya satu jawatan iaitu samada Parlimen atau DUN.

Pemilihan PKR 2010 melibatkan pertandingan peringkat Cabang iaitu 18 jawatan utama, AMK Cabang dengan 18 jawatan utama dan Wanita dengan 10 jawatan utama. Perlawanan jawatan-jawatan ini berlangsung di 215 Cabang PKR yang berdaftar di Pendaftaran Pertubuhan, selebihnya adalah berstatus penaja. Jika jawatan utama iaitu Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua berlaku pertandingan satu lawan satu, maka di kesemua cabang terbabit akan melibatkan 1290 orang yang bertanding. Bagaimana pula dalam situasi pertandingan lebih daripada 1 lawan 1? Sudah tentu angkanya akan berlipat ganda. Itulah cabaran besar yang dipikul oleh JPP untuk melaksanakan secara terbaik dan lancar.

Pemilihan lalu juga turut mencatat sejarah di Cabang Rasah iaitu pada peringkat pemilihan pimpinan pusat apabila Ketua AMK Cabang Rasah yang menang dalam pemilihan AMK cabang telah ditangkap oleh Pengawas JPP kerana menjadi pengundi hantu pada hari pemilihan MPP yang berlangsung di Cabang Rembau pada 31 Oktober 2010.

Muhd Zamri Vinoth Bin Abdullah telah tertangkap ketika sedang mengundi. Beliau telah mendaftar masuk mengundi dengan menggunakan nama anggota lain dari Cabang Rembau, Mohd Anis Bin Yahaya. Pembantu pengawas bertugas di meja semakan telah mencurigai identiti beliau, situasi tersebut telah disedari oleh Pengawas JPP yang lain.

Ketua Pengawas JPP untuk pemilihan MPP di Rembau telah meminta kad pengenalan Muhd Zamri untuk mengesahkan identiti beliau. Pada awalnya, Muhd Zamri keberatan untuk menunjukkan kad pengenalan beliau tetapi hanya menunjukkan kad keanggotaan Mohd Anis Yahaya. Setelah Ketua Pengawas berkeras, Muhd Zamri telah menunjukkan kad pengenalan beliau. Ternyata kecurigaan pengawas-pengawas benar dan semua kertas undi yang ditanda oleh Muhd Zamri dirampas.

Itu adalah antara catatan 'gempar' yang berlaku dalam pemilihan parti lalu di Negeri Sembilan yang melibatkan seorang penjawat jawatan utama sayap parti dari Cabang Rasah.

Namun tindakan Muhd Zamri selepas itu keluar memberi beberapa kenyataan media telah memakan diri. Beliau kemudiannya telah digantung keanggotaan dan kes beliau telah disiasat oleh Jawatankuasa Displin Parti (JKD). Pada 21 Mac 2011 lalu, beliau seterusnya telah dipecat keanggotaan dari parti atas kesalahan mengundi di cabang lain.


MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Kerajaan Negeri Selangor terus memalukan UMNO

Posted: 28 Jul 2011 11:31 PM PDT

Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi memalukan UMNO ini kerana Kerajaan Negeri dalam masa setengah tahun, mereka telah berjaya mendapat keuntungan RM 200 Juta. Ini juga merupakan satu tamparan buat UMNO kerana ketika PR menang dan merampas Selangor dari BN yang diketuai oleh bekas menteri besar Khir Toyo, keadaan ekonomi sangat lemah dan teruk.

Kejayaan PR menaikkan ekonomi negeri Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Kahlid Ibrahim sedikit sebanyak telah membuktikan PR berjaya membawa teori BUKU JINGGA.Perancangan untuk merampas kembali Selangor oleh UMNO telah menemui jalan sukar sekiranya PR terus membawa kenaikan ekonomi untuk rakyat Selangor.

Cerita lanjut di SINI 

Sumber: http://bagindareformasi.blogspot.com/

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


POLIS MENIPU KLIP VIDEO BERSIH 2.0

Posted: 28 Jul 2011 06:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad hari ini tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau.

Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu.

"Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau.

"Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin," kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com.


Menurut Azhar, mereka ada alasan yang kukuh mengapa lelaki dalam video itu bukan arwah Baharudin.

"Kami ada alasan yang kukuh dan kuat kerana video yang ditunjukkan tidak selari dengan gambar arwah semasa dibawa keluar daripada Avenue K oleh pegawai perubatan.

"Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam," kata beliau.

Selain itu, bentuk fizikal arwah Baharudin yang amat dikenali ahli keluarganya menguatkan lagi keyakinan mereka lelaki dalam video itu bukan beliau.

"Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat.

"Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk," ujarnya.

Azhar seterusnya menyifatkan tayangan video itu sebagai mengganggu siasatan yang masih lagi berjalan ke atas kematian Baharudin.

"Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya," katanya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid Jumaat lalu mendakwa kononnya tulang rusuk Baharudin patah mungkin disebabkan rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Beliau turut mendakwa kononnya gigi lelaki berusia 58 tahun itu mungkin patah disebabkan tiub bantuan pernafasan yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

Salleh juga mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.